Baru atau lama sama saja, asalkan dasar perjuangan boleh diterima rakyat. Tidak kisah, walau apa strategi yang dipakai oleh PAS. Apa yang utama di sini adalah strategi untuk bawa perjuangan PAS difahami dan diterima rakyat. Barulah menguntungkan rakyat yang mengundi PAS. Ini kerana yang bercakap soal strategi hanya berlaku di kalangan pemimpin atasan parti sahaja. Maka, bagi orang bawah sama sahaja, sama ada strategi lama atau strategi baru. Demikian beberapa ungkapan yang terhambur dari mulut kalangan pendukung PAS di peringkat bawahan.
Bagi orang bawah, apa nak dipusing-pusing sangat soal strategi parti. Apa yang penting bagi mereka selaku ahli parti atau pemimpin parti peringkat bawah ialah asalkan PAS terus mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islam. Keadilan dan kemakmuran Islam dapat disuburkan oleh apa sahaja aktiviti PAS untuk masyarakat. Hal yang sama amat diharapkan oleh pengundi pada saat pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil mahu pun pilihan raya umum.
Presmis umum adalah PAS selaku parti politik Islam, tetap tegas atas landasan perjuangan. Tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang memungkinkan lunturnya idealisme perjuangan Islam. Mislanya, pendekatan siasah syariyyah yang dipakai selama ini tidak melunturkan nilai-nilai idealisme Islam. Meskipun ketika itu berlaku gelombang reformasi yang mencetus Barisan Alternatif, mahupun kini gelombang kuasa rakyat (makkal sakhti) yang melahirkan Pakatan Rakyat.
Demikian juga, ketika PAS di Kelantan tumbang kerana angkara poitik darurat yang dicetuskan oleh Umno, ia diikuti dengan kebangkitan semula PAS dengan pengisian ‘kepimpinan ulama’. Kemudian berlakulah strategi pemerkasaan dalaman PAS dengan program tarbiyah dan latihan kepimpinan sehingga melahirkan nilai-nilai tajdid dalam organisasi PAS sehingga diwujudkan Majlis Syura Ulama dan diadakan jawatan institusi al-Mursyidul Am PAS. Sejarah ini mempamerkan, betapa strategi tetap sama, iaitu pemerkasaan dalaman PAS, cuma pengisian programnya sahaja nampak baru.
Maka apa yang berlaku itu ialah strategi tetap lama tetapi pengisian program ke arah mencapai matlamat perjuangan PAS sahaja yang disesuaikan. Justeru itu, bukan strategi harus baru, tetapi kreativiti perjuangan perlu berdaya maju untuk dilihat baru ke arah mencipta program pengisian yang lebih berkesan. Apa yang utama, hasilnya adalah PAS terus utuh sebagai parti politik Islam bersifat semasa (comtemporary).
Dalam konteks itu, sejarahnya tetap berulang kerana sejak awal penubuhan, PAS ditubuhkan hasil kreativiti perjuangan para ulama untuk melihat idelaisme Islam bangkit dalam politik negara. Ketika itu adalah politik kemerdekaan. Justeru dalam ruang mengisi kemerdekaan negara, orientasi ulama tetap segar menolak dasar asobiyah Melayu Umno. Oleh kerana itu, PAS terus bangkit dengan suara lantang menolak program mungkar tajaan Umno seperti isu loteri dan judi. Nampaklah gahnya parti PAS dengan strategi kepimpinan yang ditunjangi ulama.
Cumanya sekarang, perjuangan PAS perlu lebih bersedia berdepan dengan cabaran semasa. Tatkala PAS tewas di Galas, sebelumnya menang tipis di Manek Urai yang kedua-duanya berlaku di Kelantan, maka timbullah persoalan, perlukah perbaharui strategi atau program parti mendekati pengundi dan pelbagai lapisan rakyat. Namun untuk memahami senarionya, Galas tempat PAS kalah musim pilihan raya kecil pada 4 November lalu adalah kubu Umno yang pernah bocor pada 2008. Sementara Manek Urai pula dikatakan kubu PAS yang pernah ditembusi Umno pada 2004. Kedua-duanya ada nilai politik yang ‘kebalikan’ atau wujudnya ‘politik dialektikal’ yang menampakkan cabaran besar memungkinkan politik hegemoni berlaku secara hegemoni balas. Maksudnya, parti PAS sedang berdepan dengan serangan balas Umno apabila sudah dua dekad berkuasa di Kelantan.
Sehubungan itu, tugas PAS kini adalah melihat semula aspek strategi dan program perjuangan yang menyentuh nilai-nilai kepentingan rakyat atau pengundi. Maka ia turut memerlukan semakan semula kepada nilai kemantapan strategi, diikuti pemerkasaan program bagi memaut keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk terus berpaut pada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Di sinilah relevannya pandangan naib-naib presiden PAS (Haji Salehudin, Dato’ Tuan Ibrahim dan Dato’ Mahfuz seperti dilapor Harakahdaily.net dalam kolum Minda Naib Presiden) yang menggagaskan kepada maksud ‘pembaharuan’ yang bersifat pendekatan ‘kemaskini’ bukannya rombakan yang memerlukan arkitek dan prasarana baru.
Pendekatan kemaskini amat sesuai kerana nilai-nilai kekalahan atau kemerosotan sokongan rakyat (jika pencapaian di Galas dan Manek Urai sebagai kayu ukur) adalah sebenarnya memerlukan pemerkasaan dari segi watak dan imej pemainnya sahaja. Soal subsistance sudah cukup utuh dan PAS sudah mencipta rekod baik, khususnya di Kelantan. Justeru, demi menjayakan idealisme dan jaringan kerja parti PAS di kalangan rakyat, sewajarnya strategi pemerkasaan dalaman boleh dijayakan dengan program menguatkan ‘pemain’ dan ia dianggap penting dan relevan. Mungkin ‘pemain’ itu memerlukan latihan lebih intensif, merehatkan sebahagiannya atau menukarnya supaya bermain di posisi yang lebih sesuai dengan kemahirannya.
Rumusannya, persoalan strategi pemerkasaan berpandukan program menguatkan ‘pemain’ boleh dipertimbangkan oleh PAS secara menyeluruh demi meraih keyakinan baru. Hal ini sedia berlaku oleh mana-mana parti politik. Lebih-lebih lagi jika ia berada pada kedudukan ketika mendapat perhatian semua pihak, khususnya rakyat. Sekadar rekod, jika di dalam perlawanan sukan seumpama bola sepak (bukan parti politik), pemain senior yang berpegalaman masih kompeten terus dikekalkan, tetapi pemain senior yang sudah letih-lesu akan direhatkan oleh jurulatih. Namun jurulatih atau pengurusan perlawanan tetap kekal berada di bawah tokoh yang senior. Sewajarnya formula yang sama dipakai untuk memperkasakan gerakan perjuangan PAS menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-13.
Hanya Tuhan yang Esa Maha Mengetahui atas setiap sesuatu kejadian. Manusia hanya berusaha dan berikhtiar, sebaliknya Tuhan Maha Menentukan segala-galanya.

No comments:
Post a Comment