21 July, 2020

COVID-19: Ingat, Kita Masih Dalam PKPP

Wabak COVID-19 dalam Negara kita kembali menular hari ini (19-20 Julai 2020). Jumlah kes baharu secara hariannya telah kembali kepada dua digit. Agak mengejutkan, pada 16 Julai terdapat 3 kes baharu yang dilaporkan KKM, terus mendongak pada 17 Julai kepada 18 kes, Hari berikutnya, turun kepada 9 kes, tetapi kembali mendongak kepada 15 kes pada 19 Julai. Kemudian mendongak lagi kepada jumlah tertinggi dalam tempoh 20 hari PKPP, iaitu 21 kes baharu pada 20 Julai. Kembali kepada dua digit dengan rekod tertinggi sepanjang Julai - PKPP.  
Kesan daripada pola penularan Wabak COVID-19 dalam Negara antara 1 - 20 Julai, berlaku lima kali pertambahan kes baharu pada titik puncak, iaitu pada 4 Julai (10 kes), 10 Julai (13 kes), 12 Julai (14 kes), 17 Julai (18 kes) dan 20 Julai (21 kes). 
Analisis perkembangan (data) 1 - 20 Julai, berlaku pertambahan (kumulatif) kes baharu ialah 161 kes, sementara kumulatif jumlah kes yang berjaya dirawatpulih/sembuh sebanyak 180 kes. Ini bermakna, jumlah sembuh mengatasi pertambahan kes baharu hanya 19 kes sembuh sahaja. Situasi ini membuktikan masih berlaku penularan baharu Wabak COVID-19 dalam Negara kita. Hal ini turut membimbangkan apabila jumlah yang sedang dirawat di hospital bertambah daripada sehari sebelum ini sebanyak 103 orang kepada 122 orang pada 20 Julai. 
Justeru itu, kita hendaklah mengambil langkah mematuhi amalan kendiri - jaga diri - agar kita menjadi sebahagian daripada individu yang berjaya memutuskan rantaian Wabak COVID-19. Ins sya Allah, kita semua dipermudahkan Allah jua, bersama-sama kita mematuhi SOP cegah Wabak COVID-19 dan jadikan kita sebagai penyumbang ke arah mencapai tujuh strategi PKPP - ingat kita masih dalam PKPP.    
Wassalam.

No comments: