26 January, 2010

Projek Bazar PMBK bukan rugi, tapi untung!!

Terpampang di akhbar minggu lepas hujah maklumat yang mengatakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menanggung rugi di sebalik projek Bazar Tok Guru. Maklumat itu dikatakan berasaskan laporan dipetik daripada blog, Jumlah rugi dikatakan mencecah RM50 juta. Ia ditohmahkan sebagai kesilapan Kerajaan Negeri yang terpaksa membayar RM23 juta kepada pemaju bagi mendapatkan lot-lot kedai di tingkat bawah bazaar tersebut.

Kepada yang membaca berita itu, sudah pasti akan menerima berita kerugian ditanggung Kerajaan Negeri itu sebagai benar. Namun, kepada pembaca yang bersikap analitikal, belum tentu mengiyakan berita itu. Pembaca analitik akan memproses berita itu kepada beberapa segmen persoalan yang mampu menilai berita tersebut:
1.Pokok persoalan – betulkah rugi.
2.Pokok jawapan – sebab-sebab rugi.
3.Pokok analitik – menilai asas dakwaan rugi kerana membayar RM23 juta.
4.Mengkaji hubungan dakwaan rugi dengan realiti projek.
5.Poin realiti dakwaan rugi ialah setiap projek ada persetujuan dan perjanjian.
6.Persoalannya, adakah perjanjian yang berpihak kepada pemaju atau PMBK.
7.Siapa pula yang mendedahkan butiran fakta yang merumuskan kerugian PMBK, dan
8.apa hubungan pihak pendedah maklumat dengan PMBK atau individu-individu tertentu.

Simulasi daripada analitikal tersebut, poin realitinya ialah:
1.Tanah seluas enam ekar diserah kepada pemaju, jika dinilai mungkin berharga RM6 juta sebelum projek atau selepas projek bernilai sampai RM15 juta.
2.Bangunan yang dibina dan diserah kepada PMBK dua tingkat mungkin berharga RM40 juta.
3.PMBK membeli paras bawah bangunan bazaar berharga RM23 juta, demi membuktikan kesediaan kerajaan Negeri untuk memberi faedah kepada pekedai yang berpindah daripada Arkeb Uda dan Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru.
4.PMBK berhajat menjual setiap unit dengan harga pasaran (semuanya 382 unit), dan
5.PMBK dijangka akan mendapat balik kira-kira RM23 juta.
6.Maka, keseluruhannya PMBK membayar kepada pemaju RM23 juta campur harga tanah RM6 juta/RM15 juta, maka jumlah perbelanjaan kira-kira RM29 juta/RM38 juta.
7.Berpandukan transaksi dan perniagaan atas projek itu, PMBK dijangka mendapat pulangan melalui aktiviti jualan di paras bawah sebanyak RM23 juta, dicampur dengan nilai bangunan yang diserah oleh pemaju di paras satu dan paras dua berharga kira-kira RM40 juta, maka jumlah kemasukan kira-kira RM63 juta.

Oleh itu, pengiraan mudah itu membuktikan PMBK layak memperolehi keuntungan kira-kira RM25 juta atau RM34 juta (RM63 tolak RM29 juta/RM38 juta). Habis, di mana asasnya dakwaan PMBK rugi RM50 juta. Justeru itu, dakwaan PMBK rugi adalah fitnah semata-mata.

1 comment:

Anonymous said...

Tanah tapak projek 6 ekar yang berada dalam bandar Kota Bharu tu anda nilaikan RM 6 juta??

Tanah tapak kondo baru belakang KB Mall tu telah dinilaikan RM 170 satu kaki persegi oleh pemaju yang Tok Guru pergi pecah tanah tempuhari dan ia telah membuat pembayaran pendahuluan kepada MPKB. Tapak itu kira jauh dari pusat bandar.

Tanah tapak Bazaar Tok Guru di tanah PMBK tu @ RM 170 sekaki persegi adalah RM 7.4 juta SATU EKAR, saudara..! Kalau 6 ekar jadi RM 44 juta, saudara.

RM 23 juta yang kerajaan cadang nak beli lot2 kedai dari pemaju tu, kira dah cukup untuk pemaju siapkan SELURUH bangunan bazaar Tok Guru. (Kos sebenar hanya RM20 juta)

Pemaju tak payah buat keluar modal langsung, cuma beri PINJAM RM 5.5 juta kepada PMBK. PMBK kena bayar balik pinjaman itu.

Seluruh bangunan Bazaar Tok Guru akan jadi milik Kerajaan Kelantan, termasuk ting 1 & 2..., kononnya bernilai RM 23 juta + RM 40 juta. TETAPI, soalnya :

1) Bolehkah dikutip balik RM 63 juta itu kalau benar2 kerajaan negeri jual dengan harga pasaran sekali pun? Kadar harga lbhkurang @ RM1500 sekaki persegi tu amat MAHAL... tak mampu dibeli oleh peniaga Islam yang kerajaan warwarkan nak bela.

2) Pemaju tidak perlu keluarkan modal sebab kos pembinaan bangunan RM 20 juta tu sudah boleh didapati dari 'penjualan' bernilai RM 23 juta utk tingkat bawah bazaar.

3) Baki tanah 4.5 ekar lagi adalah milik pemaju! Bazaar Tok Guru tu hanya mengambil tapak seluas 1.5 ekar sahaja. Modal tak payah keluar, tup-tup, DAPAT TANAH FREE sebanyak 4.5 ekar dalam bandar. Kalau di nilai @ RM 7.4 seekar, tanah bernilai RM 33 juta hilang begitu sahaja!

4) Padahal, dengan RM 23 juta TUNAI yang bakal habis dari kocek kerajaan negeri, PMBK boleh BINA SENDIRI bazaar Tok Guru tu, dan sewakan kepada peniaga2 Islam yang susah dapat tapak dengan sewaan yang lebih murah. Tanah yang terbaki pun tak hilang... !

Saudara kata tak rugi ?