14 June, 2020

COVID-19: Bukti Kejayaan Negara Menangani Wabak - 986 Kes

Situasi penularan Wabak COVID-19 di empat negara tertinggi di dunia, mendapati pertambahan kes baharu harian di Amerika Syarikat, Brazil, Rusia dan India adalah mengejutkan. Dalam tempoh tiga hari, Amerika Syarikat mencatatkan 75,823 kes baharu, Brazil 75,612 kes, Rusia 26,472 kes dan India 34,471 kes. Suatu perkembangan yang menggerunkan.  

Buat pertama kali, Malaysia berjaya merawatpulih sejumlah 35 kes dan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes.

Pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes (1.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Kematian ke-121 (kes ke-7,468) merupakan lelaki warganegara India (orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil. 

KKM melaporkan, Allahyarham berumur 67 tahun itu mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau telah didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan telah segera dibawa ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sesungguhnya, kejayaan menurunkan angka kebolehjangkitan kepada 986 kes boleh dianggap sebagai sinar kejayaan di atas segala inisiatif memutuskan rantaian Wabak COVID-19 dengan kadar cepat. Ins sya Allah.

Semoga Malaysia tidak termasuk dalam kalangan Negara yang tertinggi kes COVID-19 seumpama Amerika Syarikat, Brazil, Rusia dan India.
Wassalam.

No comments: