Memperingati peristiwa 13 Mei 1969 adalah sejarah hitam Negara, berlaku perbalahan kaum. Hari yang melakar pertembungan golongan rakyat yang tercetus akibat terbuak rasa kecewa dan tidak puas hati kepada pemerintah Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Maka, hari itu adalah realiti perpecahan bukan perpaduan. Suatu realpolitik bersifat anti-perpaduan. Race relationship ternyata gagal, malah makin menebalkan gelora perkauman yang menyebabkan kesedaran politik perkauman semakin memuncak. Sehingga memaksa UMNO dengan moral Melayu bersujud kepada PAS, sanggup berkata-kata dengan nada kemelayuan dan berjaya memujuk kepimpinan PAS membina nilai Melayu – bersatu – menongkah arus perpaduan Melayu. Namun, ia tidak melatarkan hubungan kaum, tiada langsung siratan “ayat-ayat cinta perpaduan” antara Melayu-Cina-India. Masing-masing membina komuniti politik perkauman yang menjejaskan sentimen perpaduan atas nama Malaysia! Meskipun telah dibina pentas Barisan Nasional yang menggabungkan perjuangan perkauman – UMNO, PAS, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain; tidak lebih daripada lakonan di pentas sandiwara. Ia berlaku seketika sahaja. Buak-buak 13 Mei terus mengelegak di permukaan kawah, dan akhirnya tertumpah – PAS telah ditendang keluar dari BN – lalu berlakulah angkara UMNO gelojoh untuk berkuasa di Kelantan. Maka, terbukti sudah “ayat-ayat cinta perpaduan” sebenarnya gula-gula pemanis sebagai mentera mengukuh bahtera UMNO. Sejarah perkauman berulang lagi, bila UMNO yang tidak mesra perjuangan Islam itu sedia membuang PAS ketika bahtera PAS sudah dibocorkan! Hakikat sejarah perit itu, sepatutnya tidak berulang lagi sempena 13 Mei 2009 ini. Ekoran kekalutan politik Negara sekarang, kemelut rakyat Perak yang kepinginkan perpaduan, suasana kegagalan pemimpin UMNO era Najib kelihatan rakus memperkotak-katikkan Perlembagaan; sewajarnya kita semua sedia menobatkan tarikh 13 Mei setiap tahun sebagai Hari Perpaduan Malaysia.
Ia penting sebagai lambang kepada hasrat rakyat pelbagai kaum yang cintakan perpaduan demi keutuhan Negara dan rakyat.
Ia bersesuaian dengan seruan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebagaimana bait-bait kenyataannya ketika menyambut hari 13 mei 2009 di Bilik Gerakan Negeri Kompleks Kota Darulnaim Kelantan pagi tadi.
Menurut Tuan Guru:
“Hari ini 13 Mei, 2009 Masehi …izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dulu.
"…kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen maka kita perlu diberikan kembali hak-hak sivil kita termasuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan rules of law dan natural justice. Serta amalan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia.
“Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan mahabah serta menolak mana-mana pihak yang menolak perpaduan kaum, yang mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bertujuan melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.
Semuga Tuhan Yang Esa memberkati usaha kita, demi mewujudkan perpaduan utuh rakyat yang merentasi sentimen kaum. Realitinya kita semua rakyat Malaysia. Bersatu-padulah kita membina satu Negara satu warganegara. Amin.
No comments:
Post a Comment