Pagi Jumaat tadi (jam 10 pagi) saya berkesempatan menziarahi keluarga Arwah Ustaz Mashudi Bunyani, bekas pengarang HARAKAH yang meninggal dunia pada pagi 27 April lalu di Kampung Sungai Penchala. Saya hadir bersama Pak Syed Mohamad, Penolong Setiausaha JPP Pusat.
Atas kesempatan itu, saya turut menyampaikan kiriman sumbangan daripada YAB Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM1,000 untuk keluarga arwah. Sumbangan Tuan Guru itu saya sampaikan kepada balu arwah, Salamah binti Husain (lihat foto).
Kehadiran kami berdua menyaksikan kesunyian rumah yang terletak bersebelahan pusat khidmat masyarakat Persatuan al-Arqam (foto bawah). Ia sesuatu yang lumrah selepas seminggu pemergian arwah Ustaz Mashudi.
Persekitaran rumah yang dicorakkkan oleh halaman ditanam pokok nangka dan pohon-pohon herba cukup menarik perhatian. Selain menyampaikan salam takziah Tuan Guru adalah juga untuk menzahirkan simpati serta doa agar arwah mendapat kesejahteraan di akhirat.
Sesungguhnya jasa Ustaz Mashudi (foto kanan) yang banyak menerbitkan semula kandungan kuliah dan tazkirah Tuan Guru dalam HARAKAH akan sentiasa kekal dalam kenangan umat Islam.
1 comment:
Diucapkan ta'ziah jua buat k'ga almarhum.
Semoga Allah meletakkan almarhum bersama solihin.
بسم الله الرحمن الرحيم* الحمد لله رب العا لمين* الرحمن الرحيم* ملك يوم الدين* اياك نعبد واياك نستعين* اهدنا الصراط المستقيم* صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين* امين*
اللهم اغفرله وارحمه*
الله اكبر
Post a Comment