19 May, 2020

COVID-19: Rekod Global Menghampiri 5 juta

Hari ini (19 Mei) Wabak COVID-19 menyaksikan jumlah keseluruhan kes ialah 4,932,397 (menghampiri 5 juta kes) iaitu berikutan berlaku lonjakan sebanyak 44,273 kes baharu di peringkat Global. Ia lebih tinggi berbanding semalam (18 Mei) yang berjumlah 34,344 kes baharu. Ia bermakna sebanyak 9,929 kes baharu bertambah antara 18-19 Mei - dalam sehari.

Rekod di Asia pula, pada hari ini (19 Mei) menyaksikan jumlah keseluruhan kes ialah 836,530 (atau o.837 juta). Ini berikutan pertambahan sebanyak 17,595 kes baharu, berbanding semalam (18 Mei) yang berjumlah 14,481 kes baharu. Pertambahan dalam sehari sebanyak 3,114 kes. Ia bermakna dalam sehari ini (18-19 Mei), Asia menyumbang pertambahan 31.36% kes baharu ke peringkat Global.

Sementara bagi Negara kita, Malaysia juga menunjukkan perkembangan menarik berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Meskipun pertambahan kes baharu Wabak COVID-19 berlaku dalam jumlah dua angka dalam seminggu ini, tetapi ada negara Asia yang lain telah mengalami pertambahan melebihi tiga angka. Ia menyebabkan kedudukan Malaysia dalam ranking penularan wabak telah merosot ke tangga lebih bawah.

JIka dilihat kepada rekod Wabak COVID-19 di Asia pada 13 Mei, Malaysia berada pada tangga ke-17 dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 6,779 kes dan kes baharu dilaporkan sebanyak 37 kes sahaja. Berbeza dengan Bahrain yang berada di tangga ke-18 mengalami 5,780 keseluruhan kes dan 249 kes baharu. 

Kemudian pada 17 Mei, berikutan pertambahan kes baharu di Bahrain berterusan dengan tiga angka, maka Bahrain telah bertukar kedudukan dengan Malaysia, iaitu naik ke tangga ke-18, Sebaliknya pula, Malaysia telah turun ke tangga ke-18 - mengambil tempat Bahrain. Malaysia mempunyai 6,894 keseluruhan kes dan 22 kes baharu dan Bahrain pula mempunyai 6,930 dan 183 kes baharu.

Pada hari berikutnya (18 Mei) Afghanistan pula mengambil tempat Malaysia di tangga ke-18 dengan jumlah 7,072 keseluruhan kes dan 408 kes baharu. Malaysia telah menurun ke tangga k-19 dengan jumlah keseluruahn kes sebanyak 6,941 kes dan 47 kes baharu. 

Kemudian pada hari ini (19 Mei), Malaysia kekal di tangga ke-19 dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 6,978 kes dan 37 kes baharu. Sementara itu, Afghanstan dengan jumlah keseluruhan kes 7,653 dan 581 kes baharu telah mengambil kedudukan Bahrain di tangga ke-17 dan Bahrain jatuh ke turun ke tangga ke-18 - menhgambil tempat Afghanistan.

Satu lagi negara yang dijangka akan mengatasi Malaysia pada esoknya ialah Kazakhstan yang kekal di tangga ke-20 semenjak tiga hari lepas. Namun perkembangan harian penularan Wabak COVID-19 di Kazakhstan sekitar 300 kes baharu, maka dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 6,751 kes (19 Mei) dan 311 kes baharu. Dijangkakan esoknya keseleruhan kes akan meningkat kepada 7,000 kes. Sementara Malaysia dengan pertambahan dua angka kes baharu dijangka akan turun setangga ke tangga ke-20 dan Kazakhstan dijangka mengambil tempat Malaysia di tangga ke-19.   

Kita bersyukur dengan perkembangan Wabak COVID-19 di Negara kita yang terus mengekalkan kes baharu bertambah pada dua angka. Dilaporkan kes baharu semalam sebanyak 47 kes dan hari ini 37 kes (-10 kes), diikuti dengan jumlah kumulatif dirawatpulih daripada semalam 5,615 kes dan hari ini sebanyak 5,646 kes (+31). Apapun kadar pertambahan kes rawatpulih dalam masa dua hari ini, didapati lebih rendah berbanding jumlah kes baharu. 

Pada 18 Mei kes baharu berjumlah 47 kes dan hari ini 37 kes, berbanding kes rawatpulih (status kesembuhan) pada hari-hari yang sama masing-masingnya 44 kes dan 31 kes. Hal ini menyebabkan berlaku pertambahan pesakit yang sedang dirawat di hospital - pada 17 Mei sebanyak 1,210 orang, bertambah kepada 1,213 pada 18 Mei dan bertambah lagi kepada 1,218 pada hari ini (19 Mei). Semoga angka pesakit yag dirawat ini akan kembali berkurang. 

Oleh itu, sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT permudahkan urusan rawatan dan pemulihan ke atas pesakit yang bergejala serta terbendungnya penularan kes baharu. Ins sya Allah.

   Wassalam.

No comments: