15 July, 2020

COVID-19: Dunia 13.4 juta kes, 4.96 juta masih di hospital

Dunia hari ini (14 Julai)  menyaksikan rekod Wabak COVID-19 peringkat Global telah mencecah keseluruhan kes sebanyak 13,307,904 kes.  Berbanding dengan seminggu yang lalu (8 Julai) jumlah keseluruhan kes adalah 11,999,608 kes. Ini bermakna pertambahan dalam seminggu ini (8-14 Julai) ialah sebanyak 1,308,296 kes.

Demikian pula pada 8 Julai lalu  menyaksikan rekod Wabak COVID-19 bagi pertambahan harian kes baharu adalah sebanyak 57,490 kes.  Namun begitu, jumlah pertambahan kes baharu secara hariannya adalah berubah-ubah, tertakluk kepada masa ketika rekod Wabak COVID-19 tersebut dikumpul dan dikemaskini pada peringkat Global. Misalnya pada 10 Julai, kemaskini telah dibuat pada waktu 12.00 tengah hari, maka rekod kes baharu ialah 52,536 kes. Sementara pada 9 Julai, rekod kemaskininya pada jam 5.00 petang, maka jumlah kes baharu yang dicatatkan berjumlah sebanyak 223,230 kes. Apapun rekod yang dicatatkan amat bergantung juga kepada situasi penularan Wabak COVID-19 di sesebuah negara berkenaan. Sekiranya pada hari tersebut sesebuah negara itu mengalami pertambahan kes baharu yang luar biasa, maka jumlah terkumpul di peringkat Global akan turut bertambah. Justeru itu, pada 9 Julai telah berlaku penularan agak luar biasa di beberapa negara, di antaranya US sebanyak 61,067 kes, Brazil 42,907 kes dan India sebanyak 25,790 kes. Justeru jumlah kes baharu yang terkumpul daripada tiga negara tertinggi itu jalah 129,764  kes dan ini merupakan 58.13% daripada kumulatif kes baharu pada 9 Julai (223,230 kes).

Demikian pula bagi rekod jumlah kes yang sembuh di peringkat Global, di dalam seminggu ini, 822,137 kes yang berjaya dirawatpulih. Diikuti dengan 456,608 kes yang masih aktif dan sedang dirawat di hospital bertambah dalam tempoh seminggu ini. Ini bermakna penularan Wabak COVID-19 yang meningkat daripada 9 Julai sebanyak 4,639,711 kes sedang dirawat dan pada 14 Julai  jumlahnya 4,963,000 kes yang sedang dirawat (bertambah kes pesakit yang pulih ialah 456,608 pesakit).

Semoga Malaysia terus cemerlang dengan jumlah kes baharu dan jumlah pesakit yang berjaya dirawatpulih berada pada situasi yang berimbang. Misalanya pada ini dilaporkan masing-masingnya empat (4) kes bagi kes baharu dan kes sembuh. Pola perkembangan Wabak COVID-19 di Negara kita kini sedang menurun apabila didapati jumlah kes yang sedang dirawat sebanyak 83 kes. Jika dibandingkan dengan jumlah pesakit yang rawat ini pada seminggu 2 Julai yang lalu ialah sebanyak 85 orang. Maka secara mudah, didapati penularan Wabak COVID-19 di Malaysia adalah dalam kesimbangan ke arah pemulihan sepenuhnya menjelang Ogos nanti. Ins sya Allah.

Wassalam.

No comments: