11 June, 2020

COVID-19: Global ke Asia, Malaysia ke Sri Petaling kluster terbesar

Hari ini (10 Jun) perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia amat menggembirakan denan hanya satu kes baharu. Namun di peringkat Global dan rantau Asia masih menggerunkan. 
Setakat semalam (9 Jun) bagi peringkat Global, pertambahan sehari adalah lebih 121 ribu kes baharu dengan kumulatif keseluruhan kes positif sebanyak 7.311 juta kes. 
Di rantau Asia pula, dilaporkan semalam berlaku pertambahan sehari (9 Jun) adalah lebih 31,788 kes baharu dengan kumulatif keseluruhan kes positif sebanyak 1.458 juta kes.

Asia menyumbang sebanyak 19.94 peratus kepada keseluruah kes di peringkat Global. Penyumbang terbesar kes positif Wabak COVID-19 ke peringkat Global ialah Amerika Syarikat dan rantau Eropah, iaitu (9 Jun) sekitar 4,170,936 kes atau 57.05 peratus.

COVID-19 di Malaysia
Merujuk lepada Wabak COVID-19 di Malaysia pula, terdapat dua (2) lagi kluster yang diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Selangor Mansion dan Kluster IPT Sabah. Ini menjadikan 34 kluster ditamatkan daripada keseluruhan 63 kluster. Ini bermakna, 29 kluster lagi yang masih aktif ketika ini.
Berdasarkan kesemua kluster tersebut, Perhimpunan Seri Petaling merupakan kluster terbesar  (3,374 kes), diikuti dengan kluster Depot Tahanan Imigresen (DPTI) Bukit Jalil (609 kes), kemudian kluster Pedas (260 kes) dan Persidangan Gereja Kuching (191 kes). Walau bagaimanapun bagi DTI, jika dicampur ketiga-tiga DTI (Bukit Jalil, Sepang dan Semenyih) menjadikan jumlahnya 735 kes.
Peratusan kes mengikut kluster-kluster ini adalah Seri Petaling 40.47 peratus, tiga DTI 8.82 peratus, Pedas 3.12 peratus dan Perhimpunan Gereja 2.29 peratus berbanding daripada keseluruhan kes berjumlah 8,228 kes.

Info lanjut hari ini

Maklumat dari KKM, berlalu satu kematian yang menjadikan kematian kesemuanya berjumlah 118 kes akibat COVID19 di Malaysia. Kes kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri Perhimpunan di Seri Petaling dan dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac 2020.

Bagi tujuan rekod dan sejarah Wabak COVID-19 di Malaysia, amat wajar kita berkongsi informsi bagi kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling (dikaitkan dengan Perhimpunan Jemaah Tabligh):-
  1.  Jumlah sampel diambil = 41,736
  2.  Jumlah yang positif = 3,374
  3.  Jumlah yang dirawatpulih = 3,168
  4.  Jumlah kematian kes COVID-19 = 34
  5.  Jumlah masih dirawat di hospital = 172
  6. Penularan kepada lima generasi:-
  • a.     Pembawa (jumlah yang hadir Perhimpunan) = 1,037
  • b.    Penularan Generasi 1 = 1,143
  • c.    Penularan Generasi 2 = 921
  • d.    Penularan Generasi 3 = 235
  • e.    Penularan Generasi 4 = 26
  • f.     Penularan Generasi 5 = 12
    • Jumlah = 3,374 kes positif
  • g. Penularan berbanding Keseluruhan Kes COVID-19 di Malaysia (sehingga 10 Jun) ialah 3,374 daripada 8,338 kes bersamaan 40.47 peratus.
      7. Rumusan Kes Kluster Covid-19: Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling terdapat satu kes (1) kematian dilaporkan di kluster ini. Maka pesakit COVID-19 bagi kluster ini yang sedang dirawat (masih aktif) menurun ke-172 kes.

Bersama-samalah kita menjadi diri yang berdisiplin dengan mengamalkan norma baharu kesihatan – jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan, menjarak diri dengan orang lain , kurangkan bergaul rapat dengan orang awam dan mendaoatkan raeatan segera sekiranya ada gejala. Selain itu ingatlah formula KKM, patuh kepada S.O.P, iaitu S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB; O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan; P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter. Ins sya Allah, kita selamat daripada Wabak COVID-19.

Wassalam.

No comments: