Jika belum mengundi: Kenali siapa Calon Umno.
KOTA BHARU: Beberapa
jam sebelum membuang undi rakyat Kelantan perlu membuat perhitungan terakhir.
Silap pilih pemimpin bukan sahaja badan rosak, sebaliknya negara juga punah.
Bagi pengundi Islam
wajib mereka memilih pemimpin mempertahankan agama. Ustaz Abdul Halim Abdul
Ghani dari Pondok Pasir Tumbuh mempertegaskan wajib memilih pemimpin yang mampu
mendaulatkan agama.
Bagaimanapun
bagi pengundi yang masih keliru, kenalilah terlebih dahulu latar belakang
pemimpin yang berkenan di hati. Jika tidak mereka juga bakal menerima padahnya
nanti.
Apa
yang penting sebahagian mereka (pemimpin Umno) adalah individu yang dipilih
oleh Presiden Umno sebagai calon pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini adalah mereka
yang telah mempunyai rekod tertentu. Ia sudah bercanggah dengan apa yang
dilaungkan kepada rakyat, kerana ada yang terlibat dengan rasuah, kroni, salah
guna jawatan (kuasa) dan paling penting diberi perhatian ialah ada yang telah
mempunyai rekod menderhaka kepada institusi istana
Kelantan.
Jeli
Rakyat Jeli tahu
siapa yang bermati-matian mengatakan Kelantan tidak layak mendapat royalti.
Alasan tiga batu nautika, sedangkan wang ehsan pula diagih kepada JPP.
Lagi
pun Sultan Muhammad V pada pembukaan persidangan Dun tahun lepas bertitah
supaya gas dan minyak didaratkan di Kelantan.
Bagaimanapun
malangnya Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula
menafikan hak Kelantan ke atas royalti.
Tidakkah
penafian itu boleh dianggap satu penderhakaan terhadap Sultan Kelantan.
Malah
pada titah yang sama Tuanku mahu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik
taraf, pelabuhan dan lebuh raya dibina, malangnya pemimpin Umno
mempersendakannya.
Akhirnya
kerajaan negeri terpaksa membina sendiri lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu dan
Stadium di Bukit Merbau, Pasir Puteh.
Rakyat
Jeli tertanya-tanya mengapakan jalan raya dari Kampung Berdang ke Sungai Rual
hanya terhenti di puncak sebuah bukit.
Sedangkan
jalan raya hampir 5 km itu difahamkan membabitkan kos RM125 juta, di mana pada
fasa pertama dilulus pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebanyak RM55 juta.
Kemudian
sebanyak RM70 juta lagi diluluskan pada zaman Datuk Seri Najib Razak.
Menurut
penganalisis ekonomi, jalan tersebut dan sebuah jambatan yang dibina kalau
diukur mengikut kemunasabahan sebenarnya tidak sampai RM60 juta.
“Jadi ke mana RM65
juta lagi wang peruntukan tersebut. Ini yang rakyat Jeli mahu tahu daripada
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan,” kata seorang penduduk.
Selain
itu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa kroni Umno mendapat keuntungan
berbilion ringgit daripada AP eksport sawit yang diberi MITI di bawah Mustapa
kepada individu tertentu.
Rakyat
Jeli juga masih menunggu Jawatankuasa Khas membincangkan mengenai royalti yang
tidak bersidang sehingga sekarang, biar pun tempohnya melebihi enam bulan
ditetapkan sebelum ini.
Inilah
wajah calon BN di parlimen Jeli yang disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar
Kelantan.
Bachok
Calon Umno di Bachok juga seorang yang boleh dianggap menderhaka dalam isu royalti minyak. Beliau seperti juga Mustapa amat lantang menentang hak royalti untuk rakyat Kelantan. Pernah seketika beliau menolak menerima memorandum tuntutan royalti kumpulan 'R" secara mentah-mentah dan berdalih pula bahawa Kelantan tiada hak. Hanya wang ehsan sahaja yang berhak untuk rakyat Kelantan. Ia suatu pembohongan dan penafian langsung atas titah tuanku.
Rakyat
Bachok pula masih tertanya-tanya siasatan SPRM mengenai duit yang dikatakan
sebanyak RM80,000 dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Ketua Umno Bachok,
Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Cek
CIMB yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 dikatakan dimasuk ke dalam akaunnya
ketika memegang jawatan Pengerusi Skim Jejak Jaya Bumiputera pada 2011.
Mampukah
Awang menjadi pemimpin yang baik untuk rakyat Bachok dengan salahlaku itu.
Rakyat Malaysia juga pernah dikejutkan dengan lesen judi bola sepak diluluskan
Kementerian Kewangan, yang ada hubung kait dengan kuasa yang ada pada Awang
Adek.
Rakyat
Bachok juga menanyakan mengapa ada pemimpin Umno boleh memiliki banglow di
bawah harga pasaran di Tropika.
Malang
sungguh bagi rakyat Bachok apabila ada seorang yang dianggap tegar cerut hendak
dinobatkan sebagai pemimpin.
Fikir-fkirlah
rakyat Bachok, supaya pemimpin yang pernah menaburkan janji pada 2004
memperbodohkan rakyat Bachok sekali lagi.
Kota Bharu
Jawatannya
sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri, namun lagaknya seperti seorang
menteri. Gambarnya terpampang di dalam kawasan sekolah di Kota Bharu.
Rakyat
di Kota Bharu patut tahu, seorang Setiausaha Politik menggunakan peruntukan
Jabatan Perdana Menteri bagi menaja kegiatan politiknya.
