Oleh:
Dr Wan Nik Wan Yussof, Pengarah
Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan
Pilihan
raya kecil P.044 Permatang Pauh bakal berlangsung pada 7 Mei depan. Kerusi
Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri
Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac 2015 lalu ekoran hukuman penjara yang
dihadapinya. Ia suatu laluan berliku, lebih-lebih lagi Parlimen Permatang Pauh
itu sendiri telah melalui beberapa kali pilihan raya kecil (PRK).
Paling
dekat PRK ialah pada 26
Ogos 2008 ekoran daripada perletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku ahli parlimen bagi kawasan itu. Ketika itu juga Wan Azizah adalah
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. Perletakannya pada 31
Julai 2008 bertujuan mengosongkan kerusi bagi membolehkan
suatu PRK diadakan untuk memberi laluan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding
selepas dibebaskan daripada sekatan undang-undang akibat hukuman penjara.
PRK untuk Anwar
Pada
pilihan raya kecil itu berlaku pertandingan tiga penjuru yang menyaksi Anwar dari
Pakatan Rakyat (baca, Parti Keadilan Rakyat; PKR) berdepan calon Barisan Nasional, Arif Shah Omar Shah dan calon
parti Angkatan Keadilan Insan (AKIM), Hanafi
Mamat.
Anwar telah meraih kemenangan
dengan majoriti besar, iaitu 15,671
dengan peratusan keluar mengundi 81.1%, dan jumlah undi diperolehi PKR sebanyak
31,195 berbanding Barisan
Nasional mendapat 15,524 dan AKIM mendapat 92 undi
sahaja.
Kemudian selepas itu,
pengundi Permatang Pauh turut dihadapkan pula dengan satu lagi pilihan raya
kecil Dun Penanti pada 31
Mei 2009, iaitu salah satu Dun dalam parlimen tersebut. Ia berlaku ekoran Adun Penanti merangkap Timbalan
Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin telah meletak jawatan pada 8
April 2009 (alasan untuk menjaga integriti Kerajaan Negeri) setelah
disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari haram di Seberang
Prai, Pulau Pinang (siasatan SPRM mengesahkan dakwaan itu tidak dapat dibukti).
Pada
pilihan raya tersebut, Barisan
Nasional tidak menurunkan calon atas alasan membazir wang rakyat. Apapun PKR telah
menurunkan calonnya, Dr Mansor Othman bekas pensyara Universiti Sains Malaysia
yang terpaksa berdepan dengan tiga calon bebas. Keputusan pengundiannya seperti
yang dijangka adalah berpihak kepada PKR, apabila Dr Mansor memperolehi 6,052,
diikuti calon-calon Bebas yang kesemuanya telah hilang wang pertaruhan (Kunci
392, Wau 494 dan Payung 56 undi). Dr Mansor meraih majoriti sebanyak 5,558 dengan peratusan mengundi hanya 46.15% sahaja.
Oleh
kerana itu, PRK sekarang ini merupakan yang ketiga dalam konteks pengundi Dun
Penanti dan kedua bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh itu sendiri. Justeru
laluannya dikatakan berliku-liku yang dijangka lebih menarik daripada
sebelumnya. Lebih berliku dan menarik kerana bukan sahaja PRK ketiga dalam
tempoh tujuh tahun, malah ia belaku dalam suasana politik nasional dan lokal
(khususnya di kawasan Permatang Pauh sendiri) yang dilihat bakal menyaksikan
suatu petunjuk baru dalam beberapa isu besar yang bergelumang sekarang.
Faktor BN kalah
Walaupun
berliku-liku, nasib (kemenangan) mungkin menyebelahi PKR berikutan suasana
politik Barisan Nasional yang berkecamuk (dengan isu kritikan terhadap
kepimpinan Perdana Menteri, pelaksanaan GST, kejatuhan nilai ringgit dll),
meskipun dalaman Pakatan Rakyat pun tidak kurang berkecamuk (hubungan renggang
sesama Pakatan Rakyat, polemik kepimpinan PAS, bangkangan PAS Permatang Pauh
secara khusus, pemilihan PAS dll).
