Semuga Tuhan Yang Esa menyuntik kesedaran kepada pengundi Bagan Pinang agar bersama-sama dengan mood rakyat di serata Semenanjung yang telah merasmikan pihak Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat di semua pilihan raya kecil.
Berikut adalah analisis daripada beberapa tinjauan atau undian yang mengutip mood rakyat tersebut.
Undian online
Beberapa kutipan pendapat yang dibuat melalui laman sesawang akhbar online tentang senario pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, sebahagian besar memberi sokongan kepada isu-isu yang menyebelahi PAS/Pakatan Rakyat.
Berpandukan respon pembaca akhbar online yang sebahagian besar mereka adalah penjenguk laman sesawang (mungkin mereka sebahagian professional, blogger atau penggemar internet) dari pelbagai lapisan social pembaca, menyatakan mood mereka (tentang sesuatu isu pilihan raya kecil Bagan Pinang) adalah menyebelahi pihak Pakatan Rakyat.
Di antara isu itu adalah Bagan
Oleh itu, undian para pembaca laman MyStar online dan the Malaysian Insider adalah antara sample yang boleh dibaca. Berikut adalah keputusan undian tersebut.
Undian MyStar online 20 September 2009, atas persoalan: Apakah peluang BN untuk menang di pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang lebih besar kerana ia adalah kubu kuat Umno? Jawapannya yang bersetuju (Ya) = 12.9% dan tidak bersetuju (Tidak) = 87.1%.
Undian MyStar online 1 Oktober 2009, atas persoalan: Adakah pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon beri peluang kemenangan BN di DUN Bagan Pinang? Jawapannya yang menyokong (Ya) = 9.7% dan tidak menyokong (Tidak) = 90.3%.
Kemudian undian MyStar online pada 9 Oktober 2009 atas persoalan yang sama: Adakah pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon beri peluang kemenangan BN di DUN Bagan Pinang? Jawapannya yang menyokong (Ya) = 3.8% dan tidak menyokong (Tidak) = 96.2%.
Melalui laman akhbar online The Malaysian Insider pula, atas isu popularity Tan Sri Isa Samad lagi: Do you think Tan Sri Isa Samad's popularity in Bagan Pinang makes the by-election result a foregone conclusion? Jawapan pembaca laman berkenaan pada 6 Oktober 2009 adalah 63.8% yang memandang popularity Isa tidak menjamin kemenangan BN. Undian pada 7 Oktober pula menunjukkan pandangan atas persoalan yang sama adalah meningkat kepada 64.0%.
Undian SmS
Namun, hasil kajian respon SmS pula mendapati agak berbeza bacaan pandangan individu respondan dibandingan dengan pembaca laman online di atas. Walaupun keputusannya penerimaan respondan SmS ke atas isu ‘memperkenal calon PAS: Zulkefly Mohamad Omar” kepada pengundi (melalui telefon bimbit) didapati agak rendah menyatakan sikap berpihak kepada mana-mana parti – setuju/tidak setuju dengan calon PAS – sebahagian mereka mengambil sikap tidak menyatakan sikap bersetuju dengan calon PAS. Kajian SmS oleh Unit IT pilihah raya kecil Bagan Pinang yang dilakukan antara 1-4 Oktober mendapati serami 223 orang respon SmS itu jelas menyembunyikan sikap mereka melalui jawapan yang bernada berkeciuali/tidak menjelaskan persetujuan sebenar kepada calon PAS yang dipilih bertanding.
Sehubungan dengan nilaian kajian tersebut, ternyata pada permualan tempoh kempen padangan pihak luar (mood pembaca laman online) adalah jelas menolak pencalonan tan Sri Isa sebagai calon yang patut dipilih. Sementara jawapan melalui SmS kalangan pengundi Bagan Pinang sendiri, apabila PAS menamakan Zulkefly dan BN pula Tan Sri Isa, ia telah membuka sikap tidak berpihak kepada 52 peratus respondan. Jika keputusan kajian SmS ini dijadikan bandingan atas sikap keseluruhan pengundi di Bagan Pinang, maka factor calon hanya menjadi nilaian penting kepada 48% pengundi sementara 52% lagi pengundi masih bergantung kepada isu-isu lain (ekonomi, pembangunan, kesejahteraan dan integriti parti) yang bertanding. Maka, atas keputusan itu, sesungguhnya Tuhan Yang Esa pasti memberi petunjuk kebenaran kepada para pengundi bagan
1 comment:
Lidah Nik Aziz Bercabang 10
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
Post a Comment