Sokongan yang berolak
seawalnya bermula daripada pilihan raya pra-merdeka 1955 yang memberi kuasa buat kali pertama untuk Umno menerajui kerajaan Negeri. Diikuti pilihan
raya pertama selepas merdeka 1959, berolak
pula kali kedua sekaligus menyaksikan beralihnya kuasa buat kali pertama kepada PAS. Namun selepas 18 tahun PAS
berkuasa, sokongan rakyat berolak kali ketiga,
dan kali ini telah beralih kuasa untuk
kali kedua kepada Umno. Ia mencatatkan sejarah kuasa bagi
Umno berkuasa selama
12 tahun, iaitu sehingga pilihan raya 1990.
Pada pilihan raya 1990, berlaku olakan kali keempat telah menyaksikan beralihnya kuasa untuk kali kedua kepada PAS yang
ketika itu bersama Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Apa pun nilai sokongan
rakyat Kelantan kepada PAS bersama Angkatan hanya berlangsung untuk dua penggal
pilihan raya sahaja (1990 dan 1995). Selepas itu muncul permuafakatan PAS dalam
Barisan Alternatif (BA) dan PAS di Kelantan telah berjaya kekal berkuasa sejak
tiga kali pilihan raya (1999, 2004 dan 2008) sehingga kini.
Dari BA
kepada PR
Apa pun selepas pilihan raya 1999 sehingga pilihan
raya 2004, Barisan Alternatif asalnya terdiri daripada tiga parti – KeADILan,
DAP dan PAS – kemudiannya berolak menyebabkan DAP keluar dan bersendirian
menentang Barisan Nasional. Ketika itu berlaku prestasi malap PAS bersama-sama
KeADILan yang membawa kemerosotan sokongan rakyat di Kelantan. Akibatnya, PAS
hampir terlepas kuasa kerajaan di Kelantan dengan hanya kelebihan dua kerusi
Dun (kemudian tinggal majoriti satu Dun selepas gagal dalam pilihan raya kecil
Pengkalan Pasir).
Namun olakan sokongan rakyat kembali segar kepada PAS
apabila Barisan Alternatif berjaya meraih semula dokongan DAP menjelang pilihan
raya 2008. Ia diikuti dengan dokongan mantap beberapa gerakan rakyat (mass
movement) seperti Bersih dan Hindraf. PAS telah meraih kelebihan
daripada konsensus tersebut apabila PAS kembali segar dan mantap menerima
sokongan dua pertiga rakyat di Kelantan. Justeru sentimen gerakan rakyat itu
telah diterjemah secara tuntas oleh pimpinan PAS, KeADILAan dan DAP, maka
lahirnya permufakatan politik baru selepas pilihan raya 2008, iaitu Pakatan
Rakyat (PR).
Faktor
beralih
Natijah politik Kelantan adalah unik, sebagaimana
uniknya seni budaya rakyatnya. Ketika menjelang merdeka sepakat menyokong Umno
atas alasan mahukan kemerdekaan. Namun selepas merdeka, menurut kajian Clive
Kessler (1978) didapati Umno pada waktu itu gagal menunaikan janjinya, malah
dimomokkan pula sebagai mengkebelakangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.
Sebaliknya PAS dikatakan berjaya membangkitkan isu Islam dan Melayu secara
jelas dan ia boleh diterima rakyat Kelantan. Antara isu yang mendapat sokongan
rakyat ialah isu berkaitan kerjasama Umno dengan parti bukan Melayu dan cabaran
kepada masa depan orang Islam dalam konteks Nusantara. Atas isu ini, PAS
menimbulkan seruan bangkangan kepada dasar Umno sehingga membangkitkan semangat
Melayu Raya. Justeru isu yang dibawa oleh PAS didapati sejiwa dengan rakyat
Kelantan, kerana rata-rata rakyat Kelantan adalah rapat dengan golongan agama, seringkali
menerima hujah agama daripada pemimpin PAS.
Namun selepas pilihan raya 1969, kestabilan politik
nasional tercalar akibat perbalahan kaum
sehingga berlaku rusuhan 13 Mei. PAS sebagai parti memperjuang Islam
telah mengambil jalan terbuka dan sedia menjadi pendokong kepada usaha-usaha
perpaduan. Kesannya berlaku kerjasama politik dalam kerajaan menerusi
pembentukan Kerajaan Campuran antara PAS dengan Umno. Ia berlaku secara
praktikal di Kelantan kerana PAS membentuk kerajaan di negeri ini.
Kesan daripada Kerajaan Campuran itu telah membawa kepada
pensabitan PAS menubuhkan Barisan Nasional menjelang pilihan raya 1974. Pensabitan
itu membawa kepada PAS menyertai Barisan Nasional atas semata-mata inginkan
perpaduan umat Islam. Ia sekaligus memantapkan semula parti Umno yang hampir
ranap ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969. Sementara dalaman PAS pula berlaku
sedikit perpecahan yang melahirkan puak Bebas Bersatu menentang penyertaan PAS
dalam Barisan Nasional. Di sini bermula detik pertembungan politik sesama
pemimpin PAS. Ia kemudian diparahkan lagi oleh adu-domba pemimpin Umno di
Kelantan dalam beberapa isu. Kemuncaknya ialah isu undi tidak percaya kepada
Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir sehingga menimbulkan kemelut berlarutan
sehingga tercetusnya politik darurat 1977. Darurat
kemudiannya berakhir dengan rakyat Kelantan beralih sokongan kepada Umno pada
pilihan raya khas Mac 1978.
Kembali berkuasa
Pada pilihan raya 1990, PAS kembali berkuasa di Kelantan.
Ia berlaku selepas perpecahan kalangan Umno di Kelantan ekoran pertembungan
kuasa dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dalam isu pertukaran pegawai
tadbir negeri. Ia turut memalitkan pihak istana kerana Umno menuduh istana
berpolitik menyebabkan kalah di Kelantan.
Kesemuanya berlaku selepas berlaku pemilihan Presiden
Umno tahun 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah kalah tipis kepada Dr.
Mahathir Mohamed. Tengku Razaleigh kemudiannya menubuhkan Parti Semangat 46
yang kemudian bergabung dengan parti Berjasa dan Hamim menerusi Angkatan. Kemudian
berkerjasama dengan PAS sehingga membangkit tekanan kepada Umno di Kelantan.
Kesan daripada perpecahan Umno telah merungkai olakan sokongan rakyat kepada
Umno beralih kepada PAS. Meskipun selepas itu (tahun 1996) Semangat 46 telah dibubar
dan kembali bertaut semula dengan Umno, kesannya amat signifiken kepada PAS
apabila PAS terus disokong oleh rakyat Kelantan.
Begitu pula, pengalaman pilihan raya 1990 dan 1995 didapati
cukup menguji kemantapan PAS menerajui kerajaan di Kelantan. Ia juga
membuktikan PAS sudah mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat. Walaupun
sokongan itu agak berolak pada pilihan raya 2004 (selepas hubungan longgar
dalam BA) menyebabkan sokongan kepada PAS agak merosot. Sebaliknya Umno
mendapat kekeuatan baru apabila Dr. Mahathir berundur dari kerusi Presiden
diganti dengan Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah telah dipromosikan sebagai pemimpin
bersih dan menjadi pengharapan baru buat rakyat. Ia turut mempengaruhi sikap
dan kepercayaan rakyat Kelantan. Justeru peralihan kepimpinan Umno menjadi asas
untuk Umno mendapat kepercayaan baru dan PAS terkesan sehingga hampir kalah di
Kelantan.
Pengajaran
paling berharga
Apa yang penting di sebalik berlaku olakan sokongan dan
beralih kuasa kerajaan antara ‘Umno-PAS-Umno-PAS’ ialah pengajaran paling
berharga apabila dibuat penilaian mengenai punca-puncanya. Paling
signifiken apabila penilaian itu dibuat ke atas keputusan tiga pilihan raya
terakhir (secara bandingan antara pilihan raya 1999, 2004 dan 2008). Analisis berikut ke atas 13 Dun
terpilih di Kelantan amat relevan diperhatikan tentang aspek ‘pengajaran paling
berharga’ yang dimaksudkan.
Jadual 1:
Sokongan beralih dari PAS ke BN
Jadual 1, menunjukkan bagi pilihan raya 1999 ke 2004 telah beralih sokongan rakyat Kelantan dari PAS ke BN bagi semua 13 Dun terpilih. Dun Bunut Payung mengalami olakan sokongan kepada BN paling tinggi, iaitu 14.43 peratus. Sementara Dun Meranti adalah terendah iaitu 6.42 peratus. Purata beralih sokongan dari PAS ke BN ialah 10.68 peratus. Sekiranya rentak olakan pilihan raya ke-13 nanti dan jika terjadi seumpama pilihan raya 1999 ke 2004, maka natijahnya beberapa Dun daripada 13 Dun ini akan menyaksikan beralihnya sokongan rakyat dari PAS ke BN yang menyebabkan akan ada Dun yang berkemungkinan kalah.
Jadual 2:
Sokongan beralih dari BN ke PAS
Jadual 2 pula menunjukkan bagi pilihan raya 2004 ke
2008 telah beralih sokongan rakyat Kelantan dari BN ke PAS bagi semua 13 Dun
terpilih. Dun Gual Ipoh mengalami olakan sokongan kepada PAS paling tinggi,
iaitu 14.01 peratus. Sementara Dun Pengkalan Kubor adalah terendah iaitu 2.51
peratus. Purata beralih sokongan dari BN ke PAS ialah 5.75 peratus sahaja.
Sekiranya olakan pilihan raya ke-13 nanti akan terjadi seumpama pilihan raya
2004 ke 2008, maka natijahnya beberapa Dun daripada 13 Dun ini akan menyaksikan
beralihnya sokongan rakyat dari BN ke PAS
yang menyebabkan akan ada Dun berkemungkinan menang besar.
Namun apa yang dibimbangi, sekiranya berulangnya mood
jentera PAS sepertimana mood ketika pilihan raya 2004, maka akan berlaku olakan
sikap rakyat yang berkemungkinan akan beralih kepada BN. Tidak mustahil senario
pilihan raya yang tergambar daripada analisis Jadual 1, akan berulang. Senario
yang bersikap ‘alert’ dan proaktif amat wajar agar tidak berulang lagi
pengalaman pilihan raya kecil Manek Urai (14 Julai 2009) yang menyaksikan
kemerosotan rakyat sebanyak 6.36 peratus (PAS menang tipis, 65 undi) dan
pilihan raya kecil Galas (4 November 2010) juga merosot sebanyak 10.25 peratus
(PAS kalah agak besar, -1,190).
Justeru ada berkemungkinan beberapa Dun yang berlaku olakan
beralih sokongan rakyat dari 1999 ke 2004 yang lebih daripada 5 peratus ke atas
(rujuk Jadual 1), perlulah mengambil langkah yang berstrategik bagi menangani
isu-isu pilihan raya yang sedang berlegar ligat sekarang ini. Mudah-mudahan mood
jentera PAS dan mood pengundi tidak akan berlaku seumpama pilihan raya
2004. Justeru PAS akan terus utuh
menguasai kemenangan bergaya pada PRU-13 dengan izin-Nya.
1 comment:
UMNO MIMPI SIANG HARI LA....BANTUAN YANG KAMU BAGI TU DUIT ROYALTI KELANTAN.BUKAN DUIT MAK BAPAK KAMU.
Post a Comment