Nasib
yang dimaksudkan mungkin dari segi nilai keberatan isu yang melanda
masing-masing pihak (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat), faktanya masih
berpihak kepada asas-asas persekitaran kondusif (conducive) kepada PKR. Ini ada
kaitannya dengan sejarah PRK lalu, iaitu Barisan Nasional menerusi calonnya
dari Umno telah kalah dalam PRK parlimen Permatang Pauh dan Umno pula tidak
bertanding (juga dianggap kalah) di Dun Penanti. Sekatan psikologi ini turut dikecamukkan
lagi dengan imbauan isu-isu yang berlegar dalam kelompok Barisan Nasional sendiri
yang sekarang ini masih terpasak dengan nilai-nilai faktor kekalahan ketika PRK
2008 dulu.
Sebagaimana
pengamatan yang dibuat ketika PRK 2008 dulu, terdapat lapan faktor kekalahan
Barisan Nasional yang nampaknya sekarang masih dominan sebagai faktor yang
mengekang Barisan Nasional untuk menang kerana kesemuanya masih berlegar segar
di kalangan rakyat, khususnya di Permatang Pauh.
Pertama, dalaman Umno sendiri
sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri ketika itu berada
dalam keadaan yang amat lemah. Ia ekoran kegagalan transformasi politik di
peringkat negeri dan kedudukan Barisan Nasional Pulau Pinang yang terus
bergolak tanpa kepimpinan yang berwibawa.
Kedua, faktor calon (PRK
2008, Datuk Arif Shah Omar Shah dan kini Setiauasha Bahagian, Suhaimi Sabudin) dilihat tidak
mampu menyaingi ketokohan Anwar atau Wan Azizah yang jauh lebih popular.
Ketiganya, keputusan Kerajaan
Persekutuan (ketika itu) telah menangguhkan atau membatalkan beberapa projek
mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang menyebabkan semakin timbul perasaan
tidak berpuas hati menjelang hari mengundi. Faktor ini masih menjadi isu-isu
ferderalisme tatkala perbezaan kerajaan Negeri dengan Pusat berlarutan.
Begitu pula, faktor keempat,
kesan kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu
telah membenarkan kempen Pakatan Rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang
tidak prihatin dengan bebanan hidup rakyat kerana gagal mengawal kenaikan harga
tersebut. Ini semakin hangat dan menimbuilkan bangkangan kuat rakyat ekoran
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang memberi kesan kenaikan
harga barangan secara menyeluruh.
Sementara yang kelimanya
adalah pendekatan kempen Barisan Nasional yang ofensif dalam kes moral (liwat)
membabitkan tuduhan terbaru terhadap Anwar yang majoriti rakyat tidak bersetuju
dan tidak mempercayai. Hal ini dibebankan pula dengan faktor keenam yang ketika
itu kepercayaan pengundi Cina dan India masih berada dalam momentum pilihan
raya umum 2008 yang rata-rata menolak Barisan Nasional. Hal ini masih terkait,
kerana kekosongan kerusi pun adalah rentetan isu yang dibangkit ketika PRK 2008
dulu (kes liwat II terhadap Anwar).
Senario sama yang
mengundang faktor ketujuh, apabila peranan Badan Bertindak Hak-hak Hindu
(Hindraf) sebagai satu kuasa politik masyarakat India (ketika itu) yang masih tidak
mesra Barisan Nasional ketika PRK 2008. Nilai kemesraan antara kaum ini masih
belum pulih untuk mengatakan pada PRK kali ini, orang India kembali menyokong
Barisan Nasional.
Akhirnya yang kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana
menguasai ‘politik 3M’ iaitu media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun
persekitaran politik Permatang Pauh (ketika PRK 2008) yang semacam sebati
dengan Anwar. Ia menyebabkan kempen media Kerajaan Barisan Nasional terpaksa
berdepan dengan laluan sukar untuk mengubah persepsi pengundi yang ketika itu masih
kuat menaruh harapan kepada Anwar untuk memimpin Pakatan Rakyat pasca pilihan
raya umum. Hal yang sama sedang dihadapi oleh Barisan Nasional, ekoran peranan
media baru (khususnya facebook, twitter dan whatapps) yang mencabar kepantasan media konvensional. Justeru ia
memberi kelebihan untuk Pakatan Rakyat mengawal perkembangan isu dan
memantapkan persekitaran politik Permatang Pauh terus bersimpati kepada Anwar
yang dipenjarakan untuk kesekiankalinya.
