14 December, 2015

PAN-Parti Amanah Negara

Pada 31 Ogos lalu, diisytiharkan parti baru bagi kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB). Nama parti baru itu ialah Parti Amanah Negara (PAN, National Trust Party).

Imam solat, Tuan Haji Muhammad Sabu, Presiden PAN.

Logo PAN
Asal PAN ini ialah rebranding kepada parti lama yang diaktifkan semula iaitu Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM, Malaysian Worker's Party). PPM ditubuhkan pada Januari 1978 oleh seorang wanita, Ganga Nayar beraliran sosialis. PPM kemudian diambialih oleh GHB dan ditukar nama kepada Parti Progresif Islam (PPI), tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Logo PPM

Lalu satu nama baru yang tidak memasukkan perkataan Islam dipersetujui, iaitu Parti Amanah Negara.

Sebagaimana dilancarkan oleh Muhammad Sabu, pada Hari Malaysia 16 September 2015, PAN adalah berakidah Islam yang progresif (berdasarkan nama PPI yang dimohon kepada ROS).





Selepas itu, pada 22 September 2015 telah dilancarkan Pakatan Harapan berikutan tiada lagi Pakatan Rakyat apabila DAP memutuskan hubungan dengan PAS pada Mac 2015 dan  PAS pula memutus hubungan dengan DAP pada Julai 2015. Pakatan Harapan disertai PKR, DAP dan PAN. Setakat ini, Pakatan Harapan diterima oleh Kerajaan Pulau Pinang, tetapi tidak di Selangor dan Kelantan.




Tunggu masanya, akan ada jawapan bagaimana akan berlaku tentang masa depan PAN dan PH nanti. Mungkin pilihan raya umum ke-14 nanti akan menyaksikan senario dan lanskap politik oposisi yang agak kalut sekiranya persoalan PAN dan pakatan oposisi dalam bentuk baru ini gagal diharmonikan sesama parti oposisi, terutama jika meminggirkan PAS. Mungkin dengan aktifnuya PAN di Kelantan, ia boleh mengubah lanskap tersebut.

Kepimpinan AMANAH Pusat
NamaJawatan
Penasihat UmumAhmad Awang
Timbalan Penasihat UmumAbdul Ghani Shamsuddin
PresidenMohamad Sabu
Timbalan PresidenSalahuddin Ayub
Naib PresidenDatuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa
Naib PresidenHasanuddin Mohd Yunus
Setiausaha AgungMohd Anuar Mohd Tahir
Bendahari KehormatAsmuni Awi
Ketua PemudaMohd Sany Hamzan
Ketua WanitaSiti Mariah Mahmud
Ketua PeneranganKhalid Samad
Pengarah Pilihan RayaDr. Hatta Ramli
Pengarah StrategiDr. Dzulkefly Ahmad

Ketua AMANAH Negeri


  1. Perlis : Wan Kharizal Wan Kazim
  2. Kedah : Dr. Ismail Salleh
  3. Kelantan : Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
  4. Terengganu : Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
  5. Pulau Pinang : Dr. Mujahid Yusof Rawa
  6. Perak : Asmuni Awi
  7. Pahang : Dr. Hamzah Jaafar
  8. Selangor : Ir. Izham Hashim
  9. Negeri Sembilan : Zulkefly Mohamad Omar
  10. Malacca : Adly Zahari
  11. Johor : Aminolhuda Hassan
  12. Sabah : Hamzah Abdullah
  13. Sarawak : Zulkarnaen Hamden 
  14. Wilayah Persekutuan : Dr Mohd Hatta Ramli    
Ahli Parlimen 

Kelantan: P31 - Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli
Selangor:
  • P108 - Shah Alam - Khalid Abd Samad
  • P111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud
  • P113 - Sepang - Mohammed Hanipa Maidin
Terengganu: P36 - Kuala Terengganu - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Perak: P57 - Parit Buntar - Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa



No comments: