24 July, 2013

PRK Kuala Besut, Andaian anda?

Poll by TKO Tranungkite.net (July 24, 2013)


Berdasarkan rajah hasil poll (di atas) oleh TKO Tranungkite.net pada jam 9.30 pagi tadi (24 Julai 2013) mendapati 2,861 orang membuat undian. Penemuannya adalah berpihak kepada PAS sebanyak (768+1,341) = 2,109 orang atau jumlah peratusannya 73.71%.
Berdasarkan mereka yang memilih PAS yang menang, didapati :

  1. PAS Menang Majoriti > 1000 = mendapat undian 768 orang (26.84%) 
  2. PAS Menang Majoriti < 500 = mendapat undian 1,341 orang (46.87%)

Sementara mreka yang memilih PAS akan kalah ialah seramai (212+250+290) = 752 atau 26.29%. Pecahan undian yang menjangkakan PAS kalah adalah seperti berikut:

  1. PAS Kalah Majoriti < 500 = mendapat undian 212 (7.41%)
  2. PAS Kalah Majoriti 500 – 2434 = mendapat undian 250 (8.74%)
  3. PAS Kalah Majoriti > 2434 = mendapat undian 250 (10.14%)

Penilaian

Poll TKO Tranungkite.net ini sebenarnya tidak boleh dijadikan sandaran untuk mengatakan bahawa mewakili sikap pengundi Kuala Besut. Ini disebabkan pertama portal berita TKO ini adalah majoriti pengunjung adalah kalangan penggemar Pakatan Rakyat (PAS) dan TKO sendiri dikategorikan sebagai portal pro-PR. 

Apapun, di sebalik undian mereka di dalam poll ini ada seni politik yang tersirat, kerana setiap mereka yang membuat undian adalah individu yang sedar dan tahu sedikit sebanyak “nilai politik” PrK Kuala Besut. Paling tidak mereka sedia  mengetahui maklumat Dun Kuala Besut seperti Dun dimenangi BN pada pilihan raya ke-13 lalu, Adun yang meninggal adalah seorang ahli Exco bagi kepimpinan menteri besar, DS Mohd Said, terletak dalam parlimen Besut yang ketua bahagiannya adalah DS Idris Jusoh seorang menteri pusat bagi kabinet DS Mohd Najib, latar hidup pengundi yang masih bergelumang dengan kemiskinan dan imej pembangunan yang tidak seimbang berbanding sejarah petempatan yang awal sedangkan sebelum ini Kuala Besut adalah berada di bawah Idris Jusoh selaku menteri besar (2004-2008) dan ahkli parlimen Besut sebelum ini (Datuk Dr Abdullah Mohd Zain) juga adalah menteri pusat.

Justeru poll TKO adalah sebagai refleksi daripada impian penyokong PR yang mengharapkan kemenangan menyebelahi PAS bagi PrK Kuala Besut kali ini. Ia sesuai dengan cetusan kempen PAS yang bertemakan 16:16 terengganu Baru, Kuala Besut Mencipta Sejarah. Ia suatu nilai pengharapan sebahagian pengundi yang mahukan pengundi Kuala Besut sedia menciptaa sejarah bagi menyeimbangi kedudukan kerusi Dewan Negeri sekarang (17:15) kepada kedudukan berimbang (BN 16 dan PR 16). Logiknya pengharapan ini adalah berasaskan kerajaan yang mentadbir selepas ini akan sentiasa berada dalam tawar-menawar dan paling penting pihak PR (khsususnya pihak PAS) menerusi kemenangaan Che Long pada PrK kali ini adalah memiliki kuasa pendesak untuk mendorong Kerajaan Negeri pimpinan DS Mohd Said tetap melayani tuntutan rakyat (khususnya dari Kuala Besut) tatkala ia dibangkitkan oleh pihak PR. 

Inilah teras isu bagi mencipta sejarah. Sekiranya kemenangan menjadi relaiti 16:16 sudah pasti banyak agenda pembangunan akan dinikmati oleh seluruh rakyat Terengganu, termasuklah isu pemberian royalti minyak harus dikembalikan. Jika tidak, mana mungkin persidangan Dewan Negeri boleh meluluskan rang undang-undang tanpa sokongan pihak PR. Ini kerana undian 16:16 hanya sekadar seri, maka ia memerlukan suara dan sokongan pemutus dari pihak PAS untuk sebaranag kelulusan undian (keputusan) atas setiap rang undang-undang.

Persoalan

Apakah pengundi Kuala Besut menerima dan bersetuju dengan dorongan menjadikan ruang PrK kali ini sebagai undian yang mencipta sejarah? 

Maka hari ini, 24 Julai adalah pengundian sedang berjalan, maka SPR difahamkan akan membuat pengumuman keputusan selepas jam 10 malam  - keputusan yang sebenar, adakah mencapai impian 16:16 atau 17:15? 

Sama-sama kita berdoa, semoga undian hari ini bakal mencipta sejarah politik ulung rakyat Terengganu. Sama-sama kita saksikan nanti.

No comments: