24 August, 2009

PERMATANG PASIR: PAS menang

Paling rendah PAS capai 53% undi popular

Meninjau beberapa kajian dan undian (poll) yang menggambarkan pandangan awal tentang keputusan pilihan raya kecil N.11 Permatang Pasir ada esoknya (25 Ogos 2009). Antara sumber kajian dan undian itu adalah melalui media baru (internet dan SMS) tajaan beberapa pihak. Berikut adalah sedutan daripada keputusannya:

  • Blog www.4896kj.com/4896/category/poll (terkini daripada 10 yang membuat undian hanya seorang yang menyebelahi BN);
  • Maklum balas SMS kalangan 311 orang pengundi oleh Unit IT atas isu calon PAS memperkenal diri (didapati 66% bersetuju dengan calon PAS dan 13% menolak calon PAS dan 21% tidak berpihak).
  • Maklum balas SMS kalangan 204 orang pengundi oleh Unit IT atas isu rayuan pemimpin PAS kepada pengundi (didapati 70% menerima calon PAS dan 15% menolak calon PAS dan 14% tidak berpihak).

  • Kajian temubual yang dibuat terhadap 200 pengundi berdaftar dan penduduk di Permatang Pasir oleh Ilham Centre; jangkaan kemenangan adalah 64% kepada PAS, 20% BN dan 16% sikap tidak berpihak.

  • Merdeka Centre menjalankan kajian secara panggilan telefon telah merumuskan sokongan kepada PAS adalah berasaskan tiga scenario berikut:

Senario Melayu Cina
  1. Best Case - Melayu 55 : Cina 74
  2. Base Case- Melayu 52 : Cina 60
  3. Worst Case - Melayu 50 : Cina 50

  • Sekiranya rumusan Merdeka Centre tersebut dianalisis kepada bentuk perangkaan jumlah dan komposisi pemilih Permatang Pasir, maka jangkaan keputusan undian esoknya adalah seperti mana berikut:


  • Keputusannya PAS mencapai kemenangan selesa jika sokongan Melayu pada paras 55% dan Cina 74%. Smentara PAS akan kalah sekiranya sokongan Melayu pada paras 50% dan Cina 50%; apabila pengundi India dijangka menyebelahi BN.


Rumusan bagi keseluruhan kajian dan undian yang diperolehi tersebut di atas didapati PAS lebih mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir. Walau apapun, kajian dan undian di atas adalah penemuan yang berasaskan analisis fakta dari lapangan, maka di sana masih terdapat fakta yang tersirat. Hanya Tuhan Yang Esa mengetahui segala apa yang tersirat mahupun tersurat.


No comments: