Ekoran daripada kenyataan ketua kempen BN, Muhyidin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan projek 'sogokan' pengundi dengan mengumumkan untuk menjadikan Manek Urai sebagai pusat agropolitan dan membina jambatan baru.
Perkataan 'agropolitan' konfirm tidak ngam dengan penduduk Manek Urai, tetapi janji jambatan di Manek Urai Lama yang tersohor sempit itu adalah keperluan. Namun, penduduk Manek Urai menganggap jambatan sebagai keperluan yang tidak mendesak. Kerana jambatan selorong hari ini masih relevan.
Walau bagaimanapun, janji Muhyidin menaik taraf perkampungan Manek Urai kepada 'agropilitan' tidaklah dipandang hebat. Kerana pada pilihan raya umum lalu, Annuar Musa turut menjanjikan projek yang sama kepada rakyat Kelantan, khususnya petani KADA. Apa yang jelas, rakyat Kelantan dan petani KADA tidak termakan dengannya. Maka, ramai berpendapat janji Muhyidin kepada penduduk Manek Urai tidaklah sesuatu yang hebat untuk mengubah sikap politik pengundi.
Mungkin, kepada jentera BN yang dipengarahkan oleh Mustapha Mohamed menganggapkan cara budaya politik Melayu luar bandar seperti di Manek Urai adalah dapat memaut sokongan dan kepercayaan rakyat melalui pendekatan 'berjanji'. Namun, bagi PAS yang sudah pandai membaca strategi akhir BN itu telah awal-awal menerbitkan buku panduan isu yang turut memuatkan 'pembohongan' BN dalam pilihan raya lalu yang tidak ditunaikan. Antaranya, termasuk janji bekas ADUN BN di Manek Urai yang menang sesi 2004/2008 lalu; sebagaimana petikan dari buku kecil itu seperti berikut:
40. Janji kepada rakyat Manek Urai - Zulkifli Omar semasa jadi wakil rakyat janji untuk tolong rakyat Manek Urai, buat jalan, buat gertak, perbesar jambatan sempit, bantuan rumah, selesai tanah...macam-macam janji. Apa yang terjadi, rumah pemimpin UMNO juga yang semakin besar, dibina dengan peruntukan kerajaan atas tanah sendiri. Di manakah hak rakyat Manek Urai?
Justeru itu, dari aspek pendekatan isu jentera BN mengambil tindakan mengasak rakyat Manek Urai dianggap sekadar berusaha memenuhi ruang. Sedangkan isu-isu janji BN sebelum ini dianggap tidak menyentuh kepercayaan rakyat Manek Uraii. Realitinya, rakyat sudah tahu ke mana tujuan sebenar setiap janji itu - sekadar berjanji.
Dari perspektif kempen PAS, tidak banyak isu mengasak yang dibawa, kecuali isu wang royalti minyak yang dianggap isu baru untuk direnung oleh rakyat Kelantan, termasuk di Manek Urai. Apabila pemimpin BN banyak mengelak daripada menjawab isu ini, ternyata BN sudah terasa isu wang royalti minyak yang tidak diberi kepada kerajaan negeri Kelantan dianggap relevan. Ia lebih memihak kepada PAS.
Semuga Tuhan Yang Esa mengangkat maruah rakyat Manek Urai, agar tidak menjadi insan yang kelabu dengan janji-janji kosong pihak hipokrasi.
No comments:
Post a Comment