Pasca pilihan raya kecil Permatang Pauh mengundang nyalaan api, apabila semua permimpin Cina "ternyala" kemarahan kepada sikap 'menghasut' Datuk Ahmad Ismail, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera.
Beliau dilapor berkata oleh Malaysiakini dan The Malaysian Insider:
"Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.
...the Bukit Bendera Umno division chief calling the Chinese “squatters” and “as the Chinese were only immigrants it was impossible to achieve equal rights amongst races” at a ceramah during the Permatang Pauh by-election recently?"
Sebelum ini, berlaku juga Hishammuddin Hussein, Ketua Pemuda UMNO telah menghunus keris dan Hamidah Osman, ADUN UMNO/BN di Perak mengungkap kata-kata berbau perkauman kepada seorang ADUN KeADILan ketururnan India.
Lalu direspon secara "marah" pemimpin-pemimpin Cina, misalnya Dr Koh Tsu Koon , selaku pemangku Presiden Gerakan mengatakan ucapan Ahmad itu adalah punca utama BN kalah di Permatang Pauh. Tidak cukup dengan itu, mereka tidak berpuas hati dengan pendapat Perdana Menteri sendiri tentang ucapan Ahmad yang didakwa sekadar memberi amaran supaya tidak mengulanginya lagi.
Maka berlakulah report polis oleh pihak pemimpin DAP, agar Ahmad diambil tindakan mengikut Seksyen 4 (1), Akta Hasutan,1948.
SEPATUTNYA, Ahmad lebih sedar betapa nyalaan perkauman telah tidak relevan lagi masa kini. Ingatlah, Tuhan menjadikan manusia beriman atau tidak beriman ada tujuan dan manfaatnya. Harus diingat, manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa/pelbagai kaum dan budaya supaya kita berkenal-kenalan dan berkasih sayang secara harmoni. Hiduplah kita dengan aturan kententuan Tuhan, baru aman dunia sejagat.
No comments:
Post a Comment