14 July, 2013

Tema "16:16 Terengganu Baru" sedang mengancam BN

Menyambung kepada gelora kempen di medan pilihan raya kecil Kuala Besut sekarang ini, apa yang berlaku sekarang tempo kempen sedang dilambung ombak galak. Sebaik selesai penamaan calon semalam, dengan rasminya Calon PAS Azlan@Endut yang popular dengan panggilan Che Long adalah pencabar kepada Calon BN Tengku Zaihan. Calon BN adalah tidak memiliki nama panggilan popular kalangan pengundi Kuala Besut. Ia suatu nilai kredit kepada Calon PAS.

Melonjakkan lagi nilai Calon PAS itu, nampaknya media pro-BN sudah rancak menyerang sudut keperibadian Che Long dengan pendekatan "demoralise" yang mengaitkan keahlian UMNO dan kesanggupan berkhidmat sekiranya menang.

Berita Harian dah spin ...fitnahkah calon PAS.
Apa ya g pasti calon PAS sudah mesra, lunak pengundi dan mudah ditemui (mudoh jembo).





Yang pasti, pergerakan kempen calon sentiasa mendapat sambutan pelbagai lapisan pengundi.







Semoga harapan rakyat Besut untuk mencipta sejarah baru akan tercapai pada PrK Kuala Besut kali ini. Apa yang ditunggu, Dun Kelantan bakal mencipta politik berimbang 16:16 yang pasti menentukan kuasa marginal pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said. Allahu akbar.



No comments: