23 April, 2011

Masalah air dan agenda politik Umno merampas Kelantan

Dalam mana-mana pemeritahan di dunia ini, sumber air untuk keperluan rakyat adalah menjadi tanggungjawab pemerintah. Ia merupakan salah satu keperluan bertaraf basic needs untuk hidup, kerana air membekalkan segala-gala untuk kesejateraan makhluk.

Justeru kerana itu, dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Senarai Persekutuan, Jadual ke-9 para 11 (b) menyebutkan "kerja-kerja dan kuasa persekutuan, termasuk bekalan air, sungai dan terusan kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam suatu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara Negeri yang berkenaan, pengeluaran dan pembekalan kuasa air."

Sementara dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Senarai Negeri, Jadual ke-9 para 6(c) menyebutkan "kerja-kerja Negeri dan air, iaitu tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk sungai dan terusan tetapi tidak termasuk bekalan dan perkhidmatan air); pengawalan kelodak; hak riparia."

Air di Kelantan

Justeru kerajaan Negeri Kelantan yang telah melaksanakan perjanjian berkaitan pembekalan air hanyalah bertanggungjawab dalam aspek menguruskan sumber air. Ini bermakna segala usaha menyuburkan punca air, pembiayaan dan tanggungjawab pembangunan prasarana bagi memudahkan pengurusan sumber air adalah terletak di bahu Kerajaan Pusat bukan Negeri. Dengan kata lain, tanggungjawab Kerajaan Negeri akan sempurna bila Kerajaan Pusat turut melaksanakankan tanggungjawab mengikut semangat persekutuan (rule of federalism).

Namun apa yang berlaku, Kerajaan Pusat tidak pun menyalurkan geran pembiayaan prasarana air. Apa yang berlaku, Kerajaan Negeri terpaksa meminjam daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM520 juta. Sedangkan negeri yang dikuasai Barisan Nasional diberi geran. Maka jelaslah, Kerajaan Pusat sudah tidak ikut kehendak rule of federalisme (tidak patuh kepada perlembagaan). Ia sudah boleh diibaratkan sebagai "seorang Muslim yang sudah engkar perintah al-Quran sebagai perlembagaan hidup." Di mana kejujuran 'kuasa kerajaan' jika ia sudah dilihat engkar? Apakah pemegang kuasa yang dimandatkan oleh rakyat untuk mentadbir Negara secara Rukun Negara (kepercayaan kepada Allah, kesetiaan kepada Raja, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan)?

Rakyat diharap tak keliru

Di atas fakta tersebut, Rakyat Kelantan tidak sepatutnya terkeliru dengan omongan fitnah dan keengkaran tanggungjawab tajaan Umno di Kelantan hari ini. Apa yang sepatutnya ialah Rakyat Kelantan hendaklah bertegas dan bertekad membetuli tindakan pihak Barisan Nasional yang mentadbir Pusat. Natijahnya, Rakyat Kelantan tidak sepatutnya merestui, bersetuju dan memberi saham (sokongan) kepada salakan fitnah yang disebar oleh pemimpin Umno di pentas Gelombang Merah, di corong Radio FM Kelantan, di dada akhbar auta dan di bibir-mulut pencacai itu.

Apa yang sepatut dibuat oleh seluruh Rakyat Kelantan adalah menghapuskan kesemua golongan pencacai itu dari tampuk kuasa. Ia suatu komitmen jitu, demi membela hak rakyat, ke arah mengembalikan amalan penghormatan kepada perlembagaan dan bertegas di atas prinsip Rukun Negara.

Sokong Kerajaan Negeri

Hakikatnya, kehebatan sebenar Rakyat Kelantan ialah sentiasa menerajui dan mencetuskan perubahan. Penghapusan pencacai Umno yang menetang segala usaha baik berteraskan Membangun Bersama Islam yang dipimpinan ulama adalah boleh disifatkan termasuk dalam kerja yang batal (bathil) di sis agama. Apakah kerja bathil itu pasti meraih pahala?

Di sini, tindakan penetangan Umno dengan cara memfitnah Kerajaan Kelantan menggunakan isu air adalah satu cebisan kerja bathil yang harus dihadapi secara baik (ma'aruf) oleh semua Rakyat Kelantan. Justeru penyiaran gambar yang mengiktiraf usaha Kerajaan Negeri menangani bekalan air bersih kepada rakyat oleh salah sebuah akhbar (lihat foto di atas), kemudian diputar dengan niat mempertikainya boleh disifatkan sebagai termasuk di dalam kerja bathil. Sedangkan negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional sekian lama adalah tidak kurang daif dan teruknya bekalan untuk dinikmati rakyat. Contoh terbaru, seperti mana luahan menteri besar Pahang dalam sidang dewan negeri (lihat keratan akhbar berikut).


