11 May, 2020

COVID-19: Global, Asia, Asia Tenggara, Malaysia belum pasti

Perkembangan Wabak COVID-19 peringkat Global sehingga hari ini (11 Mei) sudah mencecah 4.217 juta keseluruahan kes, berbanding semalam 4.139 juta - meningkat sebanyak 77,614 kes. Walau bagaimanapun jumlah kes baharu menurun -2,261 kes. Bagi kes kematian pula, jumlahnya meningkat dari semalam 281,457 kepada hari ini 284,734 orang. Ini menggambarkan banyak negara di dunia berhadapan dengan masalah yang sama dari segi merawat dan belum ditemui lagi vaksin yang tepat bagi merawat pesakit COVID-19.

Sebenarnya, pola menurun bagi kes baharu berlaku di peringkat Asia dan rantau Asia Tenggara. Jika data ini dijadikan rujukan bagi menggambarkan penularan Wabak COVID-19, maka bleh dikatakan penularannya mulai menurun atau semakin dapat dibendung. 

Perkembangan Wabak COVID-19 di rantau Asia Tenggara secara khususnya bagi 10 buah negaranya, didapati dalam tempoh dua hari ini  (10-11 Mei), ia masih mengekalkan pola penurunan kes baharu di Singapura dan Indonesia. Sementara Malaysia dan Thailand terlalu kecil kes baharu, masing-masingnya tiga dan satu kes sahaja. 












Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia pula, dalam tempoh PKPB yang telah memasuki hari ke-8dan PKPt4 sudah dipenghujung, ternyata berlaku jumlah pesakit sedang dirawat yang agak ketara - pada 29 April seramai 1,758 sedang dirawat dan pada 11 Mei ia menurun kepada 1,504 orang -  telah berkurang (-254 orang). 
Begitu pula, bagi pola kes baharu berbanding kes yang dirawatpulih, ternyata jumlah pulih/discaj jauh lebih besar. Pada hari ini sahaja kes dirawatpulih sebanyak 70 kes baharu, sedangkan jumlah yang pulih sebanyak 184. Ini merupakan perkembangan baik dan memungkinkan Wabak COVID-19 boleh berakhir tidak lama lagi. Secaraa keseluruhannya status Wabak COVID-19 di Malaysia sudah boleh dikatakan hampir bebas meskipun belum pasti. Ini boleh disaksi menerusi jumlah kumulatif telah dirawatpulih meningkat daripada 4,087 kepada 5,113 atau bertambah sebanyak 1,026 orang. Jika dinisbahkan antara kes rawatpulih (1,026) dengan pertambahan kes baharu (+875), maka jumlah pesakit yang pulih lebih besar (+151). Ini suatu kejayaan dalam perawatan yang boleh dibanggakan meskipun belum pasti..

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memakbulkan kita, iaitu membebaskan Negara kita daripada penularana Wabak COVID-19 daripada berterusan. Ya. Allah bantu dan permudahkan kami.dalam menyelesaikan penularan dan pengawalannya. Ins sya Allah. 


WalLahu'alam.

No comments: