UMNO-BN kebelakangan ini nampak sangat ketandusan isu dalam usaha untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Justeru fitnah dan putar belit sudah dijadikan pendekatan bagi mengelirukan rakyat.
Tahniah buat Pengarah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang telah mengolah beberapa poin tuntas dalam menolak pendekatan Umno-BN tersebut. Berikut dipaparkan semula mainan (putar belit) yang dimaksudkan:
[Harakahdaily 2 Jan 2013] KUALA LUMPUR: Pemimpin BN Umno masih lagi bermain taktik lama untuk menghadapi PRU13 dengan memutar belit fakta demi mencapai matlamat kemenangan BN terutama dengan pengundi Melayu.
Contohnya, kata Idris Ahmad isu pengguguran Ustaz
Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Januari lalu
tetapi pemimpin Umno yang kebuluran isu menipu rakyat kononnya beliau dipecat
kerana mengiringi Datuk Seri Najib ke Gaza sedangkan pemergian beliau ke Ghaza
pada 23 Januari 2013.
“Umno sudah rabun angka, sehingga tidak tahu beza mana
tarikh yang terdahulu. Begitu juga mengenai isu penggunaan nama Allah, dan
terjemahan Bible.
“Pemimpin Umno cuba menjadi hero mempertahan nama
Allah, dan memfitnah PAS bersetuju nama Allah diterjemah,” ujar AJK PAS Pusat
itu dalam satu kenyataan.
Pada hal, katanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn,
Menteri Dalam Negeri telah menyatakan kerajaan akan menarik balik kebenaran
mencetak terjemahan Bible, jika langgar syarat pada 20 Januari 2013, ertinya
kerajaan pimpinan Umno sudah pun meluluskan.
Beliau juga bertanya di mana pula fatwa ulama pengampu
yang menuduh siapa yang mengatakan nama Allah diterjemahkan hukumnya kafir.
Begitu juga, ujarnya pemimpin dan media Umno mengatakan jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri ialah orang Cina.
Begitu juga, ujarnya pemimpin dan media Umno mengatakan jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri ialah orang Cina.
“Macam mana Cina hendak menjadi Perdana Menteri,
majoriti kerusi bukan Islam seluruh Malaysia ialah 69 kerusi sahaja, masih
memerlukan 53 kerusi supaya mendapat 112 kerusi.
“Inilah
hujah yang diputar di kampung-kampung. Konco-konco Umno juga menipu rakyat
mengatakan, agama Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan Rakyat
menang,” katanya lagi.
Justeru,
katanya tidak masuk akal langsung kerana penganut Kristian di negara ini hanya
9 peratus sahaja sedangkan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember
2009 telah menetapkan bahawa Islam, Melayu, Raja dan Bahasa Melayu akan
terpelihara.
Tambahnya,
mereka juga membohongi rakyat bahawa Raja-Raja Melayu akan dihapuskan jika
Pakatan Rakyat menang. Hakikat yang mengaibkan Raja-Raja Melayu pada tahun 1983
dan 1993 ialah Umno.
Sehubungan
itu, kata beliau rakyat perlu faham bahawa menurut Perlembagaan, kedudukan
Raja-Raja Melayu tidak boleh dihapuskan dengan apa cara sekalipun, kecuali
persetujuan persidangan Raja-Raja Melayu sendiri yang menghapuskannya.
No comments:
Post a Comment