Minggu lepas (21
Disember) berlaku Konvensyen Intelek dan Graduan Kelantan. Penganjur utamanya
ialah Persatuan IGrad yang diketuai Zamakhshari Muhammad. Pejabat Menteri Besar Kelantan turut memberi
kerjasama menjayakan konvensyen yang julung kali itu. Ia membincangkan secara serius persoalan
dasar Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu Membangun Bersama Islam.
Sifatnya julung kali kerana persoalan dasar kerajaan
itu sebenarnya telah meninta sejarah unik politik pentadbiran negeri Serambi
Mekah dan dibicarakan secara terbuka sejak berlalunya musim pilihan raya umum
ke-13.
Meskipun sebelum
ini (21 Oktober), Kerajaan Negeri Kelantan telah menyambut genapnya 23 tahun
Kelantan Membangun Bersama Islam, tetapi di situ tidak berlakunya konteks
penilaian yang boleh dirincikan untuk menjadi titik muhasabah.
Forum memenuhi harapan
Walaupun begitu ,
pihak Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) sebelumnya telah
mengadakan satu forum sulung seawal penubuhannya (ditubuhkan pada Jun 2013).
Forum tersebut membincangkan “Kelantan Pasca Tok Guru: Harapan dan Halatuju.” Forum yang telah menghasilkan perkongsian antara
moderatornya Ketua Eksekutif KTD, Dr. Abdullah Sudin dengan tiga figur
cendiakawan, iaitu pertama mewakili Kerajaan Negeri Kelantan ialah Datuk Dr
Mohamad Fadzli Datuk Hassan, keduanya pensyarah USM dan mantan Mufti Perlis,
Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zanal Abidin dan ketiga pensyarah media UMK,
Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah. Hasilnya banyak maklumat dihidangkan kepada audiens yang terdiri daripada ketua jabatan, para pentadbir dan kakitangan kerajaan
negeri. Justeru, pihak Pengarah IPTG, Dr. Che Samsudin Mohamed Nor
bertanggungjawab mengangkat semua maklumat yang berguna itu kepada pihak
Menteri Besar untuk diteliti demi memenuhi harapan dan halatuju yang lebih baik
dalam pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam.
Sokongan Menteri Besar
Sementara
Konvensyen Intelek dan Graduan pula menyasarkan audiensnya adalah terbuka kepada
wakil NGO. Ia menampilkan pengisian bermakna menerusi ucapan perasmian oleh
Menteri Besar Kelantan yang dibacakan oleh Ahli Exco merangkap Pengerusi
Pembangunan Islam, Dakwah , Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Haji Mohd
Nassuruddin Daud. Ucapan yang sarat dengan penghebahan maklumat baru dan nada
sokongan tinggi Kerajaan Negeri Kelantan atas usaha IGrad tersebut. Tahniah untuk semua aktivis IGrad.
Selanjutnya
konvensyen sehari itu disusuli dengan pembentangan pengalaman mantan Speaker
(juga mantan Ahli Exco Negeri Kelantan) Datuk Hj Omar Mohamed berhubung
pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam. Diikuti pula, pembentangan kertas
kerja tentang prestasi 23 tahun dasar itu dan ulasan menuju masa depan oleh
Ahli Exco selaku Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi,
Datuk Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan. Pengisian terakhir ialah sesi wacana
yang meneliti persoalan realiti, isu dan cabaran dasar Membangun Bersama Islam
di Kelantan. Wacana itu dijayakan bersama-sama moderatornya, Ketua Kerusi Tok
Kenali KIAS, Dr. Yaacob Yusof dan tiga panelis yang terdiri daripada pensyarah
sains politik UKM Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Agus Yusoff, ahli korporat
Haji Ahmad Zakie Ahmad Shariff, dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan,
Wan Nik Wan Yussof. Kesemua pengisian
dalam konvensyen kali ini dianggapkan amat bermanfaat, lebih-lebih lagi idea
(baca: cadangan) dan teguran serta kritikan daripada dua figur ‘luar’ iaitu
Datuk Dr. Mohamad Agus dan Haji Ahmad Zakie.
Realiti berjaya
Sepintas lalu, persoalan
pokok yang dihasil daripada konvensyen dasar Membangun Bersama Islam ini
sememangnya sesuatu realiti yang berjaya. Di sebaliknya banyak isu kejayaan
telah diutarakan dan tidak boleh tidak sentiasa berdepan dengan cabaran.
Misalnya Dr Mohamad Agus banyak mengulas dan mencadang peri pentingnya Kelantan
menguruskan pendidikan rakyat secara cekap dan cemerlang serta berkebajikan.
YIK antara paling diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan. Sementara Ahmad
Zakie amat mengharapkan ketelusan dan kemurnian sistem nilai Islam dapat
dihayati dan diamalkan secara terbaik demi mencipta budaya kerja (ahli
pentadbir) dan pembangunan negeri (ahli korporat) yang benar-benar Islamik.
Tinggal lagi, hasil
perjalanan forum itu perlu dibutirkan dalam bentuk poin-poin untuk muhasabah,
dijadikan maklumat perancangan dan jalan penyelesaian ke arah memastikan dasar
Membangun Bersama Islam sedia diurus secara tuntas oleh Menteri Besar dan Ahli
Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Semoga Zamakhshari dan rakan sepasukan IGrad
dapat menyediakan butiran konvensyen sebaiknya. Tahniah untuk kalian.
Bagi Kerajaan
Negeri Kelantan, sesungguhnya sentiasa mengalu-alukan penyertaan dan
perkongsian sumbangan mana-mana NGO bagi memesra masing-masing kelompok
berkepentingan (interest gorup) kepada
memahami dasar negeri. Justeru strategi ini dibina sekian lama sejak 1990.
Sebagaimana
tercatat di dalam Program PAS Kelantan 2013 ketika mengemukakan sembilan
tawaran pilihan raya untuk rakyat kekal memilih PAS dan KeADILan (PKR), iaitu
tawaran ketujuh: “Meningkatkan mutu taraf hidup ke arah Masyarakat
Madani”––merupakan pendekatan masyarakat sivil yang sedia memberi ruang kepada
semua pihak NGO mengemukakan apa-apa sumbangan demi kebaikan masyarakat dan
negeri.
No comments:
Post a Comment