Begitu pula, rungutan penduduk di Sarawak yang tinggal di sepanjang Sungai Igam (lihat keratan akhbar berikut), tetapi masih tidak upaya dibekalkan air oleh Barisan Nasional yang berkuasa.



Komited jaga khazanah air

Hakikatnya Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz tekad dan sentiasa bertanggungjawab melaksanakan yang terbaik di dalam semua segi bidang keberhasilan pembangunan untuk rakyat. Oleh itu isu air tetap menjadi keutamaan bagi Tuan Guru melalui Air Kelantan Sdn. Bhd dan Jabatan Air Negeri melakukan penambahbaikan.

Prinsip umumnya air adalah keperluan asasi rakyat. Pengalaman Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail telah mencetuskan kemakmuran Kota Mekah kerana air zamzam. Justeru sumber air Kelantan yang pancut dari mata air tertinggi di Asia Tenggara, di Gunung Stong merupakan khazanah Allah untuk dipelihara oleh semua Rakyat Kelantan. Bersama-samalah Rakyat Kelantan menghadapi ujian dari agenda politik Umno, penentang kepimpinan ulama di Kelantan. Semoga kema'arufan mengatasi kebathilan dan Allah pastinya menyediakan jalan penyelesaian untuk Rakyat Kelantan.

16 comments:

Anonymous said...

betol kew di per besarkan,,sy support pas,,tp dlm hal air x,,Senarai Persekutuan, Jadual ke-9 para 11 (b) menyebutkan "kerja-kerja dan kuasa persekutuan, termasuk bekalan air, sungai dan terusan kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam suatu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara Negeri yang berkenaan, pengeluaran dan pembekalan kuasa air(so baca betul ayat ni.kan air kelantan diberi hak menjaga air sekarng

mspicaso said...

btol air dibawah kerajaan negeri, tapi geran utk selenggara air tidak disalurkan oleh kerajaan persekutuan...itupun tak paham ker..!

'cik siti wan kembang' said...

Lorr..'anonymous', awk tak baca abes ke artikel ni? tak faham ke? kan penerangan panjang lebar dah diberi tu...mmg la air kelantan diberi hak jaga, tp kerajaan pusat juga jelas berperanan besar dan telah menafikan hak.

ibarat empunya ladang dan pekerja yg diberi hak menjaga ladang, kalau dah ladang bermasalah, tak kan lah pekerja tu sahaja yg menghadapi masalah tu sendiri,kan? tuan ladang patut beri bantuan kewangan dan membuat pantauan.

rasanya perlulah faham tntg tanggungjwb kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dulu.

Anonymous said...

kjaan negeri kna balas ablik serangan jahat dari umnobn spy rakyat klantan x tertipu oleh dakyah jahat umnobn.diorang ada tv,radio n srt khabar.kjaan negeri kna paparkn di billboard ttg kezaliman kjaan pusat kpd ngeri,dedahkn ttgjwb pusat kpd negeri,siarkn evidence kjaan ngeri bn lain mmpunyai masalh yg sama dll.kuasa yg kjaan ngeri ada kita gunakn semaksimum yg mgkin.jgn bg rkyat terpengaruh dgn dakyah jhat umnobn.biar rakyat dpt menilai yg mana hak dan yg mana batil(jht).semoga Allah memelihara kjaan pimpinan tokguru dn mghapuskn kjahatn umnobn.

Anonymous said...

bg sy,,kita jgn meyalahkan mana2 pihak,kita tgk btol x isu,tu,,coz rumah sy pom mslh air gak,,slow,,karat,,td sy bg pandangan dlm fb tok gutu,,tp pndgan tu di delete dan sy d buang dr like,,xleh bg pndgan kew,,,kata kebesan bersuara,,,,sy penyokng pas yg rasional

mus said...

tunjukla bukti... yg ko didelete.. wahai anonymous atas...

