Amat bernilai sekali sejarah pada hari itu (12.1.13) kerana saatnya hampir pilihan raya, sudah tentu nada dan isi himpunan anjuran Pakatan Rakyat itu adalah menyasarkan kepada Barisan Nasional. Tujuan sasaran adalah ke arah menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan berlaku pada cuti sekolah Mac nanti. Ia diperkukuhkan lagi dengan pendedahan dan ulasan pelbagai isu teruk dialami Barisan Nasional yang jika dikutip sebaiknya oleh rakyat, maka tiadalah peluang untuk Barisan Nasional kekal ditampuk kuasa - tumbang dalam pilihan raya nanti.
Berikut adalah paparan foto himpunan yang sudah tentu digeruni oleh pemimpin Barisan Nasional.
Hak demokrasi
Sebubungan itu, perkembangan isu yang berlaku (amalan korupsi di tahap empat yang melibatkan pemimpin Umno) sudah cukup mempamerkan wajah
pucat-lesi pemimpin Umno. Ia suatu bukti Umno sedang gelabah pada saat pecutan
akhir menjelang pilihan raya umum ke-13.
Oleh kerana gelabah itulah, Umno sudah merampas banyak hak demokrasi rakyat dan parti-parti yang berlawan dengan mereka. Mereka sudah tidak menghormati persaingan demokrasi. Seolah-olah mereka ingin terus menang tanpa perlu perlawanan. Jika diibaratkan perlawanan bola sepak, mereka ingin terus diisytiharkan menang tanpa bermain (berlawan). Jika berlawan mereka anggap akan membahayakan mereka. Samalah juga, mereka mahu terus lulus sesuatu ujian tanpa melalui peperiksaan. Jika melalui peperiksaan, mereka anggap membuang masa dan sebagainya.
Natijahnya, ketentuan Allah sudah pasti, iaitu setiap umatnya tidak akan melalui jalan mudah untuk hidup di dunia dan di akhirat. Justeru Allah sengaja mengadakan Syurga dan Neraka bagi memastikan berlaku pembalasan yang adil kepada setiap umatnya. Prinsip ketentuan Allah s.w.t ini tidak dipakai oleh Umno-Barisan Nasional. Maka cukuplah untuk Umno dan rakyat seharusnya menamatkan riwayat kuasa kepada parti yang sudah tidak berlaku adil dalam serba serbi persoalan politik kenegaraan di Malaysia ini. Semoga pilihan raya umum nanti, rakyat membuat keputusan tepat dengan tidak meneruskan kekuasaan Umno-Barisan Nasional.
ALLAHu AKBAR/
No comments:
Post a Comment