Perkembangan Wabak COVID-19 hari ini (10 Mei) dalam Negara kita menunjukkan pertambahan kes baharu (+67) dan jumlah pesakit dirawatpulih bertambah sebanyak 96 orang. Dari segi prestasi dan keupyaaan pasukan perubatan, didapati jumlah sembuh mengatasi kes baharu. Sebagaimana dijelaskan di dalam posting semalam, semenjak 4 Mei keupayaan perubatan berjaya merawatpulih pesakit lebih tinggi berbanding pertamahan kes baharu. Hal ini cukup baik dalam rangka mengurang dan mengekang penularan Wabak COIVD-19 di Negara kita.
Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah melanjutkan PKPB bagi tempoh empat minggu lagi sekali gus menyaksikan kawalan pergerakan rentas negeri dengan bersyarat. Namun ia melarang (tidak dibenar) untuk balik kampung merentas negeri untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti ia bakal merimaskan sesetengah lapisan rakyat. Ia bukan suatu kebiasaan malah tidak pernah berlaku sebelum ini (larang balik kampung). Justeru inilah, norma baharu yang berlaku dalam tahun 2020 ini ekoran penularan Wabak COVID-19.
Rasional empat minggu PKPB ini dikatakan ada kaitan dengan tempoh vaksin yang sedang di dalam penyelidikan yang dijangka akan dihasilkan dengan sempurna pada Jun nanti. Meskipun begitu, seperti mana dimaklumkan pihak KKM sebelum ini, tempoh aktif virus Wabak COVID-19 ini bukan setakat 14 hari, malah berkemungkinan boleh aktif balik jika penularan virus itu masih gagal hentikan sepenuhnya. Hal ini terjadi di Negeri Perak yang sebelum ini diisytiharkan zon hijau, namun hari ini dilaporkan muncil pula satu kes baharu.
Maka tempoh empat minggu ke hadapan adalah sesuai dengan masih ada lagi zon-zon merah dan sedang dikuatkuasakan PKP Diperketatkan (PKPD). Saat PKPB diumumkan pada 4 Mei lalu, beberapa negeri telah diisytiharkan zon hijau ekoran tiada lagi kes positif Wabak COVID-19. Sebagaimana kenyataan KKM, Zon hijau yang bebas daripada kes aktif koronavirus (Covid-19) di seluruh negara meningkat kepada 111 daerah. Ia termasuk dua daerah di Pulau Pinang iaitu Seberang Perai Tengah dan Barat Daya yang sebelum ini masing-masing mempunyai dua kes aktif telahpun pulih sekaligus menjadikan negeri itu yang kelima bebas daripada kes aktif Covid-19.
Sementara negeri-negeri zon hijau ialah Perlis, Kelantan, Kedah dan Perak bebas Covid-19 selepas kesemua kes aktif telah pulih sepenuhnya. Justeru kewajaran pihak Kerajaan kita mengekalkan PKP yang ditambah dengan PKPB ini kerana banyak negeri dan daerah yang masih di dalam zon merah dan kuning. Di antaranya, Petaling dan Gombak di Selangor yang ditambah lagi Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya, Selangor telah ditempatkan di bawah arahan PKPD. Ia berikutan pengesanan 27 kes positif COVID-19 di lokaliti tersebut (termasuk satu (1) kes di luar kawasan ini). Perintah PKPD ini melibatkan tiga (3) zon dan akan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.
Semenjak awal penularan Wabak COVID-19, dari segi penular utama Wabak COVID-19 di Negara kita adalah kluster pembawa serta jangkitan (kontak) kepada generasi baru adalah berlaku di Selangor dan kemudian menular ke negeri lain. Oleh sebab itu, Selangor semenjak dari awal merupakan mencatatkan rekod tertinggi kes Wabak COVID-19. Generasi awalnya adalah dari kluster Sri Petaling dan kini kluster yang melibatkan warga asing.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan mengawal, merawat, mengekang dan memutuskan rataian Wabak COVID dalam Negara kita. Seharusnya umat Islam terus bersabar dan berdoa dengan memohon bantuan Allah agar diangkat Wabak COVID-19 dari bumi ini. Ins sya Allah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment