– Kuala Besut mencipta sejarah
Pilihan raya kecil Kuala Besut pasti menarik
perhatian semua pihak. Bukan sahaja ia sebagai pilihan raya kecil terawal pasca
pilihan raya umum ke-13 lalu, tetapi ia sebagai indikator relevansi kerajaan
BNTerengganu setelah kedudukan kerusi sekarang adalah 16-15. Kalau PAS dapat
memenangi kerusi Kuala Besut dalam pilihan raya kecil kali ini, maka sahlah
kedudukan kerusi Dewan Negeri Terengganu bernisbah 16:16. Kalau demikian
keputusannya (PAS menang), maka akan menjadi realiti suara wakil rakyat sebelah
BN dan PAS akan berimbang.
Kalau suara (kuasa undi) berimbang, realitinya amat
sulit bagi Kerajaan BN Terengganu untuk mendapat keputusan di atas sesuatu rang
undang-undang yang dipertimbangkan untuk diterima dan diluluskan. Jika senario
demikian, realitinya Speaker Dewan akan bertindak sebagai pemutus untuk
membatal kuasa berimbang Ahli Dewan.
Kalaulah sampai ke peringkat untuk meluluskan urusan
atau perkara penting, maka kuasa berimbang akan menjadi utama bagi Kerajaan
Negeri mendapat kuasa undi daripada Adun PAS. Di antaranya ketika mahu meminda
undang-undang tubuh negeri atau melulus sesuatu rang undang-undang baru yang
memerlukan kuasa undi dua pertiga. Realitinya pihak Adun PAS memiliki kuasa
menerima atau menolak. Jika pendekatan menerima tidak berjaya dicapai kalangan
Adun PAS, maka ketika itu Kerajaan Negeri tidak mungkin dapat meluluskan
sebarang pindaan atau undang-undang baru.
Realiti
2004 di Kelantan
Perkara yang sama pernah berlaku dalam Dewan Negeri
Kelantan pada penggal ke-11 (2004-2008). Ketika itu Kerajaan Negeri Kelantan
mencadangkan untuk meluluskan penggunaan tulisan jawi bagi undang-undang tubuh
negeri. Pihak Kerajaan Negeri yang tidak memilkiki kuasa dua pertiga telah
gagal memindanya berikutan Adun BN tidak menyokong (Nota: sikap politik Adun BN
ketika itu secara terang tidak menyokong usaha memartabatkan tulisan jawi).
Bagaimanapun, senario lebih parah lagi akan dihadapi
Kerajaan Negeri Terengganu apabila berlaku kedudukan 16:16. Ini kerana bukan
semua perkara pihak Speaker boleh berfungsi sebagai pemutus. Ini disebabkan
Speaker Dewan Terengganu sekarang adalah ahli yang dilantik. Sudah tentu dalam
kes pengundian, terutama melibatkan undi belah bagi yang setiap orang Adun akan
menyuarakan secara zahir sokongan, maka Speaker pun akan berbuat demikian demi
memberi kelebihyan satu undi kepada kerajaan. Ketika itu, Speaker akan dilihat
sebagai orang yang berpihak. Maka integriti Speaker sudah menjadi cacat.
Natijahnyua Speaker seharusnya seorang yang berada di pertengahan.
Kalau demikian halnya, sifat politik Dewan Negeri
sudah kelihatan cacat. Ia memungkinkan pihak Adun PAS mengemukakan undi tidak
percaya kepada Speaker. Realtinya undian akan bersifat seri (16/16) kerana
pihak Speaker tidak sepatutnya mengundi untuk dirinya sendiri dalam isu-isu
integriti. Maka keputusan undi tidak percaya itu tidak wajar diterima mahu pun
ditolak kerana seri. Di situlah integriti Dewan sudah berada dalam dilema.
Bagi menyelesaikan dilema ini, sebaiknya memerlukan
campurtangan Sultan dan paling sesuai Dewan Negeri dibubarkan bagi membuat
pilihan raya negeri yang baru. Pulangkan semula kepada rakyat untuk memilih
sejumlah Adun bagi menentukan sama ada BN atau PAS yang bakal mendapat
majoriti. Apa pun senario kemungkinan pembubaran bukanlah matlamat sebenar PAS
memenangi pilihaan raya kecil kali ini. Ini kerana warga Kuala Besut harus
mencipta sejarah 16:16 dalam maksud realiti kuasa berimbang dan warga Kuala Besut akan mendapat nikmat.