Anonymous said...

duit dr kerajaan persekutuan berjumlah rm520 juta untuk masalah prasarana dah dibaham oleh kerajaan negeri ( rujuk akhbar minggu lepas )tp air tetap slow gak. xcukup kot untuk selesai masalah air. musim hujan pun boleh xde air. boleh ke macam tu?

anak jati kelate said...

salam..
berdasarkan artikel ini, memang pusat kena sediakan prasarana terlebih dahulu dan pusat telah melaksanakan
t/jawabnya dengan memberi pinjaman kepada state.yang menjadi persoalan ialah ke mana duit itu digunakan? Raktyat masih tidak jelas dengan penggunaan wang tersebut.dan apakah fungsi Air Kelantan sehinggakan exco yang terbabit sering menukar tarikh rakyat akan menikmati air bersih dari tahun ke tahun? dan yang terbaru ialah pada tahun 2027..sedarlah, kalau keadaan ini berterusan , rakyat akan terus muak dengan janji PAS. sepatutnya sebagai sebuah parti yang berteraskan dan memperjuangkan Islam, jan ji harus ditepati.jangan hanya pandai bercakap kosong hanya demi meraih undi dari rakyat.

Anonymous said...

lamo doh kena masalah air ni anak kelate wei... nak mandi orang hidup payah nak mandi orang mati lagi susah. sesetengah kg tu sampai skrg xsampai air kerajaan. kg kwsn bandar tu. ekstrimis pas tolong jelaskan..!

major_kleen said...

sekiranya PR ambiL alih kerajaan pusat nanti...insyaallah masalah ini akan selesai...harap bersabar t.q :)

razak said...

Sapo hok kata kerajaan neg baham duit pinjaman(520juta) tuu mmg tolol sangat..

Pinjaman itu diberi sedikit demi sedikit dari tahun 2001 lgi, so setiap tahun lebih kurang 40-50 juta bukanya sekali gus.
Dan setiap pinjaman itu adalah utk tangung naik taraf projek air seperti upgrade tangki, saluran air dan sebagainya.
Dan setiap projek ini kontraktor dipilih oleh kerajaan pusat, bukan syarikat air kelantan ataupun kerajaan negeri.
Jika ada penyelewengan (jika ada lah) yg pasti kerajaan pusat juga terbabit kerana kontraktor itu dipilih oleh mereka bukan dipilih oleh kerajaan negeri atau air kelantan.
Air Kelantan hanya buat cadangan utk naik taraf dan ajukan permohonan ke pihak2 terbabit.

Anonymous said...

rilek razak jangan cepat menangis.. 40-50 juta satu tahun pun dah sangat banyak. boleh la selesai masalah air utk satu kampung tu. tp apa yang rakyat dapat? air karat lagi n air yg laju sikit air embun jantan kut seloran atap. pastu nak salahkan kontraktor pulak. tolong buktikan. habis kerajaan kelantan nak ambik yang senang je ke?masalah air, jalan berlubang sume nak hempuk pada persekutuan. skrg ni tauke pam air dah kaya sebab ramai rakyat kena cari pitih gali telaga n borin. ada diberi subsidi? kalu xleh buat keja dari 40-50 ju setahun td baik bg subsudi pd rakyat wat beli pam air. kita pakat gali telaga belako. masalah selesai. rakyat pun tidak dizalimi. ok jak? kita berkongsi anak beranak

Anonymous said...

bagi ambo..isu ni lmbat lg nok setle..mcm2 masalah kito hadapi..setakat 2,3 ratus juta tok cukup nok setle masalah air ni..masalah air tu maslah sbb paip lamo..kalu nok tukar paip tu sajo makey ratus juto doh..tok masuk kijo2 lain lg...
isu ni kalu krjaan pusat tok wat payoh nga kerajaan negeri mudah laa nok setle.tp kalu lagunih..bilo tok tau nok setle..

rumoh ambo pkul 3 pg sapa subuh jah ado air..tp ambo pehe msaaloh air ni..pakat sabar laa blako...

xizhen said...

WoW...air gunung stong setahap air zam zam..kawe suko, kawe suko...

MUHAMMAD LUTFI CHE MOOD said...

kg panjang beris panchor, tawang bachok nklate pom da masalah air gak... bilo la dpt slesai bab air ni.. sokmo keno byar free jah bule2...air selow n sikit.. pah2 lik petng xdop blah manow jgk...ana pom sokong pas supoanonymous said, jgk.. skdr luahan smata2 ea..

MUHAMMAD LUTFI CHE MOOD said...
This comment has been removed by the author.