23 May, 2020

COVID-19: Warga asing penyumbang wabak terbesar di Malaysia?


Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia hari ini (22 Mei) menyaksikan peningkatan kes baharu berbanding semalam. Dilaporkan sebanyak 78 kes baharu, 63 kes yang telah dirawatpulih, satu kematian dan 1,163 yang sedang dirawat di hospital.
Kesan daripada pertambahan kes baharu menjadikan kumulatif keseluruhan kes yang positif ialah 7,137kes, telah dirawatpulih sebanyak 5,859 kes, kumulatif kematian sebanyak 115 orang. 

Sementara daripada 1,163 pesakit sedang dirawatpulh, sebanyak 9 kes sedang dirawatpulih di Wad Kecemasan (ICU) dan lima pesakit dipasang mesin bantuan pernafasan (ventilator).

Warga asing penyumbang terbesar

Sebagaimana dilaporkan 78 kes baharu hari ini adalah penyumbangnya daripada lima kluster iaitu Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil (25 kes baru), Kg. Sungai Lui (11 kes), Pesantren (6 kes), Pasar Borong KL (1 kes) dan Pudu (1 kes)
Kluster DTI Bukit Jalil adalah kluster yang baru dikesan semalam yang teridiri daripada bukan warganegara.  Di sana telah menyumbangkan 25 kes baharu.
Daripada 78 kes baharu, sebanyak 53 kes adalah penularan tempatan dan 25 adalah kes import (mendapat jangkitan daripada luar negara).
Daripada 53 kes itu, terdapat 40 kes adalah bukan warganegara Malaysia (warga asing) dan daripada 40 kes bukan warganegara Malaysia.
Daripada 40 kes bukan warganegara ini pula, 25 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTO) di Bukit Jalil.
Ini bermakna penularan dalam kalangan warganegara kita sebanyak 38 kes sahaja. Ini membuktikan dasar ekonomi dan pelaburan kita yang membawa masuk pekerja asing dan membenarkan ramai warga asing menguasai aktiviti ekonomi di pusat industri, pembinaan, perladangan dan pasar awam merupakan faktor terbesar menyumbang penularan Wabak COVID-19. Hal ini adalah risiko tinggi kepada negara. Situasi sama telah melanda negara jiran Sngapura.
Sumber KKM (terdapat satu (1) lagi kluster iaitu PUI Bali yang telah diisytiharkan tamat oleh pihak KKM, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang telah tamat adalah sebanyak 14 buah daripada 32 kluster.
Berikut adalah senarai kluster yang telah diisytiharkan tamat sehingga hari ini:
1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
5. Kluster Rembau
6. Kluster Tabligh Pakistan
7. Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh
8. Kluster Pekan
9. Kluster Kilang Pasir Gudang
10. Kluster BBIM
11. Kluster Tabligh Makassar Sabah
12. Kluster Pengerang
13. Kluster Istana Negara
14. Kluster PUI Bali.

Dari Bali ke Tumpat kemudian Kuantan

Kluster ke-14 yang diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster PUI Bali merupakan contoh terbaik bagaimana perjalanan rentas negeri telah menyebarkan jangkitan Wabak COVD-19 tanpa disedari oleh individu yang membawa virus itu.
Kes bermula apabila seorang individu dari Tumpat, Kelantan, yang mempunyai sejarah perjalanan ke Bali telah mengadakan kontak rapat dengan abangnya di Kuantan, Pahang.
Abangnya telah dimasukkan ke hospital swasta kerana masalah pernafasan dan telah menjangkiti pesakit lain dan petugas kesihatan. Kesemuanya, 43 orang telah dijangkiti dan menyebabkan empat kematian.
Alhamdulillah, hari ini kluster Bali>Tumpat>Kuantan telah tamat. Maka marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah menunjuki jalan terbaik bagi langkah pencegahan dan perawatan kes-kes COVID-19 di seluruh negara. Semoga 18 kluster lagi yang belum tamat akan berupaya untuk bebas dan menamatkan rantaian Wabak COVID-19 ini. Ins sya Allah.

Wassalam.

No comments: