Seorang ilmuan Islam tidak mungkin berfikir seperti budak-budak. Jauh sama sekali untuk dikatakan dungu. Tidak pula dipandang bodoh bila berkata-kata. Setinggi nilai keilmuan didadanya, apabila berhujah sandarannya istiqamah dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis serta dalil yang seiringan dengan sunnah dan qias ijmak ulama. Inilah seringkas penilaian tatkala diminta menilai keintelektualan Islam seseorang itu yang setaraf ulama mahupun mufti.
Paling janggal dan dangkal pula, apabila seseorang ilmuan Islam seumpama mufti bercakap tentang isu-isu yang bukan bidang utama yang dihayati atau dialaminya. Ibarat seorang jurutera cuba merawat pesakit jantung atau seorang doktor bedah diminta membuat overhaul enjin kereta, sudah tentu akan timbul keraguan melampau kalangan masyarakat awam.
Berlandaskan bayangan ini, apakah patut seorang yang tidak pernah melibatkan diri dalam perjuangan parti politik, tiba-tiba berlagak hero menganalisis kemelut politik? Semestinya tidak patut sama sekali. Sepatutnya bagi mengulas gelagat perjuangan politik Islam yang berhadapan dengan politik sekular, maka terlalu banyak elemen perjuangan yang harus difahami secara penyertaan.
Hakikatnya, bukan sekadar memerhati di celah tabir perjuangan itu. Justeru untuk berlaku adil, maka sesiapa sahaja boleh menilai baik buruknya perjuangan politik kepartian, asalkan ia turut terlibat dan menghayatinya. Amat salah, apabila menilainya sekadar memerhati dari celah tabir. Semestinya ia menilai ketika bersama-sama berada di depan pentas.
Ketinggalan zaman
Seorang ilmuan Islam seharusnya mendahului zaman. Justeru ilmuan seumpama mufti, seharusnya tidak bertindak secara ketinggalan zaman. Justeru pengalaman perjuangan Islam adalah sejarah yang mencipta tamadun. Namun, amat malang bila masih ada ulkama atau mufti yang masih memberi sokongan atau rasa simpati kepada perjuangan sekular yang bergelumang dengan serba-serbi penyakit nafsu dan godaan duniawi serta hasutan iblis sekaligus bertindak tajam lidahnya kepada alim-ulama yang mendokong perjuangan Islam.
Amat malang lagi, bila mana ada mufti yang menyerang dengan mata pedang, malah menyifatkan sebagai ‘keras hati’ apabila fatwanya ditertawakan oleh sesama ulama. Jelas, mufti sedemikian sudah terkeliru antara ‘keras hati’ dengan ‘istqamah’ yang menjadi prinsip ulama sipejuang. Apakah Nabi boleh dituduh seorang yang keras hati apabila berperang di medan Badar, sedangkan yang diperangi itu kalangan sebangsa dengan baginda? Soalan yang sama boleh diajukan terhadap parti PAS yang sentiasa melawan Umno dalam setiap kali piihan raya. Amat malanglah jika menganggap tindakan PAS sebagai keras hati, kerana PAS bertegas atas prinsip dan dasar Islam, sementara Umno sejak dulu sampai kini begitu bebal dengan pegangan kebangsaan Melayu dan sekular terhadap anutan agamanya sendiri.
Justeru itu, apakah kelayakannya untuk parti Islam berbaik sangka atau berpadu berjuang bersama dengan parti sekular yang menolak akidah perjuangan Islam? Sebaiknya parti PAS terus istiqamah tanpa tolak ansur untuk terus melawan Umno selagi mana parti Melayu ini tidak mengubah dasar kebangsaannya kepada Islam.
Mufti yang melampau
Seorang mufti telah mengisytiharkan dirinya sanggup jadi orang tengah, tetapi belum menjadi orang tengah sudah menyerang orang yang berada di sisinya. Maka, mufti itu sudah tidak layak menjadi orang tengah. Nampak sangat mufti itu sudah beretindak senget dan condong.
Justeru antara PAS dengan Umno, tidak wajar melantik mufti itu sebagai perantara (orang tengah). Tambahan pula, bahasa bidasannya cukup senok kerana sudah menganggap PAS di pihak yang keras hati. Sering pula membuat kenyataan yang buruk terhadap PAS, sedang kepada Umno selalu diungkap secara baik. Semua pihak sudah mengetahui banyak kerosakan, kemaksiatan dan salah laku berlaku kalangan pemimpin dan di dalam rumah tangga Umno.
Justeru Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat secara jelas yang mufti berkenaan sudah dipergunakan oleh Umno untuk membangkitkan isu lapuk tatkala menuduh (pemimpin PAS sebagai melampau). Ia bagaikan 'lagu lama' yang diperdengarkan kembali. Hakikatnya mufti berkenaan sebenarnya yang melampau kerana tidak wajar bagi seorang mufti bercakap perkara yang ada kaitan dengan politikSebaiknya perkara seperti ini (hal parti politik) harus diselesaikan dalam lingkaran parti politik sendiri, bukannya mendengar tuduhan mufti itu.
Mursyidul Am yang istiqamah
Bertolak daripada pandangan Salehuddin itu, amat rasional sekiranya semua pemimpin PAS tidak melayani suara mufti yang menghemtam Al-Mursyidul Am PAS dengan cop melampau dan keras hati. Apa pun Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melahirkan rasa pelik akan sikap mufti tersebut yang dilihat mesra menghentam apa saja kenyataan politik yang keluar daripadanya.
Sebaliknya dalam isu melibatkan kerja-buat pemimpin Umno seperti mana penganjuran program artis yang jelas bercanggah dengan nilai-nilai Islam ketika himpunan jutaan belia di Putrajaya, mufti itu semacam terkunci mulut untuk menghukum. Nampak sangat tugas sebagai penasihat dan pengharmonian akhlak ummah sudah diabaikan.
Sehubungan itu, di sisi Tuan Guru Nik Abdul Aziz sikapnya terus istiqamah dengan pendirian parti dalam semua isu demi kepentingan perjuangan Islam. Asakannya untuk melihat Umno mengubah dasar kebangsaan kepada Islam adalah misi yang tepat untuk diterima oleh Umno. Misi ini sesuai dengan pendirian istiqamah baginda Nabi Muhammad SAW yang tegas menolak tawaran Ketua Quraisy yang sebangsa dengan baginda, agar baginda meninggalkan seruan Islam. Mungkin mufti itu terlupa sirah ulung ini tatkala ghairah mempromosi agenda kebangsaan Melayu sebagai wasilah memartabatkan Islam. Kalau ‘mungkin’ ini benar, maka mufti itu akan terus bersikap menerima apa sahaja tawaran daripada ketua parti Melayu yang pernah diharamkan itu demi terus menjadi ‘burung kakak tua’ menghentam pemimpin PAS.
Tunggulah saatnya pasti tiba, ketika itu sikap istiqamah PAS dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang meletakkan dasar Islam di sisi perjuangannya di negara ini bakal meranapkan sokongan terhadap Umno. Saat yang dinanti-nanti ialah pilihan raya umum ke-13, bakal menyaksikan dasar kebangsaan (sekular) dan amalan pemimpin Umno yang korup akan ditolak rakyat Malaysia. Petanda kemerosotan sokongan terhadap dasar politik kebangsaan Umno sudah berlaku pada pilihan raya umum 2008. Maka senario politik semasa yang menyaksikan kemunduran integriti pemimpin Umno (kerana bergelumang dengan serba-serbi salah guna kuasa, koronisme dan penggunaan wang rakyat untuk kepentingan peribadi), kesemuanya menyebabkan populariti Umno kian merundum. Selayaknya Umno bakal berundur dari kerusi kuasa dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan selepas September nanti.
Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut memberi respond:
Melampau dan keras hati kerana Islam
Oleh Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS
Dua akhbar
harian (29 Mei 2012) nampaknya begitu ghairah mempamerkan di muka depan
kenyataan seorang mufti yang berbau politik bukannya hukum. Kenyataan itu jelas
mengenai saya, dan amat terang mempamerkan saya sebagai berkepimpinan melampau
dan seorang keras hati.
