“Kekalkan kemenangan untuk rakyat,” demikian tema kempen Pakatan Rakyat menyertai pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang yang telah selesai penamaan calon 29 Mac dan bakal mengundi 7 April 2009.
Pemilihan tema ini adalah tepat dalam memastikan pemikiran pengundi terus terpaku pada sentuhan jasa dan imbauan abadi aruah YB Haji Roslan Saharom (gambar). Aruah adalah seorang wakil rakyat dari PAS yang telah menyumbang bakti ikhlas di dalam mewakili pengundi di kawasan Bukit Gantang. Menurut sumber pengundi tempatan, aruah adalah seorang pengamalan rawatan Islam as-Syifa’yang diasaskan oleh Profesor Dato’ Dr. Haron Din, seorang ulamak terkenal.
Berkat ayat-ayat rawatan Islam, telah mendidik aruah menjadi seorang insan yang begitu prihatin/cakna dengan permasalahan dan kesusahan rakyat. Inisiatif beliaulah tertubuhkan Darul Syifa’ Negeri Perak yang membolehkan khidmat rawatan Islam dapat dicurahkan setahun lebih awal di Bukit Gantang. Meskipun pada masa itu, beliau belum menjadi ahli parlimen. Semuga jasa khidmat dan sentuhan peribadi aruah sentiasa dalam kenangan rakyat Bukit Gantang dan diberkati Tuhan.
Lanjutan daripada kenangan rakyat itu, maka pilihan raya kecil kali ini, YB Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) telah dinamakan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat. Pencalonan beliau adalah pilihan tepat dan telah diterima sebulat suara, kerana latar belakangnya sebagai seorang Menteri Besar yang menerajui kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat dan mempunyai rekod perkhidmatan baik, mesra dan setia. Berbekalkan rekod itu, munasabahnya beliau sentiasa bertanggungjawab, ikhlas dan mengamalkan ‘sentuhan rakyat’ dan telah berjanji untuk terus menyemarakkan kemenangan rakyat Bukit Gantang, demi mengulangi mandat rakyat sebagaimana ‘wasiat’ aruah Haji Roslan Shahrom.
Maka, pilihan raya kecil kali ini merupakan peluang bagi Pakatan Rakyat melalui Ir. Mohamad Nizar untuk meneruskan komitmen menyumbangkan bakti dan sentuhan khidmat bagi menyuarakan kepentingan rakyat di dalam dewan parlimen jika dipilih nanti. Komitmen ini amat penting sebagai menyambung ‘cara bekerja’ aruah YB Haji Roslan yang dikenali sebagai ahli parlimen yang sentiasa peka membangkitkan isu-isu pembangunan rakyat Bukit Gantang di parlimen.
Sehubungan itu, tema kempen Pakatan Rakyat/PAS kali ini adalah sebenarnya tanda kesungguhan dan citarasa para pemimpin untuk sentiasa bersama rakyat dalam menghadapi kemelut politik dan ekonomi negara. Ini adalah suatu nilai yang harus disokong rakyat Bukit Gantang. Demi untuk mengatasi segala kemelut politik dan ekonomi negara yang diakibatkan oleh angkara pemimpin Barisan Nasional – gabungan parti perkauman – pilihan raya kecil ini adalah jawapan kepada tindakan yang membelakangkan hak, maruah dan kuasa rakyat!!
No comments:
Post a Comment