04 September, 2008

USM terpilih U Apex... apa hebat?


Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi kerajaan BN, pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

Maksud Apex ialah Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan. Pemilihan USM telah mengenepikan tiga universiti lain iaitu UM, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kertas cadangan yang menyebabkan USM terpilih bertajuk "Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow".

Persoalannya di sini, kenapa empat U sahaja yang disenarai pendek dan di mana duduknya UiTM yang didakwa sangat bergaya dengan imej memajukan Bumiputera? Mungkin UiTM tak mengemukakan langsung kertas cadangan untuk dinilai menyertai program Apex tersebut!!

Begitu pula, kenapa pula UM, UPM dan UKM sekadar layak masuk senarai pendek dan kalah pula di tangan USM? Mungkin kertas cadangan tiga U itu tak memenuhi standard pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah!!
Walau apapun, persoalan yang lebih besar yang harus menteri pengajian tinggi perlu usahakan bukannya keupayaan semua U menyertai program Apex. Jika tranformasi sebagai isu utama dan diharapkan berlaku di dalam U, amatlah wajar pendekatan undang-undang yang melingkungi U tempatan itu diubah; maksudnya AUKU itu terlebih dulu perlu dipinda bagi menyuburkan idea transformasi berlaku di semua U. Sehingga kini, tiada pindaan istimewa pihak menteri lakukan untuk tujuan tersebut. Sedangkan beliau selaku menteri dan berlatar belakang pendidikan undang-undang dari UM (dalam negeri) sepatutnya lebih peka berbanding meneteri sebelum ini, Dato' Mustapha Mohamad yang memang gagal memahami kesan-kesan AUKU kerana beliau berkelulusan luar negeri (Australia?).

Jika benar, hasrat kerajaan BN pimpinan Pak Lah yang telah tidak popular itu inginkan suatu pengupayaan transformasi sebenar di semua U, maka realitinya Tuhan yang Maha Esa telah mengurniakan kita semua kebebasan berfikir untuk berubah. Persoalannya sekarang, realiti ini semacam diketepikan apabila para pensyarah dan pelajar serta pegawai pentadbir akademik dikongkong kebebasan berfikir... gara-gara AUKU!!

Wajarnya setiap perkara itu kembali kepada fitrah 'natural' yang berpandukan realiti dari Tuhan yang Maha Esa... manusia diberikan kuasa berfikir dan bezanya dengan binatang yang hanya diberikan kuasa nafsu.

No comments: