"Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung
bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: "Wahai
kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu."Turutlah orang-orang yang tidak
meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat
hidayah petunjuk" (Yasin 36:20-21).
Dalam Surah
Al-Qasas pula Allah SWT berfirman:
“Dan
datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu
menyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai
Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu
pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas
kepadamu"(Al-Qasas 28:20).
Sehubungan dengan maksud firman Allah tersebut,
dapat dikaitkan betapa ketika zaman Nabi Musa telah muncul seorang yang sanggup
memberi pandangan ikhlas demi kebenaran.
Hal seumpama itu seakan sama dengan apa yang berlaku
di Johor, apabila ADUN Kemelah (UMNO-BN), Datuk Ayub Rahmat bangkit
mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor melaksanakan undang-undang syariah hudud,
meskipun selama ini betapa ramai pemimpin UMNO mengelak diri daripada melaksanakan
hudud.
Ia boleh
disifatkan sebagai suatu asas anjakan perjuangan dalam politik UMNO sekiranya
pandangan peribadi ADU Kemelah itu dianggap serius oleh pemimpin besar UMNO. Ini
kerana sebelum ini, tiada langkah serius pemimpin UMNO untuk bersama-sama PAS dalam
memartabatkan undang-undang syariah hudud ini.
Apa pun Kelantan
sudah 22 tahun berdepan dengan tekanan dan tohmahan buruk pihak UMNO dalam
perkara ini. Maka sokongan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku peneroka awal undang-undang
hudud adalah amat bermakna sekali kerana
akhirnya munculnya seorang ADUN dari UMNO membangkitkan hasrat melaksanakannya
di Johor.
Meskipun cadangan
Ayub itu bernada songsang, ramai umat Islam yang mengharapkanya menjadi realiti.
Pihak PAS pula hampir sepakat menyokong, termasuk juga pihak Majlis Peguam Syarie
Malaysia dan beberapa NGO. Namun hasrat
itu tetap disanggah secara reaktif oleh Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang dikenali
amat tegar menentang sebarang usaha
pelaksanaan hukum hudud.
Malah turut mengugut
untuk keluar Barisan Nasional. Jika begitu nampaknya, sahlah bahawa cadangan
Ayub itu tidak akan kemana. Sebaliknya terserlah sikap dan pendirian sebenarnya
UMNO dan parti sekutunya, MCA yang sampai bila-bila akan memastikan hukum hudud
tidak menjadi realiti.
Atas sebab itu, Menteri
Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Osman tidak berani mengeluarkan apa-apa komen. Masih
belum didengari ialah komen Presiden UMNO dan timbalannya dalam perkara ini. Amat
malang sekiranya UMNO mengambi perhatian atas sanggahan pemimpin MCA itu. Mungkinkah
ADUN Kemelah itu akan dikenakan tindakan atau dinasihatkan menarik balik cadangannya
menjelang pilihan raya nanti? Semua umat Islam sedang memerhatikan apa yang
akan berlaku selepas ini.
No comments:
Post a Comment