Dalam
situasi hari ini, 6 Jun menyaksikan Dunia mengalami penularan Wabak COVId-19
berjumlah 6,885,694 kes dengan kematian berjumlah 399,013
kes. Sementara di benua Asia pula berjumlah 1,31,245 kes dengan
kematian berjumlah 34,016 kes – Malaysia pula berjumlah 8,303 kes dengan kematian berjumlah 117 kes – Kerajaan
kita menerusi keputusan hari ini telah memutuskan kelonggaran arahan
PKPB dengan SOP diperketatkan.
Sementara situasi data Wabak COVID-19 pula berlaku turun naik sebagaimana graf di atas.
Dalam hal sebegini dan PKPB sedang berjalan, Pasar Malam mulai dibenarkan
beroperasi pada 15 Jun dengan SOP diperketat. Antaranya jalan masuk dan keluar
berbeza dan satu hala. catatan suhu, sekiranya tidak patuh perniagaan akan
ditutup.
Kemudian, sesuatu yang ditunggu-tunggu dengan idea pro dan kontra adalah melibatkan operasi kedai gunting rambut. Ia melibatkan seramai 74,500 pekerja dan menyumbang kepada KDNK sebanyak RM13.5 billion setahun. Keputusan Kerajaan kita telah membenarkan operasi dengan SOP dipeketat bermula 10 Jun.
Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) hari ini, 6 Jun 2020 telah memaklumkan bahawa terdapat 25 kes yang
telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah
kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj
daripada wad adalah sebanyak 6,635 kes (79.9 peratus
daripada jumlah keseluruhan kes).
Hari ini, terdapat 37
kes baharu yang telah
dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah
sebanyak 8,303 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan
kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,551 kes.
Memperinckan sejumlah 37
kes baharu yang dilaporkan, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di
luar negara. Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan
warganegara dan 10 kes adalah dalam kalangan Warganegara Malaysia.
Berikutnya daripada 1,551
kes yang sedang dirawat seramai lima (5) kes positif COVID-19 sedang
dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiada
kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber daripada Crisis
Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat
pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah
sebanyak 117 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan
kes):
Kes kematian ke-117 (kes ke-2,296) merupakan perempuan warganegara
Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan kontak rapat
kepada kes positif COVID-19 ke-1,508, dengan bergejala pada 18 Mac 2020 dan
telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac 2020 dan disahkan kembali
ke rahmatullah pada 5 Jun 2020 jam 2.05 petang.
No comments:
Post a Comment