Muktamar PAS
ke-59 telah seminggu berlalu. Senarai kepimpinan utama PAS Pusat, dewan-dewan
telah diumumkan. Bagi PAS Pusat, Presidennya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
diputuskan oleh muktamar sebagai menang tanpa bertanding. Sementara jawatan
utama yang lain diputuskan melalui pertandingan. Bagi jawatan Timbalan
Presiden, keputusan muktamar telah mengekal penyandang Haji Mohamad Sabu dan
Naib Presiden turut mengekalkan Haji Salehuddin Ayub dan Haji Husam Musa di
samping menyaksikan kembalinya Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ke jawatan Naib
Presiden. Sementara untuk pemilihan 18 anggota jawatankuasa kerja, muktamar
turut memutuskan tokoh baru turut terpilih iaitu Ustaz Nasrudin Hassan dan
Ustaz Nik Mohamad Abduh serta Dr. Ridhuan Mohd Nor. Mereka bertiga adalah bekas
ketua dan timbalan ketua serta ketua penerangan Pemuda PAS Pusat.
Sementara itu sekalung tahniah untuk Dewan Ulama PAS Pusat kerana Berjaya sebuylat suara
mengekalkan kesemua pimpinan tanpa bertanding. Di samping menyaksikan
penglibatan ulama pelapis seperti Ustaz Mohd Asri Daud yang merupakan penerima
anugerah tokoh ulama muda Negeri Kelantan.
Tidak ketinggalan, tahniah juga
untuk Dewan Pemuda kerana mendapat pimpinan baru menerusi ketuanya Suhaizan
Kaiat. Sementara Dewan Muslimat telah membuktikan kemantapan Siti Zailah Mohd
Yusoff selaku ketua bersama-sama timbalan dan naib ketuanya telah dikekalkan
mandate oleh perwakilan muktamarnya.
Tinggal
lagi, akan berlaku perlantikan beberapa jawatan eksekutif untuk pasukan
presiden dan ketua dewan-dewan membina saf yang padu menjalankan amanah parti.
Ia sedang dirundingkan di kalangan penjawatan utama (yang terpilih di dalam
muktamar) bagi memastikan siapa yang bakal menggalas tugas setiausaha dan
penolong setiausaha, ketua penerangan, bendahari dan ketua pengarah atau
pengarah pilihan raya.
Foto edisi WhatApps |
Menurut fasal
25 (4) perlembagaan PAS untuk PAS Pusat, Presiden berkuasa melantik mana-mana
pimpinan PAS bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut, dan perlantikan itu
hendaklah dipersetujui oleh mesyuarat. Demikian pula di peringkat dewan-dewan
(fasal 45 (3) – Ulama, fasal 55 (3) – Pemuda, fasal 65 (3) – Muslimat) juga
memperuntukkan kuasa untuk ketua melantik mana-mana pemimpin di dalam mesyuarat.
Oleh kerana ini,
presiden dan ketua-ketua dewan mempunyai kuasa khas, sementara ahli mesyuarat
pula mempunyai kuasa terhormat untuk bersetuju di atas nama-nama yang
dicadangkan oleh presiden atau ketua dewan. Berbekalkan semangat berjamaah,
persetujuan perlantikan adalah amalan syura yang matang (tuntas) demi
membuktikan misi ucapan dasar presiden dalam muktamar lalu diterima baik demi
‘rahmat untuk semua’ ahli PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.
Foto Edisi Harakah |
Sebagaimana
diucapkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam menyampaikan ucapan
dasar muktamar lalu, “Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan
Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman
yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak
merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada
dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS.
Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan
kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.”
Justeru
kandungannya merupakan disilplin jamaah dan suatu pengarahan jitu demi
meletakkan perjuangan PAS di terima masyarakat. Hasrat ini bagi memastikan PAS
berwadah Islam terus mara sebagai pembicara ummah dalam meraih rahmat Allah
untuk segenap lapisan masyarakat. Di atas asas inilah, pembentukan saf
kepimpinan PAS Pusat bagi menggalas tugasan sesi 2013 sehingga 2015 pastinya membutuh
nilai-nilai berkepimpinan yang berupaya memenuhi citra perjuangan yang sebenar.
Terutama dalam memperdanakan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sekaligus memenuhi
ssikap Tuan Guru Priseden yang mahukan PAS berperanan besar bukan sekadar
penumpang dalam arena politik tanah air mahu pun Pakatan Rakyat.
Komitmen
politik (mencapai kuasa) dan pendekatan dakwah (memastikan rahmat) adalah
serasi dengan misi meletakkan PAS mampu bersaingan dalam kuasa yang ada di
Kelantan dan berkongsi kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. Di samping terus
membina keyakinan bagi merapatkan jurang dengan pengundi Islam dan Melayu,
terutama di Johor dan Pahang serta berupaya mengembalikan dominasi di Kedah
serta beberapa negeri lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
Demikian
pula, peranan pengimbang gerakan politik dakwah PAS adalah Ulama, Pemuda,
Muslimat dan Himpunan Penyokong sewajarnya memantapkan matlamat dan strategi masing-masing
dengan pembinaan saf yang berpaksikan akhlak baik dan ilmu yang cukup. Semoga
PAS terus kekal pembawa sinar Islam yang sentiasa merahmati ummah.
No comments:
Post a Comment