Saya
dianggap keras hati kerana berterusan mengenakan syarat “Islam” untuk bermuzakarah
dengan UMNO. Soalnya, apa payahnya syarat yang saya kemukakan? Adakah
menggantikan kebangsaan kepada Islam secara rasmi menjadi satu keberatan di
sisi UMNO atau mana-mana individu yang simpati kepada UMNO? Tidakkah iman itu
bukan hanya membenarkan di hati tetapi ikrar dengan lidah? Justeru, saya hanya meminta
UMNO ikrarkan dengan rasmi bahawa dasar perjuangannya ialah Islam.
Saya kira,
mana-mana individu seumpama seorang mufti yang begitu lembut lidahnya menilai
hati saya sebagai keras hati, seharusnya
boleh membezakan antara keras hati dengan istiqamah. Cuba fahami sikap Nabi
Muhammad SAW yang hingga ke akhir hayat tidak pernah tunduk kepada pujukan kaum
Musyrikin agar baginda meninggalkan seruan Islam. Nabi ditawarkan dengan
kekayaan harta, wanita, dan takhta bukan sekali, bahkan berulang kali. Adakah Nabi
seorang yang keras hati atau istiqamah? Maka baginda sebenarnya seorang yang istiqamah.
Amat tidak
beretika apabila membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan
nama individu seperti saya bukanlah satu akhlak terpuji. Amat malang jika
akhlak itu menjadi pakaian seorang mufti sehingga pihak media boleh mengaitkan secara
terang saya sebagai seorang individu yang keras hati. Jika benarlah begitu ia
amat dikesali. Sekiranya lafaz sebegitu keluar dari orang politik yang tidak
berpendidikan agama, ia mungkin boleh diterima. Sebaiknya seorang mufti boleh
bersikap berkecuali dalam mengulas apa yang wartawan tanyakan. Tambahan pula,
isu muzakarah yang dirujuk adalah urusan parti politik bhukanya urusan pejabat
mufti. Justeru seorang mufti boleh melihatnya dari pemikiran pejabat mufti
bukannya mencampuri urusan parti politik. Atas sifat sangka baik, pemikiran
mufti tidaklah seperti pemikiran budak tadika.
PAS istiqamah dengan Islam
Demikian
sikap saya terhadap olahan media dan mufti tersebut, maka suka saya tegaskan
sesunguhnya PAS tidak sedia bertolak ansur supaya PAS melupai sejarah lalu. Sejarah
PAS pernah bersama UMNO dalam Barisan Nasional yang kemudiannya disingkirkan
tatkala PAS diperangkap oleh satu rancangan devide and rule. Akibatnya kenaan perintah darurat di Kelantan,
negeri ditadbir PAS. Darurat itu adalah angkara pemimpin UMNO yang berkuasa di
peringkat Pusat telah mencatat sejarah hitam. Kesannya lagi, perpecahan PAS yang
melahirkan serpihan, bermula dengan Bebas Bersatu, kemudian Berjasa dan Hamim. Dalam
siri perpecahan itu, PAS terjunam ke lubang masalah keyakinan. Sehingga memerlukan
12 tahun (1978-1990) pula untuk bangkit. Ia sejarah yang tidak mungkin dilupai.
Apakah
sejarah yang diingat ini menyebabkan saya dilihat keras hati? Seorang mukmin
telah dipesan, sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW, “Tidaklah seorang mukmin akan disengat dua kali
dari satu lubang (sarang binatang) yang sama” (Sahih
Muslim – no: 2998).
Persoalan orang Melayu
Seorang berpendidikan agama (orang agama seumpama mufti) tidak
sepatutnya mempersoalkan apa jadi kepada agama dan orang Melayu setelah sekian
lama UMNO memudaratkan perjuangan orang Melayu dengan dasar sekular. Sepatutnya
mereka lebih tahu. Apakah kurangnya Islam di sisi UMNO sehingga Islam tidak
boleh dijadikan akidah perjuangan? Tidakkah orang agama seumpama mufti terfikir,
betapa selama ini pemimpin UMNO memandang ‘lekeh’ kepada kesempurnaan Islam?