Persoalannya sekarang,
apakah terjemahan daripada kelapan-lapan faktor tersebut benar-benar masih
kekal (berpihak kepada Pakatan Rakyat) atau mungkin sudah berubah (kembali
menyokong Barisan Nasional) dalam kalangan pengundi Permatang Pauh pada PRK
kali ini? Atau mungkin juga kondisi semasa ini (dari segi situasi dalaman
mahupun luaran) menunjukkan Barisan Nasional masih dirasuk saka kegerunan. Sementara
realiti dalaman Pakatan Rakyat pula dilihat kian berliku-liku yang mungkin meloyakan
pengundi.
Bertolak daripada
situasi dan kondisi tersebut, maka justifikasinya kedudukan Barisan Nasional
terlalu sukar untuk menang. Hal ini disokong oleh perkembangan mutakhir, selain
rakyat tertekan dengan pelaksanaan bulan pertama GST, ditambah lagi oleh
kelantangan kritikan kelas atasan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib di dalam banyak perkara. Paling lantang ialah kritikan daripada
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain daripada Tun Abdullah
Ahmad Badawi.
Kritikan Dr M beban BN
Sehubungan itu,
berlakunya kondisi yang memeritkan sedang melanda Barisan Nasional (BN),
terutama daripada segi keupayaan untuk menambah sokongan pengundi.
Sebenarnya, agak malang
bagi BN kerana nilai kritikan tersebut dilihat agak tajam menyerang Perdana Menteri merangkap Presiden
Umno. Pertama, kritikan Dr. Mahathir berhubung ‘12
kegagalan Najib’ yang menyentuh isu-isu:
(1) Kegagalan pembinaan jambatan bengkok yang dianggap sebagai satu
episod memalukan menghubungkan Johor
dengan Singapura yang dianggap memalukan kerana
kita tidak berani membina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.
(2) Kegagalan melaksanakan projek
Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik dari
Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini (tetapi
dibatalkan semasa Tun Abdullah), sepatutnya disiapkan dengan kos RM 14 bilion
pada 2010.
(3) Berkaitan dengan tindakan Najib merekrut empat tingkat
pegawai ditambah dengan rekrut pegawai British sebagai penasihat dalam perkara
pentadbiran negara.
(4) Menggunakan khidmat konsultan
asing dengan menghabiskan kos lebih RM7 bilion, sekaligus menafikan nilai kemerdekaan ngara dan
kebolehan rakyat Malaysia sendiri untuk membangunkan negara.
(5) Pengabaian Najib
terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan, namun
kini dilihat ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan Barisan Nasional.
(6) Mengabaikan Unit
Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain kerana tindakannya mewujudkan
agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini.
Agensi baru itu pula diketuai oleh bukan
kakitangan awam yang gajinya jauh lebih tinggi yang dianggap tidak
menggembirakan kakitangan awam. Akibatnya sekarang ramai yang tidak lagi
menyokong kerajaan, malah ada yang menyertai pembangkang dan menjadi calon
dalam pilihan raya selepas bersara.
(7) Penggunaan slogan 1Malaysia dilihat sebagai slogan yang dilaungkan Najib, tetapi ia didakwa
sebagai slogan daripada pembangkang.
(8) Keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) bukan
sesuatu yang benar, sebaliknya tindakan kerana desakan pembangkang menyebabkan jenayah semakin meningkat.
(9) Membuat pelbagai keputusan
yang teruk dan salah serta memberi impak buruk kepada negara. Antaranya berbelanja besar sampai berbilion
ringgit kerana pemberian duit kepada rakyat berpendapatan kurang RM3,000
sebulan, kepada pertubuhan dan sektor
korporat, kemudian menghabis banyak wang semata-mata menganjurkan himpunan dalam
setiap majlis yang mempamerkan sokongan –– ‘I
Love PM’ dan menyanyi lagu ‘1M4U’
, sedangkan keputusan yang dibuat Najib ternyata lebih buruk berbanding zaman
Abdullah.
