11 June, 2020

COVID-19: Alhamdulillah - kita tiada kematian, Dunia terus memuncak


Wabak COVID-19 peringkat Global
Penularan Wabak COVID-19 peringkat Global hari ini (11 Jun) masih berlaku dengan status tiga negara tertinggi ialah Amerika Syarikat, Brazil dan Russia. Jumlah kes masing-masingnya ialah 2,068,139 di AS, 775,581 di Brazil dan 502,436 di Rusia. 
Pada 21 Mei lalu, kedudukan negara tertinggi di dunia adalah AS, Rusia dan Brazil, masing-masing sebanyak 1,620,902 (AS), 317,554 (Rusia) dan 310,921 (Brazil). Namun pada 24 Mei kedudukan itu berubah, apabila Brazil mengalami pertambahan kes yang ketara, melebihi 16,000 kes dalam sehari, berbanding Rusia sekitar 8,500 kes. Maka pada 25 Mei, tiga negera tertinggi kes COVID-19 ialah AS (1,691,229 kes), Brazil (365,213 kes) dan Rusia (353,427 kes). Sehingga ke saat ini, tiga negara ini menjuarai sebagai negara tertinggi di dunia yang mengalami penularan Wabak COVID-19.
Satu sudut pemerhatian yang agak menarik ialah kedudukan India sebagai negara dari rantau Asia yang mengalami Wabak COVID-19 sekarang menduduki ranking kelima (ke-5) tertinggi di dunia.
Menelusuri perkembangan India, didapati negara yang kependudukan 1.379 billion ini telah berada di ranking ke-10 tertinggi dengan jumlah 138,536 kes pada 24 Mei lalu. Kemudian pada 28 Mei mendaki ke-9 dengan 165,386 kes dan seterusnya pada 31 Mei melompat ke-17 dengan 190,609 kes. Berikutnya pada petang 5 Jun menaik setangga ke-6 dengan 236,184 kes, diikuti pada 10 Jun kekal ke-6 dengan 287,155 kes dan pada petang 11 Jun (hari ini) menaik ke-5 tertinggi di dunia dengan 289,936 kes. Ia berlaku berikutan pertambahan kes dari 10 Jun ke hari ini (11 Jun) sebanyak 12,375 kes baharu.
Pola perkembangan Wabak COVID-19 di India agak ketara adalah munasabah bila dibandingkan dengan kependudukan melebihi 1.379 billion. Ditambah pula dengan kepadatan dan kesesakan di pusat awam yang agak melampau telah menyukar langkah social distancing, meskipun diviralkan pendekatan keras polis mengawal rakyatnya di dalam usaha pencegahan Wabak COVID-19.
Apapun, India (ke-5 dengan 289,936 kes) bukan bersendirian, sebaliknya bersama-sama dengan Iran (ke-10 dengan 180,156 kes) dan Turkey (ke-11 dengan 173,036 kes) yang juga mewakili negara rantau Asia, kini berada di dalam 11 negara tertinggi di dunia penularan Wabak COVID-19. Semoga Allah menyelamat dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Wabak COVID-19 di Malaysia
Perkembangan hari ini, 11 Jun penularan Wabak COVID-19 di Malaysia, sebanyak 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 7,065 kes (84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Walau bagaimanapun, Negara kita masih dianggap berisiko berhadapan dengan Wabak COVID-19 ini. Ia berdasarkan selama tiga hari lepas pertambahan kes berlaku dalam satu angka sahaja, tetapi hari ini telah bertambah 31 kes baharu. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,369 kes.
Daripada 31 kes baharu yang dilaporkan, 11 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara (digegerkan adalah pelajar yang balik dan pernah dikuarantin di Melaka). Daripada 20 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan hanya satu (1) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia iaitu merupakan kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz.
Perincian bagi 19 kes di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:
  • 16 kes Kluster Pedas di Negeri Sembilan;
  • Satu (1) kes Kluster Kampung Sungai Lui, Selangor;
  • Satu (1) kes Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur;
  • Satu (1) kes saringan pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara kes yang dirawatpulih (sembuh) pada hari ini adalah berjumlah 51 orang. Ini menjadikan jumlah kes aktif (sedang dirawat di hospital) dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,186 kes.
Kita tetap bersyukur tiada kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari in. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 118 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Kita mendoakan agar mereka yang baru dikesan positif kes COVID-19 ini akan lebih cepat sembuh, terutama warganegara kita yang balik balik dari luar negara. Memandangkan mereka masih muda remaja, daya tahan yang tinggi dan tiada kes kronik. Ins sya Allah.
Kepada-Nya kita berserah dan memohon belas kasih, mudah-mudahan Negara kita akan cepat bebas daripada penularan Wabak COVID1-19 ini.
WalLahu'alam.

No comments: