22 October, 2011

MCA dominan ke atas Umno?

Harap bacalah kenyataan Dato' Tuan Ibrahim ini (mendedahkan 'kinya-nya' Umno sehingga diperalatkan oleh MCA...

KERDAU, 2 Mac [1.04 am] - Pesuruhjaya Pahang dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), menegaskan UMNO BN sebenarnya yang telah ketandusan isu apabila mengatakan beliau takut kalah dan tidak bersedia menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau 6 Mac ini. "Mereka sebenarnya terpedaya dengan taktik kita, mereka menyangka saya yang jadi calon. Mereka mainkan isu saya bukan anak tempatan Kerdau sebelum hari pencalonan, dengan harapan rakyat akan menolak PAS. Tapi akhirnya kita memilih Hasanuddin Salim sebagai calon, tambahan pula dia adalah anak tempatan. Ini membuatkan UMNO BN kebingungan sebenarnya. Sebab itulah Perdana Menteri, Najib Razak sendiri kecewa bila nama saya tidak dicalonkan", katanya kepada penyokong PAS di Felda Jengka 25malam tadi. Sementara itu, beliau turut menegaskan UMNO semakin terdesak bila mengatakan "PAS jadi alat DAP" berikutan keenganan PAS berkawan dengan UMNO dan memilih DAP untuk bersama berjuang dalam Pakatan Rakyat. "UMNO tuduh PAS kawan dengan Cina DAP sedangkan mereka juga kawan dengan Cina MCA. Mereka tuduh DAP peralatkan PAS (Melayu), padahal UMNO itu sendiri diperalatkan oleh MCA", katanya. "Bukti jelas UMNO yang gadaikan kawasan majoriti Melayu kepada Cina MCA. Di Pahang misalnya, kerusi Parlimen Raub milik UMNO diserahkan kepada MCA", katanya.

"Begitu juga dengan kerusi Parlimen Kuantan diberikan kepada MCA. Kerusi itu kini diwakili oleh orang Melayu iaitu Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bukankah Fuziah itu Melayu. Maknanya kerusi Melayu bertambah di parlimen. Soalnya kenapa UMNO kata PAS gadaikan perjuangan orang Melayu kepada DAP", tambah beliau lagi. Dato' Tuan Ibrahim juga menegaskan UMNO sebenarnya yang telah menganiaya orang Melayu di negara ini. "Sejak 20 tahun lalu, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak mendapat tambahan satu pun kerusi parlimen. UMNO hanya membenarkan SPR menambahkan kerusi parlimen yang begitu banyak di Sabah dan Sarawak. Maknanya, siapakah yang menganiaya orang Melayu di negara ini?", tambahnya lagi.

[Dalam ceramah penerangan di Felda Jengka 25 malam tadi, Dato' Tuan turut memaklumkan pernyertaan bekas pemimpin UMNO kawasan itu ke dalam PAS. Pemimpin yang banyak berjasa kepada UMNO dan masyarakat disitu berbuat demikian bersama beberapa orang kuat UMNO disitu. Pengumuman itu memberi tamparan cukup hebat kepada BN di Peti Undi Jengka 25 yang dipercayai turut menjadi kubu kuat mereka. Difahamkan, ramai lagi ahli UMNO akan berbuat demikian sebenarnya. Appaun tahniah kepada mereka yang terlibat. Ceramah yang berakhir sekitar jam 11.30 malam itu turut menampilkan Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Hadi Awang, Hasnuddin Salim (Calon PAS DUN Kerdau) dan Ustaz Kamal Ashaari. Melihat kepada isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, maka dilihat PAS berupaya menyaingi kehebatanBN yang tidak habis-habis menggunakan wang dan projek pembangunan untuk memancing undi. Perbuatan yang sepatutnya salah itu kini dihalalkan oleh SPR, atas alasan projek yang termasuk dalam Bajet bukanlah satu perbuatan rasuah. Walhal ia adalah sebaliknya. Justeru rakyat diseru memberi sokongan padu kepada calon PAS demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka lebih dihargai pada masa yang akan datang].

BUKTI Umno tak mahu Undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia selepas MCA & Gerakan mengugut akan berpecah dengan Umno.

MAKSUDnya, bila MCA ugut Umno pun ikut...

MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.

Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. Baca berita penuh]

Gerakan: Kita bukan negara Islam

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

"Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.

"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.

"Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya.

Chang (kanan) juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.

MAKA Presiden Umno pun mengalah dengan mengeluarkan kenyataan berikut:

Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah.


No comments: