16 June, 2020

COVID-19:Dunia kekal menular Malaysia mula melandai

Pola perkembangan Wabak COVID-19 peringkat Dunia boleh disaksikan menerusi penularannya di empat negara tertinggi, iaitu Amerika Syarikat, Brazil, Rusia dan India. 

Bagi keempat-empat negara ini, bagi tempoh 13 Jun sehingga lewat petang 15 Jun adalah menunjukkan pola pertambahan kes baharu yang ketara melebihi 20 ribu di Amerika Syarikat dan Brazil. Sementara di Rusia lebih rendah dengan pola naik-turun sekitar lapan ribu sehari dengan pola menurun daripada 12 ribu kepada 10 ribu.   

Begitu pula bagi kes COVID-19 yang berjaya dirawat, Amarika Syarikat adalah tertnggi dengan jumlah melebih 800 ribu kes atau 40.76% daripada 2.1 juta pada 15 Jun. Pola meningkat jumlah pesakit yang sedang dirawat juga belaku di Brazil, Rusia dan India. Ini berlaku selepas usaha mencari vaksin masih belum berjaya, meskipun negara berkenaan memiliki kesemua kemudahan dan sistem kesihatan terbaik. Betapa hebatnya Tuhan yang menciptakan Wabak COVID-19 kini  sudah menular lebih daripada tiga bulan. 

Wabak COVID-19 di Malaysia

Pola perkembangan di Malaysia pula menunjukkan bilangan kes baharu masih naik-turun dengan bilangan dua angka. Namun pola menaik dan menurun tersebut dilihat lebih baik bagi jumlah pesakit yang dirawatpulih adalah mulai melandai.



Justeru itu, kita banyak bersyukur atas urusan Allah yang permudahkan urusan pasukan perubatan dalam perawatan. Sehingga kini (16 Jun) pola melandai (kes dirawatpulih) tersebut telah kekal dengan tiga angka semenjak 14 April lalu. Selain itu, ia turut membuktikan tiada lagi penularan merata dalam kalangan penduduk tempatan. 
Pada hari ini, 333 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini - 307 kes adalah bukan warganegara dan 26 kes sahaja dalam kalangan warganegara. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,733 kes (90.9 pertatus daripada jumlah keseluruhan kes).   
11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,505 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 651 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Kemudian pihak KKM mengumumkan 11 kes baharu g]hari ini, didapati satu (1) kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam (6) kes adalah bukan warganegara manakala empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia. 
Alhamdulillah, tiada berlaku kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian akibat Wabak COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 
Berikutan jumlah pesakit yang dirawatpulih hari ini mencapai 333 orang, ini merupakan prestasi tertinggi untuk tempoh minggu pertama tempoh PKPP ini. Maka boleh dilihat hari ini, perbezaan kumulatif keseluruhan kes sebanyak 8,505, sementara jumlah kumulatif yang dirawatpulih sebanyak 7,733 - perbesaannya sebanyak 772 orang. Jumlah ini hampir sama dengan kumulatif kes yang dirawatpulih (651 kes). Kita meletakkan keyakinan bahawa pasukan perubatan Malaysia yang diketuai Dato' Dr Noorhisham Abdullah akan berjaya membawa Negara kita ke gerbang kemenangan.
Bersama-samalah kita mendoakan kebaikan dan memohon kekuatan agar Allah segera bebaskan kita dari rantaian Wabak COVID-19 ini. 
Wassalam.


No comments: