03 September, 2008

Ketua Menteri DAP hadir berbuka puasa bersama PAS Pulau Pinang


Suatu yang asing jika ia seorang bukan Islam hadir majlis berbuka puasa (iftar); kerana ia adalah perbuatan ibadat umat Islam. Namun yang asing itu, sudah dapat diamalkan bilamana pemimpin DAP dah ada kuasa memerintah. Guan Eng melakukan pendekatannya berdepan misinya untuk merapat hubungan renggang dengan pemimpin pada 4 September nanti; berbuka bersama-sama pemimpin Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang. Demikian kenyataan Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Segala-gala bermula ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, apabila dalam pilihan raya itu PAS berjaya membuktikan keikhlasan sebagai rakan Pakatan Rakyat berkerja keras menjayakan kempen sehingga memberi kemenangan besar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semuanya berlaku di bumi Pulau Pinang, yang Guan Eng ketua kerajaan negeri bagi Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Guan Eng telah mengumumkan gaya pentadbiran yang akan dibawa di Pulau Pinang adalah meniru khalifah Umar Abdul Aziz, seorang yang masyhur dengan dasar jimat cermat dan mengutamakan hak rakyat.

Itulah nilai dan bukti toleransi kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini hanya dibuktikan di Kelantan diketuai Tuan Guru haji Nik Abd Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar. Apakah misi perubahan ini dibaca secara positif dan berkesan oleh semua rakyat Malaysia... betapa program Tuhan Yang Esa itu (berpuasa dan berbuka puasa) adalah sesuai untuk dikongsi sama oleh semua umat di Malaysia; kerana amalan berpuasa telah ada di dalam agama-agama lain, termasuklah Kristian, Buddha dan Hindu. Cuma caranya berbeza mengikut resmi agama masing-masing.

No comments: