Mengimbau
sejarah lalu, tahun 1978 menyaksikan kerajaan PAS di Kelantan kecundang dalam
pilihan raya khas negeri Kelantan. Umno dan Berjasa adalah dua gerombolan
‘ahzab’ yang menggempur, sekaligus menumbangkan kuasa pentadbiran berpusat di
Kota Bharu diterajui PAS. Di sana berlaku kekalutan politik akibat darurat yang
menyumbangkan hilangnya keyakinan majoriti rakyat terhadap ketulusan kepimpinan
PAS daripada terus menerajui kerajaan Negeri Kelantan.
Meskipun
rekod jasa PAS sepanjang mentadbir Kelantan bermula 1959 hingga 1977 adalah
cukup berkesan, namun ia dihancurkan segala-galanya oleh serangan fitnah Umno
berkaitan konsesi pembalakan di Hulu Kelantan yang didakwa ratusan ribu ekar.
Sebagaimana dicatatkan oleh Alias Mohamed (dalam bukunya Kelantan di bawah PAS
- Masalah tanah dan rasuah, 1984): “Semasa pilihanraya 1978, risalah-risalah,
surat-surat layang dan beberapa dakyah lain telah disebarkan kepada para
pengundi menuduh pemimpin-pemimpin PAS rasuah, berpura-pura dan mengeksploitasi
isu-isu agama….munuduh pemimpin-pemimpin
PAS lebih mementingkaan kekayaan hasil hutan dan balak dari kebajikan
rakyat.”
Jasa baik PAS kepada rakyat Kelantan
Sebelum fitnah
itu timbul, rakyat telah mengetahui prestasi baik (memuaskan) kerajaan negeri
pimpinan PAS menerusi beberapa projek pembangunan negeri yang boleh disebut
sebagai jasa baik PAS kepada rakyat Kelantan. Di antara jasa itu ialah
pembinaan jambatan Sultan Yahya dan pemberian tanah kepada lebih 7,000 orang
rakyat serta pembukaan 27 tanah rancangan menerusi Lembaga Kemajuan Tanah
Negeri (LKTN). Di samping dalam bidang pendidikan kerajaan Negeri Kelantan telah
menubuhkan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri dan turut memberi biasiswa
kepada pelajar pengajian tinggi yang belajar di luar negeri serta memajukan lagi sistem pendidikan Islam
seluruh Kelantan. Sementara dari segi keagamaan pula berlakunya perlantikan
guru-guru agama (mubaligh) untuk mengajar agama di madrasah dan masjid di
seluruh Kelantan. Paling terkesan ialah kerajaan negeri pimpinan PAS itu telah
berjaya menutup beberapa pusat hiburan dan pelacuran (pintu maksiat) yang
berpusat di Kota Bharu. Rakyat cukup berpuas hati dengan keupayaan kewangan
yang sedikit ditambah lagi dengan diskriminasi kewangan pihak Kerajaan Pusat.
Bagaimanapun,
kesemua jasa itu telah tidak dikenang lantaran kuatnya fitnah dan surat layang
yang disebar tali barut Umno. Ia berlaku seiringan dengan agenda tersirat Umno
yang menentang usul yang diputuskan oleh persidangan Dewan Undangan Negeri
Kelantan untuk menggantikan menteri besar, Dato’ Muhamad Nasir. Ia mencetuskan
nilai-nilai pertentangan yang memporak-perandakan hubungan sesama pemimpin,
malah mencetuskan hubungan tegang antara PAS dengan Umno yang ketika sama-sama
anggota Barisan Nasional. Terbukti ia sudah dirancang demi melemahkan PAS
sebagai kerajaan, tatkala usul mendaruratkan negeri Kelantan diluluskan oleh
parlimen. Diikuti dengan tindakan Barisan Nasional ‘menendang’ PAS keluar
sebagai parti komponen. Berlakulah politik panas akibat darurat dan Umno mula
mengatur langkah memecah-belah keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kebaikan
kerajaan negeri di bawah PAS Kelantan. Maka tiadalah lagi terkenang apa-apa jasa-jasa
(prestasi baik) PAS yang membangunkan negeri untuk rakyat. PAS tidak lagi
mendapat mandat rakyat. Meskipun semua pihak memahami, kerajaan PAS terpaksa
menyerahkan konsesi pembalakan kepada syarikat-syarikat adalah bertujuan
mendapatkan hasil (kewangan) untuk membiayai projek pembangunan negeri akibat
kerajaan Pusat menyekat pelbagai peruntukan pembangunan untuk rakyat Kelantan.
Apa pun, senario politik panas ketika itu dihangatkan lagi oleh perselisihan
dalaman kepimpinan PAS akibat hilang kepercayaan terhadap menteri besar yang
tidak mesra sesama pimpinan PAS.
Jasa-jasa selepas 1990
Merujuk
pula kepada senario hari ini, semacam muncul kembali gerakan
memporak-perandakan dalaman PAS dan juga gerakan memfitnah atas segala jasa dan
kebajikan kerajaan negeri untuk rakyat Kelantan. Ia digerakkan oleh mainan
media arus Umno yang memutar belitkan keyakinan rakyaat terhadap ketulusan
kepimpinan PAS. Justeru beberapa isu menyentuh dalaman PAS seperti isu
keputusan majlis syura ulama PAS mengenai kalimah Allah telah dikaitkan sebagai
perselisihan sesama PAS. Diikuti dengan usaha memburukkan prestasi kerajaan negeri
pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terutama dalam isu pembangunan tanah,
bekalan air dengan poembelaan terhadap rakyat miskin dan turut dimomokkan
dengan berlakunya rasuah atas beberapa projek yang dilaksanakan di bawah agensi
kerajaan negeri. Malah tidak cukup dengan peranan media arus Umno, muncul pula
beberapa NGO yang kononnya mewakili kepentingan rakyat, hakikatnya kepentingan Umno
yang saban hari membangkit dan mengulangi isu-isu yang dicipta bagi melunturkan
keyakinan rakyat terhadap jasa dan prestasi baik kerajaan negeri pimpinan PAS
di Kelantan selama ini.