Hakikatnya orang yang membuang Islam dalam perjuangannya, bahawa orang itu
sudah outdated atau ketinggalan zaman.
Pelik juga, bila orang agama seumpama mufti boleh menjadi tukang
sibuk mengulas dan berhukum tentang politik. Agak pelik lagi, bila miripnya
menyibuk menjaga kepentingan Barisan Nasional. Semacam Barisan Nasional sahaja
yang dilebih-lebihkan. Apa kurang pula dengan Pakatan Rakyat yang misinya untuk
membawa sesuatu yang terbaik untuk agama, rakyat dan negara. Dari segi
pemimpinnya pula, pemimpin Pakatan Rakyat tidak kurang kelayakannya, malah
cukup teruji cekal dan setia. Semestinya cukup layak menyaingi kepimpinan
Barisan Nasional yang semakin terlodeh pelbagai masalah dan korupsi.
Malah sepanjang PAS mentadbir Kelantan, sudah banyak kebaikan
dilakukan yang tidak mampu dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Mana ada Menteri Besar dari UMNO yang lembut lidahnya menyeru rakyatnya agar
menutup aurat, memuliakan masjid, menunaikan solat, mengimarah bulan Ramadhan
dengan aktiviti ehya’ Ramadhan, bebaskan riba dan seumpamanya. Kesemua kebaikan
atas nama Islam dan rakyat serta negeri tetap menjadi amalan pentadbiran PAS di
Kelantan. Justeru kehidupan pelbagai kaum penuh harmoni, meskipun Kelantan ditekan
dengan pelbagai helah oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di peringkat
Pusat. Ia suatu bukti dasar Islam yang subur di bumi Allah SWT.
Perpaduan
umat
Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu. Kehidupan
untuk kebaikan semua umat manusia. Oleh sebab itu, tiada asas kekuatan untuk
bersatu padu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu. Sewajarnya bagi umat
dan pemimpin Islam berfikiran ke arah perpaduan atas nama Islam. Asasnya Islam
adalah ajaran agama yang mulia dan semulianya di sisi agama-agama lain. Justeru
PAS amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku
atas landasan Islam.
Atas hakikat itu, mana-mana pihak khusus orang agama
seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin UMNO agar menukar dasar
partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam. Begitu juga harus
dipersoalkan, kenapa UMNO boleh terima kebangsaan dan tolak perjuangan politik
Islam? Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis
Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga.
Justeru orang agama seumpama mufti bolehlah menjadi orang
tengah untuk sebarang usaha perpaduan. Namun harus diingat sifat orang tengah,
ia tidak boleh menyerang kepada satu pihak, sementara kepada pihak yang satu
lagi ia menunjukkan sikap yang lebih mesra. Mana mungkin menjadi orang tengah,
jika sekilas percakapan yang terungkap, orang telah tahu kita di sebelah mana.
Ingat kepada pepatah, “kalau nak ukur cerdik bodoh seseorang, kena dengar
percakapannya.”
Sebaiknya, demi keutuhan dan perpaduan, sikap orang agama seumpama mufti hendaklah pandai menjaga sempadan. Tidaklah ia dilihat menceroboh sempadan orang lain. Oleh kerana sistem pentadbiran negara ini mengadakan amalan pengasingan kuasa dan tugas, maka hormatilah atas tugas masing-masing. Seorang menteri besar dengan tugasnya mengurus politik kerajaan, sementara mufti pula ada tugasnya untuk menjaga urusan pejabat muftinya. Sebaiknya menteri besar dengan tugasnya dan mufti dengan tugasnya. Masing-masing tugas, tanpa mencampuri urusan orang lain demi kebaikan, asalkan sentiasa diredai Allah SWT.
Wallahu’alam.
- Semoga semua pencinta perpaduan mendapat keeredaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment