01 January, 2010

2010 – TAHUN MEMENUHI HARAPAN

Blog ini mengambil kesempatan di tahun baru Masihi 2010 ini untuk mengungkapkan suatu salam harapan; agar rakyat Malaysia terus bersatu padu kalangan semua kaum untuk meningkatkan azam dan sumbangan menegakkan perjuangan demi mencapai kejayaan berterusan menggapai hak dan kepentingan diri, bangsa dan tanah air tercinta.

Kepada seluruh warga Kelantan, sesungguhnya 2010 adalah tahun genapnya 20 tahun Kepimpinan Ulamak bertapak menjayakan pentadbiran berteraskan Membangun Bersama Islam. Bermakna, Tuan Guru (Tok Guru) Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tokoh karismatik yang berjaya mencipta rekod berkhidmat selama 20 tahun dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa. Harapan rakyat Kelantan, agar Tok Guru terus menikmati kekuatan dari Tuhan dalam memastikan agenda meraih hak royalti minyak mencapai kejayaan, dan Tok Guru sebenar tidak celupar dalam memperjuangkan rezeki Tuhan yang menajdi hak rakyat Kelantan.

Nukilan Tok Guru, “Saya dilihat celupar semata-mata kerana mempertahankan hak rakyat Negeri Kelantan untuk mendapatkan royalti. Saya dilihat celupar kerana ingin terus berdoa kepada Allah SWT agar Allah membuka pintu hati Perdana Menteri dan tidak terus menzalimi rakyat Kelantan. Saya dilihat celupar semata-mata kerana menegur Presiden UMNO di atas keengganan beliau untuk memberikan royalti itu kepada sebuah Kerajaan Negeri yang sah. Saya dipandang celupar kerana mendoakan kemusnahan kepada sesiapa jua yang zalim kerana royalti itu hak dari perut bumi kami. Ia hak yang termaktub melalui sebuah perjanjian bertulis yang sempurna di tahun 1974…”

Sebenarnya, rakyat Kelantan sudah pasti, mereka yang celupar adalah pemimpin yang menzalimi rakyat …berdolak-dalih dalam menunaikan hak royalti kepada rakyat.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia – mengungkapkan masa depan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia. Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini.

Shuhaimi al-Maniri, Kolumnis Kalam Perantau SIASAH – mengungkapkan harapan perjuangan mendapatkan royalty minyak.

Pertama sekali sebagai memulakan lembaran tahun baru 2010 ini, saya ingin memaklumkan bahawa Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) menyokong tindakan Menteri Besar Terengganu Ahmad Said meneruskan tuntutan royalti yang menjadi hak kerajaan Terengganu.

Ahmad Said ketika sidang DUN Terengganu baru-baru ini berkata rundingan tersebut bagaimanapun belum dapat diselesaikan apabila Kementerian Kewangan masih lagi dengan keputusan awal untuk membayar sebanyak RM1.686 billion sahaja sedangkan Kerajaan Terengganu dalam rundingan sebelum ini berusaha mendapatkan semula tuntutan royalti berjumlah RM2.792 billion dari Petronas.

Untuk tidak keseorang dalam tugasan ini, ada baiknya Ahmad Said bertandang ke negeri Kelantan jirannya untuk berjumpa rakan sejawatnya Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bertukar-tukar strategi dan doa bagi menuntut hak rakyat masing-masing yang dinafikan oleh kerajaan Pusat dan Petronas.

Laman berita online Malaysiakini mengungkapkan harapan menegakkan kebasan akhbar.

Semoga tahun 2010 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam perjuangan kita untuk menegakkan kebebasan akhbar, melindungi hak asasi manusia dan meningkatkan lagi ketelusan dalam urustadbir.

Kami akan kembali menemui anda esok (2 Januari 2010 -P) bagi meneruskan misi kami untuk menyajikan berita dan peristiwa terpenting untuk tatapan anda semua.

Semuga Tuhan Yang Esa menurunkan limpah barakah, kesejahteraan kepada seluruh hambanya yang ikhlas.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah atas perlantikan tuan sbg setpol kpd yab tg mb.. atas nama jemaah pas saya tumpang gembira dgn perkembangan ini. jangan jadikan TG spt milik peribadi. dia adalah milik ummah.. bantulah ia atas sifat dia sbg ketua kerajaan. allah tlh membantunya atas keihlasannya. sokonglah dia atas perjuangannya. bukan sokong hanya semata memuaskan nafsu dan cita2 politik... moga allah sentias bersama tuan dlm melaksanakan krja2 islam..