Kedudukan Dun Kuala Besut bersebelahan Negeri Kelantan |
Kalau demikian keputusannya (PAS menang), maka akan menjadi realitilah suara wakil rakyat sebelah BN dan PAS akan berimbang.
Kalau suara (kuasa undi) berimbang, realitinya amat sulit bagi Kerajaan BN Terengganu untuk mendapat keputusan di atas sesuatu rang undang-undang yang dipertimbangkan untuk diterima dan diluluskan. Jika senario demikian, realitinya Speaker Dewan akan bertindak sebagai pemutus untuk membatal kuasa berimbang Ahli Dewan.
Sebagaimana dimaklumi, Speaker Dewan Terengganu sekarang, Mohd. Zubir Embong adalah seorang bekas calon BN yang tewas di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum lalu. Beliau pernah berkhidmat sebagai bekas Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebelum meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang lalu. Maknanya Mohd Zubir bukanlah seorang yang berpengalaman dalam Persidangan Dewan. Kalau begitu (tiada pengalaman), realitinya suasana akan hiruk-pikuk. Maka realitinya pihak kerajaan dan backbencher akan berhempas pulas berlawan hujah dengan Adun sebelah PAS.
Mohd. Zubir dikenakan pakaian jubah Speaker (foto kecil Mohd. Zubir memakai tengkolok). |
Perkara yang sama pernah berlaku dalam Dewan Negeri Kelantan pada penggal ke-11 (2004-2008). Ketika itu Kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan untuk meluluskan penggunaan tulisan jawi bagi undang-undang tubuh negeri. Pihak Kerajaan Negeri yang tidak memilkiki kuasa dua pertiga telah gagal memindanya berikutan Adun BN tidak menyokong (Nota: sikap politik Adun BN ketika itu secara terang tidak menyokong usaha memartabatkan tulisan jawi).
Bagaimanapun, senario lebih parah lagi akan dihadapi Kerajaan Negeri Terengganu apabila berlaku kedudukan 16:16. Ini kerana bukan semua perkara pihak Speaker boleh berfungsi sebagai pemutus. Ini disebabkan Speaker Dewan Terengganu sekarang adalah ahli yang dilantik. Sudah tentu dalam kes pengundian, terutama melibatkan undi belah bagi yang setiap orang Adun akan menyuarakan secara zahir sokongan, maka Speaker pun akan berbuat demikian demi memberi kelebihyan satu undi kepada kerajaan. Ketika itu, Speaker akan dilihat sebagai orang yang berpihak. Maka integriti Speaker sudah menjadi cacat. Natijahnyua Speaker seharusnya seorang yang berada dipertengahan.
Kalau demikian halnya, sifat politik Dewan Negeri sudah kelihatan cacat. Ia memungkinkan pihak Adun PAS mengemukakan undi tidak percaya kepada Speaker. Realtinya undian akan bersifat seri (16/16) kerana pihak Speaker tidak sepatutnya mengundi untuk dirinya sendiri dalam isu-isu integriti. Maka keputusan undi tidak percaya itu tidak wajar diterima mahu pun ditolak kerana seri. Di situlah integriti Dewan sudah berada dalam dilema.
Bagi menyelesaikan dilema ini, sebaiknya memerlukan campurtangan Sultan dan paling sesuai Dewan Negeri dibubarkan bagi membuat pilihan raya negeri yang baru. Pulangkan semula kepada rakyat untuk memilih sejumlah Adun bagi menentukan sama ada BN atau PAS yang bakal mendapat majoriti.
Ini sekelumit coretan antara "kalau" dan "realiti" di sebalik keputusan 16:16. Meskipun coretan ini tidak popular di sisi Kerajaan BN Terengganu, namun ia tetap menjadi popular bagi kempen PAS meraih sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya kecil Kuala Besut kali ini. Bagi PAS ini kalilah, peluang untuk anak muda dan semua 17,683 pengundi Kuala Besut mencipta sejarah politik negara. Ia suatu nilai sejarah ini amat wajar dijadikan realiti.
No comments:
Post a Comment