Sesungguhnya Himpunan
Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari (HKR112) di Stadium Negara lalu telah mencipta sejarah. Paling bersejarah, ia sudah ditarafkan sebagai "pengisytiharan Merdeka Kedua" oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Menurut Tuan Guru, HKR 112 itu adalah ulangan pengisytiharan "Merdeka" yang pertama oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957. Justeru di sebalik simbolik "Merdeka Kedua" sebenarnya adalah berpandukan semangat kebangkitan rakyat pada kali ini - saat pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan perkongsian hasrat semuaa lapisan rakyat untuk melakukan perubahan kuasa politik demi mengisi ruang kemerdekaan yang sudah melepasi usia 55 tahun ini.
Sehubungan itu, HKR112 itu telah dianggap petunjuk jelas
rakyat bangkit untuk menolak Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Meskipun pihak pemimpin Barisan Nasional, termasuk Datuk Seri Mohd
Najib cuba mencari mileage dengan menganggap ia suatu testimoni betapa Akta
Perhimpunan Aman yang mereka gubal sudah berjaya.
Sementara pihak pemimpin
Pakatan Rakyat, termasuk Tuan Haji Mohamad Sabu sedia berterima kasih kepada pihak polis kerana
memberi kerjasama baik menurut lunas undang-undang dan standard operating
procedures (SOP) pengawalan perhimpunan.
Walau pun
begitu, sehari sebelum HKR112 pihak menteri yang bertanggungjawab cuba
bermain-main di atas penganjuran itu. Kononnya pihak penganjur sepatutnya
mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih besar. Kesannya,
berlaku kekeliruan sehingga ada peserta yang tertanya-tanya, jadikah HKR112 di
Stadium Merdeka?
Apa pun
cakap menteri itu sudah tidak dilayan pihak penganjur. Penganjur secara tegas
terus berunding dengan Ketua Polis Negara bagi mendapat kebenaran. Selepas itu
berunding pula dengan Ketua Polis Dang Wangi bagi memastikan kebanjiran peserta
berlaku di tujuh pusat pertemuan sebelum menuju ke stadium. Hasilnya amat positif, malah
polis mengingatkan agar penganjur dapat memastikan 27 peraturan yang perlu
dipatuhi.
Polis pula turut memberi jaminan, tidak akan menempatkan tenaga polis
simpanan khas (FRU) sepanjang HKL112. Atas jaminan ini, ia sudah memberi nilai
kelegaan yang besar kepada penganjur dan peserta. Ini kerana sebelum ini,
kehadiran FRU yang bertopi merah lengkap dengan belantan dan perisai sudah
cukup memberi tekanan yang menggugat kelancaran perhimpunan.
Malah
sebelum ini, semasa perhimpunan anjuran Bersih yang lepas, FRU dan polis
trafik telah ditempatkan agak ramai, sehingga mengundang provokasi pihak-pihak tidak
bertanggungjawab. Semacam peranan pasukan polis ketika itu adalah
untuk menyekat peserta di sana-sini. Ia membawa kekecohan kerana ribuan peserta
adalah diibaratkan aliran air yang tersekat, sudah tentu ia akan menerjah
setiap lubang yang terbuka. Justeru kekecohan semasa perhimpunan Bersih 3.0
yang lalu, boleh dikatakan kerana peranan polis yang bertindak menyekat
bukannya mengawal.
Natijahnya
sebelum ini, tugas polis dipandu oleh Akta Polis. Akta itu dikatakan memberi
kuasa untuk polis bertindak semborono. Hakikatnya betulkah begitu? Apa yang
pasti pengakuan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memang berlaku
campurtangan pihak atasan dalam urusan kepolisan. Ia membuktikan, bukanlah
kerana akta yang menjamin keamanan. Sebaliknya pendekatan kepolisan, sama ada
sedia mengikut telunjuk pihak atasan di luar sana (yang anti kepada perhimpunan
aman anjuran oposisi), atau sejauh mana keazaman polis sendiri dalam
menjalankan tugas. Sekiranya polis bertugas mengikut SOP pihak di luar sana, sudah
tentu kesannya akan mengundang ketidakamanan.
Akta menjamin kecekapan?
Berdasarkan
pelaksanaan APA yang testimoninya semasa HKR112, ternyata polis tegas dengan
tugas dan integriti kepolisan. Walau pun ada cubaan ‘mengajar’ polis supaya
tidak membenarkan di Stadium Merdeka. Dalam hal ini, ketegasan polis membuat
keputusan adalah antara jaminan kepada sesuatu perhimpunan itu berjalan secara
aman. Ia tidaklah sangat bergantung kepada fakta-fakta ‘boleh dan tidak boleh’
yang terkandung di dalam APA tersebut.
Demikian pula,
kelancaran HKL112 dilihat kerana tiada rusuhan dan kemusnahan harta awam serta
tiada tangkapan terhadap pihak penganjur. Ia boleh disabitkan sebagai bukti
polis cekap mengawal peserta yang mula berkumpul sejak jam 10 pagi. Malah polis
turut dilihat memberi kerjasama baik membantu pergerakan dan laluan peserta
yang keluar masuk stadium di sepanjang himpunan selama tiga jam itu. Malah ada
juga anak-anak muda yang menyertai HKR112 sedia ‘berposing’ dengan anggota
polis yang rata-rata anggota polis muda (seperti baru tamat PULAPOL).
Justeru,
nilai kecekapan polis tetap terserlah. Persoalannya, tatkala himpunan aman
Bersih 3.0 tahun lalu, berlaku kekecohan sehingga ada tangkapan dan dakwaan ke
mahkamah (terhadap pemimpin PAS, KeADILan, DAP dan NGOs), adakah polis ketika
itu tidak cekap?
Natijahnya
polis Malaysia adalah sentiasa cekap sejak dulu dan kini. Faktor kecekapan
polis bukanlah terletak pada ‘kuasa’ sesuatu akta yang memandu polis. Kecekapan
itu berkait rapat dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Isu kekecohan dalam
tugas kepolisan sudah masyhur diketahui. Sehubungan itu, pernah institusi
polis dikaitkan dengan rasuah dan salah
guna kuasa. Justeru ada pegawai kanan polis yang membongkarkan segala-gala
karenah negatif dalam kepolisan sepanjang pengalamannya berkhidmat. Malah ada
pula yang dihadapkan ke mahkamah kerana salah guna kuasa ketika berkhidmat.
Apa pun
polis adalah sebahagian anggota perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menjaga
ketenteraman awam. Parti mana sekalipun berkuasa di sebalik institusi kepolisan,
nilai kebebasan dan ketelusan adalah ukuran memastikan polis terus cekap dan
betul. Testimoni berikut bakal menanti ialah kehangatan PRU13 adalah menjadi
ujian besar pihak polis dalam menegakkan sistem demokrasi dalam negera.
Harapnya polis terus bersama suara dan hasrat rakyat dalam membina kedaulatan
negara.
No comments:
Post a Comment