Bayangan kerajaan BN akan mati seperti disebutkan TG Nik Aziz mungkin terjadi! Lihat posting blog ini pada 13 Setptember.
Hambatan tarikh 16 September untuk Anwar Ibrahim bentuk kerajaan baru ganti BN sudah expired! Kerana Anwar hanya sekadar mengumumkan sudah cukup sokongan dalam majlis sambutan hari Malaysia di Kelana Jaya semalam (15 September) ke arah peralihan kuasa dari BN kepada PR.
Namun, apa yang jelas ialah kerajaan BN sudah semakin goyang. Ekoran penahanan tiga orang di bawah ISA (Teresa, Raja Petra dan Tan Hoon Cheng - kemudian Cheng seorang dibebaskan selepas didesak oleh para wartawan/media). Maka keluar kenyataan yang bertentangan dua Menteri BN - Hamid mendakwa tindakannya guna ISA adalah betul; Zaid pula mengkritik tindakan itu sebagai salah guna ISA. Berlaku percanggahan dua menteri, lantas Zaid mengambil keputusan mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri kabinet (jam 2 pm, 15 Sept.). Mungkin Zaid betul, lalu beliau pertahankan maruah kenyataannya, tetapi Hamid bertegas dengan tindakan salahnya dengan memutar belit lagi penahanan itu, misalnya penahanan wartawan Cheng itu adalah atas alasan untuk menjaga Cheng daripada ancaman pihak tertentu. Persoalannya bila pula ISA sebagai pelindung individu. Umumnya mengetahui ISA bertujuan mengawal komunis (itu tahun 1948), menangkap musuh politik (itu tahun 1986 & 1998), memerangi pengganas (itu tahun 2001) atau bertujuan mengawal keselamatan negara/ketenteraman awam. Maka bila Hamid bertegas begitu; ISA dan dipraktik ikut versi Hamid. Maka Zaid menegur dan teguran itu betul. Namun, Pak Lah selaku PM dilihat tidak berwibawa di dalam menangani kekalutan politik yang berlaku sekarang.
Mungkin senario sekarang memudahkan laluan Anwar (menganjak tarikh 16 Sept. ke tarikh baru) untuk menuju pembentukan kerajaan PR menggantikan kerajaan BN pimpinan Pak Lah.
Sesungguhnya, segala-gala di dalam ketentuan Tuhan yang Maha Esa, mentakdirkan sesuatu yang bakal terjadi atau mengubah segala-galanya yang telah terjadi. Itulah sifat-Nya, yang tidak ada pada manusia, kecuali manusia yang dipilih oleh-Nya sahaja.
No comments:
Post a Comment