Hari Asyura merupakan salah satu hari yang
diraikan oleh umat Islam. Asyura, bererti sepuluh di dalam Bahasa Arab.
Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar
Islam iaitu pada 10 Muharram.
Berpandukan sejarah peristiwa Hari Asyura ini
bersumberkan tradisi masyarakat Arab. Termasuklah Nabi Muhammad s.a.w. melakukan
puasa Asyura sejak di Makkah lagi kerana puasa Asyura merupakan amalan biasa
masyarakat tempatan.
Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda
turut mendapati kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (dikenali Yom
Kippur yang juga pada hari kesepuluh).
Dalam
satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Di hari
tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun.” Ini
antara asas baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi
satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan
Nabi Musa. Berikutnya, Ibn Hajar al-Asqalani, dalam pernyataannya terhadap
Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan
Ramadhan setahun kemudian.
Peristiwa sempena Asyura
Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam
yang menunjukkan kebesaran Allah. Masyarakat Islam turut percaya akan
berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharam:
1) Hari pertama Allah menciptakan alam.
2) Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
3) Nabi Adam a.s. dicipta.
4) Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon
keampunan kerana melanggar larangan Allah.
5) Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat
Izrail membawanya ke langit.
6) Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar
selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
7) Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat
dari buruan Raja Namrud.
8) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
9) Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan
berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
10) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
11) Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah
berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
12) Saidina Hussein, anak Saidina Ali/Siti Fatimah Az-Zahara Binti
Muhammad s.a.w merupakan cucu Rasulullah s.a.w oleh pemberontak di Karbala.
Sunat berpuasa
Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah
SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab:
“Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan
datang.” Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau
menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya
tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari
aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.” (HR Muslim)
Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa
melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini
iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari
yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Amalan terbaik selain berpuasa
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan
kaum keluarga). Kelebihannya ialah dilapangkan
oleh Allah rezekinya selama setahun––hadis riwayat Imam Baihaqi dan Attabrani
dengan pelbagai sanadnya daif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia
menjadi kuat.
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna
Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh
tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah,
berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum,
bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut.
Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak,
berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para
ulamak.
Memperingati kematian Sayidina Husin
Ada golongan
yang memukul badan sempena Asyura, maka hukumnya
haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn
Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada
kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan
jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wassalam.
No comments:
Post a Comment