Sedangkan
sebelum ini, rakyat sudah merasai segala-gala jasa PAS yang telah melaksanakan
sistem pentadbiran kerajaan berteraskan Islam, mengamalkan system kewangan
berteraskan syariah, memperkasa pendekatan keagamaan di kalangan masyarakat dan
memperkasa pendidikan Islam peringkat sekolah serta penubuhan kolej university
berteraskan Islam. Di samping program berkebajikan untuk rakyat di dalam
pelbagai projek yang menjurus kepada pembinaan jati diri dan peningkatan
sosioekonomi yang mencetus kesejahteraan kepada golongan miskin, dhaif, warga
emas, armalah, wanita usahawan, belia dan kekeluargaan. Tidak kurang pula dari
segi pembangunan fizikal yang melibatkan penaikan taraf perbandaran berteraskan
Islam, bandar baru, penambahan zon perniagaan, pembangunan perladangan dan
hartanah serta melengkapkan prasarana sosioekonomi. Kesannya, pertumbuhan pesat
ekonomi negeri Kelantan sudah terpuji dan menjadi setaraf dengan negeri-negeri
lain di bawah kerajaan Barisan Nasional. Malah dibekalkan pula dengan penemuan
beberapa sumber hasil baru seperti galian emas, bijih besi dan balrite serta
manganese. Kini Kelantan sudah duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan
negeri yang setraf.
Persoalannya,
apakah nilai-nilai jasa sebegitu terkesan dan membawa kesejahteraan dan
keharmonian hidup rakyat Kelantan harus dilupakan begitu sahaja saat Umno yang
‘menggila’ menjelang PRU13 ini?
Apakah
rakyat Kelantan rela dengan segala-gala fitnah para pemimpin dan tali barut Umno? [Kononnya kerajaan negeri merampas hak rakyat, merampas tanah, mengabai
kebajikan, tidak peduli akan rungutan rakyat, menjual negeri kepada bangsa
asing, tidak pandai mentadbir negeri (walaupun sudah 22 tahun) dan sabotaj sana
sabotaj sini].
Kononnya lagi, pemimpin Umno lebih pandai, lebih beragama, lebih betul akidahnya, lebih tulus menunai janji (walaupun sudah masyhur dengan janji yang tidak ditepati), lebih berintegriti (meskipun diketahui pemimpin Umno kaki rasuah, songlap dan menipu rakyat), lebih rapat dengan rakyat (sedangkan diketahui umum politiknya adalah politik hujung minggu) dan tidak kurang pula mendakwa pemimpin Umno cekap mengurus negeri (walaupun diketahui umum keutamaan mereka hanya projek sana projek sini demi kantung sendiri).
Lalu hadirlah
presiden dan timbalannya mengumumkan segala janji manis, meskipun diketahui
sebahagian janji itu sebenarnya sudah basi dan sudah pudar di sisi rakyat Kelantan.
Tidak padan
dengan segala fitnah, musim pilihan raya tiba program atas nama kerajaan pun
telah dijenamakan sebagai program Umno. Pemberian wang untuk pelajar sekolah,
bantuan rakyat dan sumbangan kebajikan kesemuanya perlu dibacakan jampi mentera
terlebih dulu oleh ketua-ketua bahagian Umno. Sementara ibu bapa dan penerima
dipaksa menadah telinga atas maki hamun dan caci cerca terhjadap jasa dan budi
kepimpinan PAS. Lalu diisytiharkan pilihalah calon Umno kerana mereka lebih b
erkebajikan berbanding pemimpin PAS. Sedangkan semua sudah mengetahui,
berkebajikan yang dipamerkan itu hanyalah lakonan pentas satiran PRU13.
Sehubungan
itu, rakyat Kelantan kenalah bijak menilai mana permata mana pula kaca.
Sewajarnya difahami selama ini, betapa Umno hidup dan bernafas kerana jentera
kerajaan yang disalah gunakan sebagai jentera parti. Penubuhan Jabatan
Pembangunan Persekutuan di Kelantan adalah satu kes spesifik sebagai saluran
mengawal projek (bajet) yang mengambil kira kepentingan Umno. Ia sebagai wadah
politik pembangunan yang sering dicaturkan demi menyambung nafas ‘kaki-kaki
projek’ yang berkait rapat dengan poket Umno bahagian. Relakah rakyat Kelantan
untuk membiarkan kepincangan urusan kepentingan rakyat dijadikan percaturan
Umno?
Justeru itu,
jentera penerangan PAS dan kerajaan Negeri seharusnya berganding bahu
menjelaskan realiti yang ada. Semoga pilihan raya kali ini adalah peluang
terbaik menguburkan segala kepincangan ini. Serentak dengannya, pentadbiran
Islam di Kelantan terus dikekalkan sebagai pencetus menawan Putrajaya.
No comments:
Post a Comment