Tahniah dan selamat bertugas para pemimpin PAS!
Pada Khamis 11 Jun lepas, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengumumkan keputusan penuh perjawatan di dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pengumuman itu dibuat berikutan keputusan dua proses penting: pemilihan oleh Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam dan perlantikan baru/semula tokoh-tokoh ke jawatan-jawatan tertentu diputuskan oleh Mesyuarat PAS Pusat.
Semuga semua tokoh yang telah memeikul amanah PAS itu dapat membuktikan komitmen dengan ikhlas demi memajukan lagi PAS ke persada nasional dan internasional.
Berikut adalah senarai yang bersumberkan Harakahdaily.net (12 Jun 2009).
AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT SESI 2009 - 2011
Jawatankuasa Harian PAS Pusat:
Presiden: DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Timbalan Presiden: USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
Naib Presiden:
DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAHUDDIN AYUB
DATO' MAHFUZ OMAR
Ketua Dewan Ulama: DATO' USTAZ HARUN TAIB
Ketua Dewan Pemuda: USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua Dewan Muslimat: USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Setiausaha Agung: DATO' MUSTAFA ALI
Ketua Penerangan: USTAZ IDRIS AHMAD
Bendahari: DR MOHD HATTA RAMLI
Ketua Pengarah Pilihan Raya: DATO' USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh Muktamar ke-55:
DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
DATO' KAMARUDDIN JAFFAR
DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI
USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN
DATO' USTAZ ABU BAKAR CHIK
MOHAMED HANIPA MAIDIN
DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH
DR LO' LO' MOHAMAD GHAZALI
USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
DR DZULKEFLY AHMAD
DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
USTAZ HASHIM JASIN
MAZLAN ALIMAN
USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
DR MUJAHID YUSOF RAWA
Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat PAS Pusat:
DATO' HUSAM MUSA
MOHAMAD SABU
MOHD ANUAR TAHIR
ASMUNI AWI
MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
DR SITI MARIAH MAHMUD
WAN UBAIDAH WAN OMAR
AHMAD DULLAH
Pesuruhjaya PAS Negeri (dilantik dalam Mesyuarat PAS Pusat):
PERLIS : USTAZ HASHIM JASIN
KEDAH : DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN (baru)
KELANTAN : TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
TERENGGANU : USTAZ HARUN TAIB (baru)
PAHANG : DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SELANGOR : DATO' DR HASAN MOHD ALI
W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD
NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
MELAKA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
JOHOR : DATO' DR MAHFODZ MOHAMED
SABAH : MUHAMAD ABDULLAH
SARAWAK : USTAZ OSMAN MUSTAPHA
Sesungguhnya Tuhan Yang Esa telah menetapkan Rasulullah SAW sebagai pemimpin umat manusia. Kenabian dan kerasulannya adalah rahmat kepada semua alam. Maka, baginda adalah penghulu kepada kesemua pemimpin dunia.
Justeru itu, nilai-nilai cabaran yang ada di depan PAS selepas muktamar ke-55 lalu, nampaknya masih berulang dan berkisar kepada persoalan dalaman. Menghangatkan semula isu Unity Government yang telah ditarik balik oleh Presiden PAS. Ia menggabarkan sebagai sesuatu yang belum selesai dan betapa PAS sering berhadapan dengan cabaran dalaman demi kematangan pemimpin dan jamaah.
Kelincahan media telah berjaya melantangkan suara Musrsyidul Am PAS untuk terus membetuli perjalanan jamaah atas prinsip sesuatu persoalan 'pendapat' haruslah disepakati oleh jamaah terlebih dahulu sebelum ia dijadikan agenda bertindak. Sehubungan itu, permuafakatan dalaman PAS harus berlaku demi melicinkan track politik PAS agar tidak terus terkeliru dengan mainan media!
Di atas aturan itu, blog ini masih bertegas dengan posting sebelum ini agar cabaran selepas muktamar ke-55 itu dapat diuji oleh Presiden PAS dengan langkah berani mengambil penyelesaian dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Sekiranya uji-kaji itu berjaya, maka diyakini persimpangan sikap dan pendapat antara pimpinan PAS kembali ke track untuk terus meluncur ke depan mencapai mercu dan memenuhi harapan rakyat untuk melihat PAS berjaya.
No comments:
Post a Comment