Kali ini baik benar kita berbicara soal wajibnya rakyat Kelantan mengambil sikap mengekalkan sokongan kepada kepimpinan ulama' yang menerajui kerajaan negeri Kelantan. Soal ini dapat kita fahami daripada pandangan syariah dua tokoh agama terkenal tanah air kita sebagaimana intisarinya terangkum dalam 'capture' di atas.
Satunya oleh Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Bidin (Dr. Maza), bekas Mufti Perlis dan kini pensyarah Universiti Sains Malaysia. Keduanya pula ialah seorang guru agama terkenal Dr. Zahazan Mohamed, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pada 11 Julai 2009, Dr. Maza pernah memberi penilaian terhadap pentadbiran PAS di Kelantan di bawah tajuk “Jangan jatuhkan Kelantan.” Lihat 'capture' berikut.
“Melihat kepada usaha-usaha Islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.
Biarlah
Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan
pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha
menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam
terhadap Kerajaan Pusat.”
Demikian pula, Dr. Zahazan telah menukilkan menerusi laman sosial (facebook) Ustaz Zahazan Mohamed pula memberi pandangan yang ala fatwa (lihat 'capture' di bawah):
”
Semasa 'capture' ini dipetik 8 Mac, pandangan Dr. Zahazan telah mendapat komen 1,862 orang,
dikongsi oleh 4,954 dan yang menanda like
(suka) seramai 12,163 orang.
Berikutnya Dr. Maza (dalam blognya, 15 April
2011) telah memberi panduan kepada umat Islam agar terlibat dalam proses
pemilihan pimpinan negeri dan negara. Menurut beliau, “Undian seseorang
mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin
berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk
rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang menhgundi tersebut, maka
undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu un dinya itu boleh memberikan kesan
yang buruk, tetapi ia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.”
Hari ini tahukah kita, ramai pemimpin Umno-BN yang mengemudi
teraju kerajaan di peringkat Pusat dan Negeri jelas terlibat dengan unsur-unsur
yang berlawanan dengan hakikat kebaikan menurut acuan Islam. Dalam isu tuntutan
royalti minyak dan gas rakyat Kelantan, sudah ada pemimpin yang bertindak tidak
adil kepada hak warga negeri Negeri Kelantan. Ada yang menafikan langsung akan hak
itu, dan ada pula yang beralasan tanpa mematuhi perjanjian (kononnya tiada hak
kerana telaga berada di luar tiga batu nautika). Sementara ada pula yang mendakwa
telah royalti itu telah diberi menerusi pembayaran wang ehsan melalui ketua bahagian Umno.
Isu royalti ini adalah terlalu spesifik yang boleh ditimbang sebagai "kerana kuasa yang ada
(diundi oleh rakyat) mereka bertindak di luar batasan perjanjian yang ada." Sudah
tentu ia memberi kesan buruk kerana menafikan asas-asas persetujuan yang
termaktub di dalam perjanjian.
Maka rakyat sebagai pengundi harus
rasional memikirkan kerana undi yang satu itulah (mana yang mengundi pemimpin
Umno-BN berkenaan), maka undi itu telah memberi kuasa kepada mereka melakukan sedemikian ketidakadilan. Justeru ia suatu pertimbangan yang boleh mensabitkan dengan dosa (kerana engkar perjanjian). Sedangkan di dalam Al-Quran
persoalan janji adalah nilai integriti tinggi dan kemuliaan kepada syiar agama
Islam itu sendiri. "Wahai orang-orang beriman, sempurnakanlah janji-janjimu." (Surah Al-Maidah ayat 1). Selanjutnya Allah berfirman (Surah Al-Baqarah ayat 225), "Allah tidak mengira kamu
bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah),
tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan
sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat
bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar."
Demi Islam, maka haram kita bersiikap untuk menukar kerajaan Islam di Kelantan ini. Maka tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Kelantan yang kini menyokong penuh kempen KEKAL Kelantan sebagai simbolik persetujuan rasmi jiwa nurani warga negeri Kelantan bersama kepimpinan Ulama yang sedang merealisasikan dasr Membangun Bersama Islam.
No comments:
Post a Comment