Antara
kalau dan realiti
Sebenarnya coretan antara "kalau" dan
"realiti" di sebalik keputusan 16:16 ini turut menjadikan Kerajaan BN
Terengganu berada dalam keadaan tidak popular. Namun ia tetap menjadi popular
bagi kempen PAS untuk membangkit semangat warga Kuala Besut yang selama ini
terpinggir dalam arus pembangunan kalangan dun-dun di daerah Besut. Ia sudah turut meraih bagi PAS untuk meraih sokongan
pengundi bagi memenangi pilihan raya kecil Kuala Besut kali ini.
Bagi PAS dan warga Kuala Besut – ini kalilah – peluang
untuk anak muda dan semua 17,683 pengundi Kuala Besut mencipta sejarah politik
negara. Ia suatu nilai sejarah yang amat wajar dijadikan realiti.
Rasionalnya kepada 16:16 dapat mencipta sejarah
adalah melibat kedudukan Dewan Negeri yang akan menjadi berimbang bagi
memungkinkan kuasa pendesak bertambah kuat untuk membela rakyat. Realiti
berimbang ini penting bagi memastikan janji dan projek terbengkalai dilunaskan
bagi memenuhi keperluan rakyat tempatan.
Apapun agak tidak wajar sekiranya 16:16 dikaitkan
dengan isu akan jatuhnya Kerajaan BN Terengganu. Jika isu ini dibangkitkan akan
ada sebahagian warga Kuala Besut yang tidak suka berdepan risiko tidak
menyokong ke arah misi mencipta sejarah 16:16.
Harapan
anak muda
Apa pun kalangan anak muda yang bersikap mahukan
perubahan amat wajar semangat “anti-establishment” dapat dikembangkan. Justeru
usaha meraih sokongan baru bagi PAS boleh ditumpukan kepada kelompok pengundi
muda untuk bersama mencipta sejarah 16:16. Ia suatu hatrapan kepada anak muda.
Demikian juga, kaitan dengan 16:16 perlu dipacukan
kepada realiti taraf hidup warga Kuala Besut yang masih ramai bergelumang dengan
kemiskinan hidup. Ia berpunca daripada tumpuan pembangunan agak ketinggalan
berbanding Dun bersebelahan. Sedangkan sejarah Kuala Besut dan nama daerah ini
sendiri mengambil nama Besut adalah atas semangat penempatan awal kependudukan berlaku
di Kuala Besut. Di samping Kuala Besut yang sudah masyhur dengan nadi kegiatan
ekonomi perikanan, perniagaan dan fungsi pelabuhan.
Elaun
untuk kebajikan
Dalam skop ini, relevannya komitmen calon PAS, Che
Long yang berhasrat menyumbang elaun bulanannya untuk kebajikan dan dimanfaatkan
kepada warga Kuala Besut. Dana khidmat wakil rakyat adalah sumber untuk
mengimbangi keperluan mendesak kehidupan sebahagian warganya yang berada pada
taraf sara diri. Ini adalah nikimat kemenangan PAS mencapai realiti 16:16. Ia
tidak akan realistik kalau BN yang menang.
Satu lagi pengharapan bagi wasrga Kuala Besut kalau
PAS menang adalah untuk membawa suara pembangunan ke atahop yang lebih baik.
Kuala Besut sudah melalui proses industri pelancongan, tetapi ia perlu
dimajukan lagi.
Kekuatan yang ada berasaskan laut dan hasil laut
boleh dijadikan produk pelancongan. Apa yang sudah berlaku produk hasil laut –
keropok, ikan kering, satey ikan dan budu – belum menjadi produk nasional
sebagai asas tarikan pelancongan. Sekiranya, isu 16:16 dikaitkan dengan misi
mencipta sejarah kalangan warga Kuala Besut, maka industri berasaskan perikanan
seperti kilang mengetin ikan dan makanan. Impian ini sudah tentu dapat disuarakan
secara tegas apabila Kuala Besut dimenangi oleh PAS. Misi ini adalah mengajak
warga Besut untuk mendepani era perubahan kemajuan industri pelancongan
berasaskan sumber laut.
Semoga sekelumit kesedaran semasa pilihan raya kecil
Kuala Besut kali ini menjadi realiti dan dapat mencipta sejarah 16:16 setelah
kemenangan kepada PAS. Sekaligus warga Kuala Besut diiktiraf sebagai penyumbang
fakta sejarah paling agung dalam politik Malaysia.
No comments:
Post a Comment