(10) Menganggapkan apa yang
dibuat oleh Najib sebagai semakin menjatuhkan lagi Umno dan orang Melayu ekoran keputusan pilihan raya yang teruk
di Selangor dan lebih buruk daripada tahun 2008. Jika prestasinya lebih
buruk daripada Abdullah, maka Najib patut letak jawatan.
(11) Menegur gaya hidup Najib
dan isterinya yang mewah dan penuh kontroversi dan BN akan kalah dalam pilihan raya akan datang.
(12) Pengurusan 1MDB yang menghilangkan berbilion ringgit dan
penglibatannya dengan orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB.
Keseluruhan daripada kenyataan itu, disimpulkan oleh Dr Mahathir bahawa Najib sememangnya seorang yang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana tindakannya selama ini telah menghilangkan berbilion ringgit wang negara. Walaupun begitu, sesetangah pihak menganggap kesemua kritikan Dr Mahathir itu bukannya alasan yang cukup untuk menggesa Najib meletakkan jawatan. Mereka masih berpandangan, apa yang dialami dan ditanggung oleh Najib, hakikatnya merupakan kesan-kesan peninggalan (baca, kegagalan dan kerosakan) legasi Dr Mahathir dan Abdullah. Justeru Abdullah turut menggesa agar Najib sedia menjawab segala-gala kritikan Dr. Mahathir.
Keseluruhan daripada kenyataan itu, disimpulkan oleh Dr Mahathir bahawa Najib sememangnya seorang yang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana tindakannya selama ini telah menghilangkan berbilion ringgit wang negara. Walaupun begitu, sesetangah pihak menganggap kesemua kritikan Dr Mahathir itu bukannya alasan yang cukup untuk menggesa Najib meletakkan jawatan. Mereka masih berpandangan, apa yang dialami dan ditanggung oleh Najib, hakikatnya merupakan kesan-kesan peninggalan (baca, kegagalan dan kerosakan) legasi Dr Mahathir dan Abdullah. Justeru Abdullah turut menggesa agar Najib sedia menjawab segala-gala kritikan Dr. Mahathir.
Peluang menang
Meskipun banyak isu yang
melingkungi kempen PRK Permatang Pauh kali ini, apa yang pasti, rekod
pencapaian pilihan raya umum dan PRK lepas sememangnya sentiasa menyebelahi
PKR. Maklumat Jadual 1 berikut menggambarkan realitinya.
Jadual 1:
Keputusan bandingan pilihan raya umum P.44 Permatang Pauh: 2004, 2008
dan 2013
|
||||||||||
Tahun
|
Pemilih
|
% Keluar
|
Rosak
|
Tak dikembali
|
Undi BN
|
Undi PKR
|
% PKR
|
Undi Lain-lain
|
Majoriti PKR
|
|
2004
|
54,041
|
80.93
|
665
|
185
|
21,147
|
21,737
|
50.69
|
-
|
590
|
|
2008
|
58,449
|
81.17
|
110
|
44
|
16,950
|
30,338
|
64.16
|
-
|
13,388
|
|
2013
|
71,699
|
85.52
|
672
|
143
|
25,369
|
37,090
|
59.19
|
201
|
11,721
|
Berdasarkan keputusan
daripada tiga PRU lalu (2004, 2008 dan 2013), hanya pada PRU 2004, PKR mencapai
kemenangan tipis, 50.69%. Namun pada PRU 2008, lonjakan besar undi PKR kepada
64.16%. sementara ketika Anwar sendiri sebagai calon pada PRU 2013, PKR meraih
sokongan yang masih selesa, 59.19% iaitu merosot sedikit (-4.97%).
Kemerosotan ini
ada kaitannya dengan faktor calon Barisan Nasional yang asalnya adalah bekas
kepimpinan Pemuda PAS, di samping faktor-faktor lain.
Apapun untuk PRK kali
ini, Barisan Nasional tidak ada kekuatan isu untuk mengimbangi atau mengatasi
bangkangan rakyat kesan pelaksanaan GST, di samping beberapa fakta kritikan Dr.
Mahathir yang masih tidak dijawab oleh Najib. Rumusannya di atas dua sudut isu
ini, disokong oleh pendekatan kempen mesra calon PKR, Wan Azizah serta rayuan
simpati untuk Anwar sudah cukup untuk membilang fakta-fakta kemenangan berpihak
kepada Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment