Apa pun pendirian pengundi terhadap pengundian pilihan raya kecil Bagan Pinang yang bakal dibuat mestilah berpandukan maklumat. Maklumat asas yang perlu bagi pengundi ialah:
- senario politik semasa yang membawa kepada kesan politik masa depan pengundi.
- mengenali calon yang bakal membawa kehendak rakyat dan nasib generasi mendatang.
- maruah parti diwakili calon sama ada dasarnya adalah jelas dan mesra pengundi atau sebaliknya.
Kedua, calon yang bertanding hendaklah benar-benar memahami dan beriltizam dengan kehendak rakyat serta mempunyai rekod baik yang tidak pernah mempersendakan amanah dan harapan rakyat - bebas dari amalan kontradiksi hukum dan mulia hati budinya serta berprinsip membina perkhidmatan terbaik selari dengan dasar parti yang meyakinkan. Realiti calon Barisan Nasional adalah sehingga kini gagal menampilkan tokoh yang komited dengan aspirasi dan kehendak rakyat, malah mengutamakan nilai-nilai kronisme dan sanggup melakukan recycle imej yang sudah tidak laku di mata rakyat.
Ketiga, maruah parti yang terbaik dengan kepimpinan yang bersih, diurus dengan mantap serta tidak terpalit dengan imej buruk mahupun rakan kerjasama yang tetap untuh membina politik negara ke arah lebih demokratik. Realiti maruah adalah integriti yang telus, bersih dan diyakini rakyat. Sekali terpalit dengan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan kezaliman secara langsung telah meruntuhkan nilai-nilai integriti. Maka maruah parti itu akan tercorot ke lembah hitam yang susah dipulihkan lagi - sedia dikuburkan.
Ketiga-tiga piawai maklumat tersebut adalah nilai-nilai 'kesucian politik' masa kini yang jarang bagi pengundi menilainya sebagai kuasa pemutus undi yang tepat. Persoalannya, bersediakah nilai-nilai 'kesucian politik' itu diamalkan oleh pengundi Bagan Pinang.
Semuga Tuhan Yang Esa mengilhamkan nilai-nilai 'kesucian politik' yang bakal memetakan pemikiran dan sikap pengundi Bagan Pinang; agar pengundi hanya memilih calon yang mendukung senario politik yang menjamin masa depan politik hijau dan lestari.
No comments:
Post a Comment