Mungkinkah
Yayasan Orang Kota Bharu (OKB) ada kaitan dengan peruntukan itu sebagai pentas
bagi menghalalkan kegiatan Dato’ Fatmi Che Salleh menggunakan dana kerajaan.
Bekas
Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim juga ada sejarahnya dengan Fatmi.
Ketika beliau digantung atas kesalahan politik wang, jawatan ketua bahagian
dirampas Fatmi.
Ketika
pemilihan pada 2008, mana-mana cawangan Umno yang mencalonkan Zaid difahamkan
ditekan.
Apakah
rakyat di Kota Bharu mahu memilih pemimpin sebegini mewakili mereka di parlimen
nanti.
Tanah Merah
Penduduk
di Ladang Kerla, Tanah Merah masih ingat lagi seorang pemimpin mempamerkan duit
sehingga lebih RM1.2 juta di hadapan mereka.
Pemimpin
yang sama juga pernah digegerkan menang sebagai Ketua Umno Bahagian Tanah Merah
kerana menggunakan bukan ahli Umno sebagai pengundi ketika pemilihan di
peringkat bahagian pada 2008.
Malah
cawangannya sendiri dikatakan tidak sah. Pada pemilihan 2008, Datuk Ikmal
Hisham Abdul Aziz menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno bahagian Tanah
Merah setelah mendapat pencalonan 92 daripada 108 cawangan.
Sedangkan
bekas setiausaha Umno Bahagian, Amran Abdul Rahman mendakwa cawangan Ikmal
sendiri tidak sah pendaftarannya.
Ekoran
keberanian Amran menegur menyebabkan dia digugur keahliannya dalam Umno setelah
membawa isu tersebut ke mahkamah.
Sebelum
itu Amran mengemukakan saman pemula ke atas Ikmal Hisham di Mahkamah Tinggi
Kota Baharu kerana menganggap kemenangannya meragukan.
Ketereh
Masih
ramai rakyat mengingati majlis pertabalan Tengku Ibrahim Petra pada 29 April
1993 di padang sebuah sekolah di Ketereh.
Laungan
Daulat Tuanku Tengku Ibrahim bergema apabila diteriakkan kira-kira 4,000 orang
yang hadir.
Apakah
ini bukan sebuah penderhakaan terhadap Sultan Kelantan. Mungkinkah dengan
kapasiti sebagai seorang menteri dengan dibantu pembantunya, Datuk Alwi Che
Ahmad boleh menghalalkan semua perbuatan itu.
Rakyat
di Ketereh juga tidak lupa pemimpin mana yang dikaitkan dengan wang program
rakyat termiskin (PPRT), ia hilang begitu sahaja.
Projek
ternakan ikan koi di Bukit Sireh dan sebuah lagi projek atas nama PPRT di
Terengganu mencatat kerugian kira-kira RM40 juta, namun yang menjadi mangsa
ialah pegawai kerajaan kanan pula.
Bagi
kakitangan Kada, mereka boleh melihat sendiri kenderaan milik agensi itu
digunakan sewenang-wenangnya bagi mengangkut pemain The Red Warriors.
Apakah
rakyat Ketereh mahu pemimpin seperti itu mewakili mereka di parlimen.
Gua
Musang
Malang
sungguh bagi rakyat Gua Musang apabila ada pemimpin mereka enggan
mengiktirafkan Sultan yang sah di sisi perlembagaan.
Rakyat
Gua Musang masih ingat kenyataan itu dikeluarkan Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada
akhir 2009 beliau meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan
negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang
berlanjutan.
Beliau
dikatakan mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang
tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.
Sultan Muhammad V dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2008 selepas ayahanda baginda menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Sultan Muhammad V dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2008 selepas ayahanda baginda menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Tuanku
Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada
13 September 2009 kerana Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei
2008.
Pasir Mas
Che
Johan Chepa adalah seorang yang telah menjual maruah parti kerana gagal
mengemukakan borang pencalonan untuk BN di parlimen Pasir Mas. Sedangkan dia
masuk ke bilik penamaan calon bersama ketua bahagian dan dua calon dun lagi.
Tindakan
Che Johan sebagai merosakkan imej dan maruah serta integriti kepimpinan Umno
demi memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding dengan calon PAS, Ustaz Nik Muhammad
Abduh.
Sementara
Ibrahim Ali adalah presiden pertubuhan Perkasa pelampau Melayu yang bertanding
atas tiket bebas. Beliau pernah ada rekod menderhaka dengan istana Kelantan
dalaam isu memfitnah kononnya pihak sultan terlibat dalam urusan politik semasa
pilihan raya umum 1990. Pernah dipecat dari Umno untuk tempoh seumur hidup
kerana menentang Pak Lah dan Mustapa Momamed.
Sekarang
dia direstui oleh Umno Pasir Mas sebagai calon bebas yang mewakili BN apabila
calon sebenar BN menjual diri dengan tidak mengemukakan pencalonan. Ia suatu
kesalahaan besar di sisi disiplin Umno tetapi tiada tindakan ke ataas Che Johan
yang sudah tidak bermaruah.
Apa
yang berlaku di Pasir Mas ini adalah simbolisme ketidakupayaan Mustapa, Hanafi
dan paling jelas kegagalan itu tertanggung sama atas bahu Najib selaku presiden
Umno.
Rumusan
daripada pendedahan latar individu (kesemua) di atas adalah memberi titik
renungan kepada pengundi dan mereka yang cintakan Umno. Natijahnya, Umno yang
mewakili BN di Kelantan hari ini bukanlah pilihan terbaik untuk menerajui
mandat rakyat Kelantan dalam PRU13 ini. Mereka semua sudah korup dan
mengamalkan politik korup.
No comments:
Post a Comment