Apa yang dimasudkan Hasmah ialah pihak berkenaan dikatakan memberi pelbagai alasan untuk tidak memasarkan produk mereka di hypermarket atau supermarket. Selain mereka juga menghadapi kesukaran untuk memasuki pasaran kerana timbul anggapan mutu keluaran PKS tidak mencapai tahap yang diinginkan.
Meskipun menurut Hasmah, pengusaha PKS telah membuat bungkusan yang bertaraf antarabangsa, pengeluaran dalam stok yang banyak dan harga yang berpatutan.
Justeru, sungutan Hasmah itu mungkin ada kaitannya dengan identiti Bumiputera yang dipakai oleh pengusaha IKS terbabit. Lantaran hypermarket dan supermarket adalah rata-rata dikawal atau dipunyai oleh peniaga bukan Melayu.
Sayugianya, identiti kaum dapat diketepikan di dalam sebarang usaha pembangunan ekonomi Negeri dan Negara. Ia sesuai dengan sifat masyarakat majmuk yang maju dan mengalami pembangunan pesat.
Sehubungan itu, isu sikap ‘double standard’ pihak hypermarket dan supermarket itu telah diajukan kepada pihak Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan beliau turut terkejut serta melahirkan rasa kecewa dengan sikap peniaga besar terbabit. Baginya, pihak peniaga besar itu sepatutnya bersungguh-sungguh dalam membantu dan membina masyarakat perniaga IKS bersaing di pasaran lebih luas.
Baginya, pengusaha IKS tidak sepatutnya disekat atau dilayan secara tidak adil sehingga menyekat peluang mereka memasuki pasaran yang lebih luas. Sikap itu tidak selari dengan ajaran Islam yang menggalakkan bidang perniaga dijalankan secara terbuka, adil, tanpa penindasan dan halal.
Atas kepekaan itu, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz mengharapkan bahagian usahawan di bawah Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian dan tindakan selanjutnya bagi membantu persatuan IKS berkenaan. Baginya, bidang IKS tetap menjadi penyumbang utama sektor industri produk tempatan yang berpotensi untuk dimajukan ke pasaran global. Maka mana-mana agensi berkaitan IKS, terutama pihak PKINK, UPEN dan Kesdec dapat berganding bahu menjayakan program ke arah memajukan bidang IKS di Kelantan.
Terima kasih dan selamat maju jaya untuk semua pengusaha IKS Negeri Kelantan. Sesungguhnya peranan anda sekalian merupakan penyumbang penting pertumbuhan ekonomi Negeri. Sumbangan anda jua menjadikan Kelantan tersohor denganproduk makanan budu, sos dan kicap serta pencincah colek, Begitu pula, peranan IKS Kelantan turut memajukan perniagaan pakaian batik dan lain-lain kerja tangan.
Semoga keberkatan terus berkekalan membasahi bumi dan segala macam kehidupan di negeri Serambi Mekah, Kelantan Darulnaim.
No comments:
Post a Comment