Tahun 2013
sah sebagai tahun pilihan raya umum ke-13. Tempoh hayat dewan negeri dan
parlimen dikatakan akan berakhir pada 28 April dan boleh dilanjutkan sebagai
caretaker government selama dua bulan. Menurut perlembagaan negara, tempoh dua
itu adalah bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menyempurnakan
suatu pemilihan bagi mendapat mandat baru rakyat.
Walau
bagaimanapun, tempoh yang disebutkan itu masih tertakluk kepada kehendak
Perdana Menteri, sama ada untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, sebelum 28
April. Jika kuasa itu tidak digunakan bermakna selepas 28 April, kabinet
caretaker perlu dibentuk dan Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Negara bolehlah
berperanan bagi memastikan kerajaan caretaker berperanan dengan baik sehingga
selesai urusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Gambaran pilihan raya hangat
Berdasarkan
‘permainan’ tarikh pilihan raya yang belum pasti, kesannya menyebabkan suasana
kehangatan berpilihan raya akan berlaku pada saat akhir. Sekarang ini sedang
menuju saat akhirnya dan rasa kehangatannya sudah dirasai. Berdasarkan
perkembangan beberapa isu, nampak jelas isu-isu yang berputar kini sudah mulai
panas.
Pihak
Barisan Nasional mulai panas dengan pelaksanaan pelbagai program pemberian
untuk rakyat. Ia dilihat semacam pemberian yang sebenarnya pancing undi.
Persoalannya, adakah pemberian pancing undi itu bakal memastikan Barisan Nasional
kekal menguasai Putrajaya?
Ia turut
dibalas oleh Pakatan Rakyat dengan isu-isu mengasak Barisan Nasional. Isu
pendedahan Deepak Jaikishan yang mensasarkan Datuk Seri Mohd Najib dan
isterinya nampaknya berada dalam rangking teratas berhawa panas. Ia dikuti
dengan Pergerakan Oren dan bakal menyusul adalah perhimpunan rakyat menjelang
Himpunan Mega Kebangkitan Rakyat yang sudah diumumkan akan diadakan di Stadium
Merdeka pada 12 Januari nanti.
Semangat kebangkitan rakyat Mesir
Bagi
memastikan kebangkitan rakyat di Malaysia membuah hasil lumayan, ada baiknya
para pimpinan dan petugas Pakatan Rakyat sedia mengambil semangat dari
kebangkitan rakyat Mesir. Atas asas kebangkitan itu, panduan berguna adalah
mengambil langsung beberapa fatwa ulama kontemporari, Dr Yusuf Al-Qaradhawi
yang mengungkapkan dalam khutbahnya semasa menyokong kebangkitan rakyat dan
pemuda Mesir.
Antaranya
Al-Qaradhawi mengungkapkan: “Pemerintah
dalam Islam hanyalah seorang hamba yang dibayar gaji, kerana rakyat telah
memilihnya. Oleh itu, rakyat bertanggungjawab untuk memerhati tingkah laku,
segala urusan pemerintah. Mereka juga berhak untuk menggugurkan pemerintah dari
tampuk pemerintahan.”
Selanjutnya,
Al-Qaradhawi mencabar pihak berkuasa
(regoim Hosni Mubarak) pada masa itu: “Parti kebangsaan yang dikuasai oleh
tokoh korporat ini merampas kekayaan negara, melanggar undang-undang dan
menghalalkan darah anak bangsa. Kemudian mereka hanya ingin terus kekal
berkuasa.”
Atas kesedaran
itu, Al-Qaradhawi turut berpesan kepada
rakyat Mesir: “Teruskan perjuangan, anda sebenarnya melaksanakan tugas fardu
kifayah mewakili seluruh rakyat Mesir dan semestinya perjuangan ini diteruskan
hingga nokhtah penamat demi menegakkan kebenaran dan mengkuburkan kebatilan.
Teruskan perjuangan demi rakyat Mesir keseluruhannya!”
Pesanannya
turut mengikat dengan sunnah perjuangan Rasulullah SAW bahawa Islam mewajibkan
umatnya untuk melawan orang yang melakukan kezaliman sebagaimana sabda Nabi
SAW: “Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah
merubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah merubahnya dengan
lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah merubahnya dengan hati, dan itulah
selemah-lemah iman.”
Bertolak
dari semangat merubah kemungkaran pemerintah itu, Al-Qaradhawi terus menyeru seluruh lapisan rakyat bangkit
berjihad. Seruan beliau turut menyentuh peranan tentera dan para pemuda Mesir.
Katanya: “Berjihad dengan tangan bagi yang berkemampuan dalam konteks semasa,
siapa lagi yang mampu berbuat demikian kalau bukan Angkatan Bersenjata Mesir?
Adapun berjihad dengan lidah, inilah yang dilakukan oleh para pemuda,
berteriaklah menuntut hak mereka.”
Justeru
seruan berupa fatwa dari ulama tersohor itu ibarat baja organik yang menyuburkan
semangat perjuangan sehingga mencetuskan kebangkitan meruntuhkan regim Hosni.
Apakah semangat sedemikian boleh disuburkan dalam jiwa pemimpin dan petugas
Pakatan Rakyat?
Kempen yang ditolak rakyat Kelantan PRU2008!!! - refleksi agenda jahat menjatuhkan kepimpinan ulama di Kelantan. |
Pengalaman kalah di Terengganu
Bagi
merungkai persdoalan tersebut, para pimpinan dan petugas Pakatan Rakyat harus
mengambil semula pengalaman kekalahan PAS di Terengganu pada pilihan raya umum
2004. Ia dikira berguna bagi mendepani kemungkinan ’taktik jahat’ Barisan
Nasional pada saat terdesak.
Sebagaimana
beberapa kajian daripada pengalanan tersebut, sesetengah pengkaji bersetuju
bahawa faktor pelengkap membawa PAS kalah di Terengganu ialah pertama semangat
di kalangan pemimpin dan pekerja jentera PAS berlaku secara sederhana. Keduanya
ialah usaha gigih Barisan Nasional bagi menawan kembali Terengganu daripada
PAS.
Apa pun nilai
kegigihan Barisan Nasional itu dapat disaksikan menerusi dua pendekatan utama
iaitu penggunaan wang yang banyak bersumberkan wang ihsan dan diikuti dengan
strategi perang saraf dalam memajukan kempen mendedahkan kelemahan dan fitnah
penyelewengan pentadbiran PAS di dalam kerajaan negeri Terengganu. Kesannya telah membawa tekanan serius kepada
kekuatan politik PAS di Terengganu ketika itu.
Kajian itu
seterusnya merumuskan, pengaruh PAS mula surut apabila wang ihsan dialirkan
kepada rakyat sehingga mencetuskan kebimbangan yang sepatutnya diterjemahkan
sebagai cabaran yang akan menggugatkan pengaruh PAS. Namun seni politik yang
salah sudah dialami oleh sebahagian pimpinan PAS di Terengganu kerana bersikap
baik sangka kepada sikap rakyat Terengganu yang menerima wang ihsan.
Atas baik
sangka itu, ada yang menganggap rakyat Terengganu kononnya terima wang ihsan
sekadar terima sahaja. Mereka dikatakan tidak akan mengundi Barisan Nasional dalam
pilihan raya. Dalam maksud yang lain, duit ambil, tetapi tetap akan mengundi
PAS.
Namun
keputusan pilihan raya 2004 bagi PAS Terengganu dilihat menyimpang dengan apa
yang disangka. Sebahagian pengundi menterjemahkan wang ihsan sebagai duit
sumbangan Barisan Nasional, menyebabkan “mind-set” sebahagian pengundi sudah
berubah atau utuh atas komitmen, bila ambil duit dari Barisan Nasional kenapa
nak undi PAS! Min-dset inilah yang menggugat undi PAS.
Seterusnya analisis pengkaji itu ialah strategi
perang saraf kempen dilakukan Barisan Nasional di Terengganu itu telah berjaya.
Hujahnya pendedahan fitnah penyelewengan pentadbiran kerajaan PAS di Terengganu
menjadi asas penolakan di kalangan pengundi. Asas penolakan itu diperkemaskan
dengan suntikan pemb eriab wang ihsan. Ia disokong lagi dengan peranan media
perdana pro-Umno (televisyen, akhbar yang dilihat berjaya mewajahkan PAS sebagai berwajah buruk!
Manipulasi daftar
pemilih
Demikian pula, taktik jahat Barisan
Nasional di Terengganu ketika itu turut
dikaitkan dengan kempen slogan ‘Gelombang Biru’ sebagai perang saraf kempen.
Slogan ini pada sesetengah pemimpin PAS hanyalah retorik yang tidak mencabar.
Sedangkan slogan itu disokong oleh strategi tersembunyi (dalaman) yang kemudiannya
boleh disifatkan sebagai kempen ‘Gelombang Hantu’ yang menyerang senarai daftar
pemiih.
Menerusi kempen Gelombang Hantu, Barisan
Nasional Terengganu telah memanfaatkan sepenuhnya Sistem Pendataran Pemilih
Sepanjang Tahun yang bermula pada 16 Julai 2002. Ia disokong dengan usaha Umno
membawa masuk seramai mungkin pengundi luar secara sistematik, ia sudah tentu melibatkan penggunaan agensi
kerajaan Pusat.
Berdasarkan bukti pertambahan pemilih di
seluruh Terengganu dalam tempoh pilihan raya umum 1999 hingga pilihaan raya
umum 2004 didapati jumlah pertambahannya sebanyak 66,853 atau 17.18 peratus.
Sedangkan pertumbuhan penduduk tahunan terangganu bagi tempoh 1991 hingga 2000
sekitar 1.2 peratus.
Persoalannya adakah logik pertumbuhan penduduk
hanya negeri Terengganu ialah 43,144 orang sedangkan pertambahan penvgundi
ialah 66,853 orang?
Sedangkan pertambahan penduduk dalam tempoh
1995 hingga 1999 hanya 21,395 orang. Ini
menunjukkan pertambahan pemilih dalam tempoh 1999 hingga 2004 telah melebihi
tiga kali ganda mengatasi pertambahan dalam tempoh sebelumnya. Apakah nilai
usaha PAS di Terengganu dalam urusan pendaftaran pemilih ketika itu (menghadapi
pilihan raya umum 2004?
Sekarang, pesoalan tersebut harus dibedah bagi
menjejaki realiti masa kini, tatkala Pakatan sedang berdepan cabaran kekotoran
senarai daftar pemilih di seluruh Negara, terutama di Selangor, Pulau Pinang,
Kedah dan Kelantan. Ia merupakan kebalikan (counter hegemony) daripada
segala-gala taktik jahat Barisan Nasional dalam setiap kali pilihan raya.
Justeru itu, untuk sekian kalinya pimpinan dan
petugas Pakatan Rakyat harus menyedari bahawa bagi pilihan raya umum ke-13 ini,
bukan sekadar isu yang mengasak, tetapi taktik jahat amat tegar diguna-pakai
oleh pihak Barisan Nasional. Bagi mendepani taktik jahat itu, maka tingkat
semangat berjihad dan kukuhkan perpaduan dalaman demi merentasi laluan ke
Putrajaya.
No comments:
Post a Comment