Sehubungan itu, sekiranya benar latar politik Perak masa kini bakal mengundang satu pilihan raya negeri, maka peristiwa politik itu bakal mencipta satu realiti politik baru yang akan mengesahkan rentetan politik baru yang terjelma daripada pilihan raya umum Mac 2008. Justeru muncul beberapa desakan dan rungutan pelbagai pihak, betapa wajarnya penyelesaian kemelut politik Perak adalah dengan cara diadakan pilihan raya negeri! Antaranya gesaan majlis Peguam, SUHAKAM, veteran politikus Tengku Razaleigh, pimpinan parti Gerakan dan suara rasmi parti-parti Pakatan Rakyat; kesemuanya melihat rakyat adalah hakim yang mengatasi hakim di mahkamah adalah pihak paling layak menyelesaikan kemelut politik Perak. Oleh itu, kemelut di Perak bukan lagi kemelut politik semata-mata, tetapi ia telah berganjak kepada taraf kemelut rakyat seluruh Negara yang bakal menarafkan amalan demokrasi di Malaysia berganjak dari ambiguousness ke tahap maturity atau kematangan.

Berpandukan respon Datuk Seri Najib (The Malaysian Insider 14 Mei 2009) terhadap perkembangan terbaru di Perak, selepas peristiwa persidangan rakus DUN Perak 7 Mei, keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei memutuskan Dato’ Seri Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar sah di Perak dan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi oleh Mahkamah Rayuan yang menyebelahi Dato’ Seri Zambry pada 12 Mei dan permohonan bubar kali ke-2 pihak Nizar menghadap sultan Perak; kesemuanya melayakkan kemelut rakyat itu hendaklah diselesaikan melalui mahkamah rakyat – pilihan raya negeri di seluruh bahagian pilihan raya DUN Perak!
Semuga Tuhan Yang Esa memberkati semua pihak yang berusaha ke arah memartabatkan keadilan dalam negara ini. khususnya di bumi Perak.
No comments:
Post a Comment