Satu idea awal
Misi PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ialah mencapai kemenangan 40 Parlimen (dari kerusi majoriti Melayu) bagi membolehkan PAS menjadi 'penentu kuasa' (kingmaker) kepada pembentukan Kerajaan Pusat yang akan datang.
Penentu kuasa (kingmaker) dalam definisi mudah adalah seseorang yang diberi kuasa bagi menggunakan pengaruh politiknya (a person who brings leaders to power through the exercise of political influence) dengan tujuan membentuk suatu kesepakatan kuasa.
Dalam konteks PRU akan datang, tonggak kuasa pelbagai parti dalam negara ini akan berpihak kepada parti yang memenangi majoriti kerusi, maka parti itu sebagai tulang belakang Kerajaan Pusat. Namun sekiranya tiada satu parti yang memenangi secara majoriti, maka ia memerlukan sejumlah dari parti yang lain sebagai kawan membentuk kerajaan.
Berdasarkan realiti yang ada, PAS tidak mungkin menjadi tulang belakang, sebaliknya PAS ada harapan untuk menjadi kawan kepada satu parti lain yang bakal mengemudi Kerajaan Pusat. Oleh itu, sekiranya PAS boleh memenangi 40 Parlimen, maka sejumlah itu (40 kerusi) sudah cukup dijadikan modal untuk berkawan dengan parti yang bakal mengemudi kerajaan tersebut. Oleh itu, senario sebagai penentu (menggenapkan kuasa) pembentukan Kerajaan Pusat boleh dianggap sebagai peluang bagi PAS. Hal ini menjadi 'kejaran' bagi PAS dengan misi kemenangan 40 Perlimen.
Semoga apa yang diucapkan oleh Presiden PAS bakal menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment